Berbelah bahagi

Hujung minggu kami, perancangan minit akhir kononnya nak bawa anak-anak main air. Masa tu pun dah kena osom dah sebab si adik nak ke pantai, alasan dia nak main pasir. Si abang pulak minta nak ke kolam sebab dia nak menyelam sambil pakai goggle. Mama dan papa ni iyakan saja dua-dua, kalau tak nanti kecoh pulak.

Tengah bersiap-siap di pagi yang tak pagi sangat tu, saya dapat panggilan daripada Opah Naim. Dimintanya kami ke rumahnya. Ada perkara nak minta Papa N buat katanya, ditambah dengan keluarga abang ipar pun nak datang makan tengah hari di sana juga. Bila saya bagitahu kami tengah bersiap nak bawa anak mandi manda, Opahnya pujuk lagi, pergi mandi dululah selepas tu boleh ke rumah Opah dan tidur kat sana.

Sian pulak ya. Jadi kami siap-siapkan baju dalam beg, kononnya nak pergi tidur kat rumah MIL malam tu. Tapi belum sekilometer perjalanan, kami tukar arah bila Papa N setuju dengan cadangan saya supaya pergi ke rumah Opah dulu dan petang sikit baru ke tempat yang ditunggu.

Maka, kami tempuhla perjalanan ke rumah MIL dengan buat tak dengar rengekan Naim yang dah bersedia dengan baju mandi dan goggle kat atas kepala pada masa tu. Kecewa si abang ni.

Bila dah sampai tu, MIL terkejut sebab agaknya beliau tak menjangkakan kami akan terus ke rumahnya. Terus usahakan masak lauk tengah hari untuk kami sebab mendengar cucunya menyebut nak mandi pantai. Sambil tu sempat Papa N selesaikan masalah yang MIL nak suruh. Benda yang sebenarnya mudah je. Uncle Intan Payung pun sebenarnya boleh buatkan.

Masa makan tengah hari tu, walaupun cuma makannya kami anak beranak dan MIL dan PIL, serta Uncle Intan Payung, dengan hidangan kari ikan jenahak dan kailan ikan masin yang MIL masak, ditambah denga lauk ikan pari bakar air asam yang Papa N keluar belikan semata-mata nak bagi PIL dan MIL rasa ikan yang dirasakan sedap tu. Apa yang mengharukan kami ialah masa kami makan tu, MIL yang pada mulanya tak nak makan, turut sama makan bila melihat anak cucu makan. Sambil makan MIL beritahu Naim yang beliau suka sangat dapat makan beramai-ramai begitu. " Barulah Opah rasa macam makan, Naim. Biasa Opah makan dengan Atuk je tak ada feel".

Alahai.. sudahnya kami dipesan datang lebih kerap ke sana kalau tak ada urusan penting pada hari Sabtu Ahad. InsyaAllah Mak..

Sudahnya kami ke Water World Shah Alam je sebab dah agak lewat. Tu pun rasa tak berbaloi bayar masuk RM 70 dengan sempat main air cuma 1 jam setengah. Tapi kiranya hujung minggu yang sempat dapat gembirakan anak-anak dan juga MIL dan PIL, walaupun masa agak singkat untuk puaskan hati semua yang berharap.. masa kita dah tua nanti, harapnya anak cucu kerapla balik jenguk kita kan..jadi pada masa sekarang ni, tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kita..

Comments

  1. Tetiba terliur plak terbaca perkataan "ikan Masin" tu... esok nk buat ikan masin masak lomak la...Aisy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ikan masin banyak ke kat sana cik sam ??

      Delete
  2. sangat berbelah bahagi,, tapi utamakan yang utama ok! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAlllah dengan kesihatan yang baik..cuba puaskan hati semua

      Delete
  3. lahai...terharu plak baca cite cikgu AN ni
    jauh ke rumah MIL tu cikgu
    kalau boleh dipenuhi, kita penuhilah kan
    kadang tak nafikan, perasaan berbelah bagi memang menyusahkan hati kita
    insya allah ada ganjarannya kalau kita ikhlas melakukan untuk kedua ibubapa
    lagipun based pada cerita ni, kira win-win situation
    walau tak sepuas yang diharapkan...insya allah akan ada rezeki besar menanti tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Rasa dan berharap semua pihak berpuas hati sabtu lalu.. Mujur gak anak2 bila dah ke rumah Opah tu tak merajuk lama..jadi takla opah dan atuknya rasa bersalah minta kami datang....

      Delete
  4. Teringat pulak my PiL bila baca cerita weekend u guys. TEringat dia dukung Cik Tipah yang takder perasaan masa tu, dia cakap tak kisah la apa budak2 ni rasa, yang penting dia happy sangat, boleh dapat sakit jantung happy sangat :D Tapi tu la, kami bukan dekat nak jenguk2 dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dilema kita kan.. MJ ni kata jauh.. kami yg dekat pun, sabtu ahad xla boleh jumpa selalu sb kalau masa kami xsibuk MIL dan Pil lak ada hal. Kalau kami sibuk tu lagilah xberkesempatan.. semua kena bg komitmen juga..kenduri ke, open house ke, sekolah ganti ke eh macam2 la..

      Delete
  5. xpelah... kt utamakan org tua kita dulu.. walaupon kdg2 terksekat dgn kehendak ank jugak.. maybe perasaan sunyi tu, bila mkn ramai2 baru meriah n berselera..sama mcm mama lya.. ni lya nk pindah keluar msk rmh sdri, hati berbelah bagi..

    tp oklah tu kak.. dpt happykan ank2 n org tua skaligus..

    mmg x puaslah byr mhl2, tp main sekejap je.. sama mcm lya msuk zoo aritu.. rsa sgyg sgt duit..

    ReplyDelete
  6. memang betul terkadang kita rasa berbelah bahagi nak dahulukan yang mana lebih pentingkan, hati banyak pihak perlu dijaga juga...yang penting kita dapat buat keputusan yg dapat gembirakan semua orang...

    sedih baca ayat opah tu...

    ReplyDelete
  7. Kiranya semua puas hati sebab tercapai hajat masing-masing. Kesian pulak kalau tak ditunaikan hajat opah Naim Nazif tu minta ke rumahnya.

    Atuk nenek ni memanglah dengan cucu lain macam. Kalau nampak cucu, ceria hati mereka. Sebenarnya mengharapkan kelibat anak tapi anak-anak dah besar, tahulah mereka sibuknya menguruskan keluarga dan kerjaya. Tak boleh mengharap sangat.... Tapi kalau anak menantu dapat tunaikan permintaan, senyum bukan main lebarkan :)

    ReplyDelete
  8. Wahhh memang menantu yg baik ni hihi.....Pandai betul rancangan menantu tu ye supaya pergi rumah opah dulu..... malas nak tido sanalah tu hahaha....
    Yelah ....depa mmg selera kalau anak cucu makan sekali, dah tua esok kita gitulah agaknya ek. Sama je macam mak OKje kat kg tu

    ReplyDelete
  9. ni biasa berlaku.
    ditelan mati mak, diluah mati abah.
    serba salah jadik nyer kita kan?
    hmmmmm memang berbelah bagi :(

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1