Kajian dalam proses tapi barang dah naik!!

Berita pagi tadi, menteri menyebutkan sedang mengkaji kesan kejatuhan ringgit kepada sektor pertanian negara. Pihaknya kini membuat penilaian terperinci tentang berapa budjet baru dan impak hasil pertanian ke atas kenaikan nilai dolar terhadap barangan pertanian yang diimport.

Ha, bukan tujuan apa-apa entry ni. Bercerita pengalaman saya sahaja ni. Kisahnya, semalam semasa saya ke pasar tani, harga sayur dah mulai naik. Saya sebenarnya tak perasan pun, sebab sekali sekala je ke pasar tani dan jenis tak catat harga sayur, cuma saya terkejut semalam, bunga kantan 1 tu berharga RM 4. Mak ai, mahaiiinya ko cik kantan ...cuma pada masa tu ada seorang pelanggan yang sedang bersoal jawab dengan penjual. Pembeli ni bertanya kenapa harga sayur berbeza daripada harga yang dibelinya dua minggu lepas? Mendengar macam tu, saya mula pasang telinga, nak dengar jawapan penjual tu. Penjual sayur tu jawab, tak dapat nak buat apa bila duit kita jatuh ni, kami pun dapat stok mahal. Tapi ni kira ok lagi, rasanya untuk lepas raya haji ni lagi mahal harga sayur. Harapnya adalah usaha kerjaan nak atasi benda ni.".

Dalam hati saya, pandai je penjual ni bagi alasan. Tapi lojik juga jawapannya kan. Tapi macam mana tu, harga jualan sayur semalam dah naik, tapi menteri baru dalam proses buat kajian kesannnya.  kat mana tu, dan harga yang naik ni, beri kesan. Adoi..kita gak yang tanggung kesannya.. walaupun ada orang kata yang rakyat Malaysia ni, tak kira ringgit jatuh ke apa ke, situasi tetap meriah kat pusat membeli belah, destinasi percutian dan lain-lain, saya rasa hal ni bagi sesetengah pihak memang dibuat sebab tak dapat dielakkan lagi, tapi bagi sesetengah pihak kesannya dirasakan berat. Percaya tak??

Comments

  1. peniaga ni memang gitulah cikgu
    sengaja aje tau...semua benda dia akan kata kerajaan
    tapi sebenarnya diorang yang memulakannya
    masalah kerajaan kita pula, tak boleh kawal peniaga
    yang susah ye kita pembeli

    ReplyDelete
  2. Walau menjerit bagaiaman sekalipun, kajian apa pun, dikatakan harga tidak dibenarkan naik sekalipun ianya tetap akan naik juga Aisy. Kawalan hanya pada bibir utk dirakam di media dan jadi tatapan rakyat. Hakikat sebernar rakyat tetap kena membayar apa juga harga yg dikenakan. Penjual tak boleh juga disalahkan jika harga dia beli punsudah naik dek kerana kos asal. Begitu-begini kitalah rakyat marhaen yg menjadi mangsa... sedih:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt dengan Kzakie.. realiti yang pahit nak ditelan tapi terpaksa juga dihadapi..

      Delete
  3. Ada2 jer alasan peniaga ni nak naikkan harga.....
    Ya, saya percaya... Ramai lagi di luar sana yag cukup2 makan jer... nak pergi beructi tu jauh sekali :(

    ReplyDelete
  4. bole jual bnga kantan ni...byk kt rmah

    ReplyDelete
  5. wahhh kemain harga cik kantan, melampau jugak.. saya snediri pun sedih dan risau mengenangnkan nasib malaysia, sedara mara dan sahabat handai kat sana. apa lah nak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kena jarang makan laksa atau asam pedas lepas ni.. tak pun tanam sendiri kantan.. huhu.. mcm biasa kan? Cakap pasti tak semudah nak melaksanakannya..

      Delete
  6. kesian kat kt sbg pengguna y mjadi mangsa.. kalo betol apa y dikata, tu nak buat camner.. tp klo x betul, kiranya kt juga diperguna utk keuntungan.. kiranya mgambil kesempatan ats situasi y berlaku.. doa byk2 moga ekonomi kt cepat2 pulih..

    tp harga bunga kantan kt sini lg mahal.. cecah rm6.. bukan besar pon. dah la kecut

    ReplyDelete
  7. realiti yang terpaksa ditelan, bising macammana pun kita dengan kenaikan harga barang, kita tetap kena membeli...langkah yang boleh kita ambil, berjimat cermat sajalah beli barang apa yang kita perlu je nampak gayanya

    ReplyDelete
  8. aisy... nak becuti dikala kegawatan ini rasanya kene pikir 2, 3 kali.

    ReplyDelete
  9. Biasalah tu, AN. Asal ada aje isu sikit, mulalah harga barang naik mencanak. Terasa jugalah sekarang ni bila keluar membeli, tetiba tengok bil bukan main mahal. Tengok dalam troli boleh hitung dengan jari barangnya!

    Kerajaan memang mengkaji aje kerjanya tapi penyelesaian tak jumpa juga. Kalau pun terjumpa penyelesaian yang sesuai, kita dah get used pun dengan kenaikan harga tersebut. Saya banyak kali perasan, contohnya harga barang lepas GST. Ada yang tak kena GST tapi harga naik jauh lebih mahal daripada sebelum. Alasannya sebab kerajaan implement GST. Nampak sangat memang peniaga ni yang 'bijak' mengatur harga!

    ReplyDelete
  10. Sib baik I bukan peminat bunga kantan. Aisy. Bunga kantan kalau kat BP cuma 50sen je.. (Tp taun lepas la.). Kwn2 I yg kat KL pun mengeluh pasal harga bunga kantan dari taun lepas lg. Masa tu klu x silap RM3 kot.

    ReplyDelete
  11. Okje pun jenis cenggitu AN, main beli jer tak perasan harga.
    Tahun lepas bunga kantan 3 henggit time Raya Haji. Yang taunya sebab jenuh cari bunga Kantan nak buat Laksa Penang, tak berjumpa, bila jumpa kusss semangat mahal ya Rabbi.

    Betul tu .....mereka tak fikir yg setengah golongan lagi tengah ikat perut nak meneruskan hidup huhu

    ReplyDelete
  12. sengaja dinaikkan.
    ringgit jatuh, kalau gi oversea terasa la.
    dlm negara pe ada hal ringgit jatuh ke tak.
    sayur bukan nyer di import, kan?
    petik petik aje dlm negara.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?