5 Julai

Nampaknya ramai yang bersedih hari ini. Antara perkhabaran yang buat kita sedih hati ini ialah berita kematian biduanita Sharifah Aini pada awal pagi tadi. Di sekolah tadi pula, ada salah seorang staf juga tak hadir kerana kematian ibundanya di Selayang.

Tadi, saya terbaca di Instagram, anak lelaki Linda Rafar juga baru sahaja meninggal dunia. Sedih rasanya mendengar perkhabaran sedih ni. Saya selalu mengintai IG Linda sejak dapat tahu anaknya tengah sakit. Memang tak ada ibu yang akan duduk diam kalau anak tengah sakit. Nampaknya Allah lebih menyayangi anak itu.

Kita doakan semua saudara sesama Islam kita ni ditempatkan di kalangan orang yang beriman ya.. amin..Moga bila sampai giliran kita, kita juga akan pergi dalam keadaan yang baik.

Comments

  1. takziah buat keluarga depa...

    ReplyDelete
  2. Yelahkan AN.....yg pergi tetap pergi, kalau Allah nak menjemput tu sekerjap aje dia nak panggil....Terasa insaflah jugak....tp nama pun manusia, cepat betul lupa..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah buat mereka dan salam takziah buat keluarga mereka. Mereka dah pasti tapi kita yang tinggal ni entahlah bila masanya. Cukupkah ilmu di dada....

    ReplyDelete
  4. sejak kebelakangan ni selalu je dpt berita kematian..kita yg takde kena mengena ni pun turut bersedih.Semoga roh mereka tenang disana

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..
    semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.
    amin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?