Tanda-tanda nak mati ke?

Korang pernah dengar tak  yang orang selalu cakap, kalau kita tengok seseorang tu berubah kelakuannya secara tiba-tiba tu tanda-tanda yang dia hampir nak mati....

Sebelum tu, saya nak cerita sikit tentang peristiwa yang baru berlaku semalam. Sebab peristiwa ni jugalah yang buat saya kembali terasa nak menulis. Sebenarnya sebelum ni saya berhajat nak tutup aje blog ni. Memang dah tak minat nak menulis lagi.

Suami saya, tetiba je semalam semasa dia tengah sibuk buat kerja tu tetiba je dia panggil saya. Beriya tu sebab nak tunjukkan yang nama anak-anak kitaorang ni nama hebat, katanya. Alasan dia sebab ada blog yang tulis nama anaknya pun sama, iaitu Naim dan Nazif. Saya pada mulanya dah memang tak berapa nak layan. Saya dari jauh dah tegur yang itu blog saya kot,tapi  suami saya ni cakap, " taklah, ni mama diorang nilah yang tulis. Ada orang lain yang anaknya sama dengan nama anak-anak kita",  dengan seriusnya dia jawab. Jadi, saya pun datang dekat sebab nak tengok sendiri.

Ai, laki saya ni.. Korang tahu apa yang sebenarnya? Rupanya dia baca komen saya di sebuah blog. Betapa tak alert ya dengan minat isterinya ni. Tak apalah, tapi tetiba saya rasa dan terfikir yang kenapa saya nak tutup blog ala kadar ni? Selama ni apa yang saya tulis saya tulis dengan seronok nak berkongsi kegembiraan, ilmu dan pengalaman yang saya ada.

Sebagaimana  saya tertekan menjadi guru, perasaan nak berhenti kerja selalu akan hilang bila hari yang saya rasa khidmat saya ni masih diperlukan bukan sekadar di'perkuli'kan.

update sikit pasal hari yang saya kena cerap hari tu. Keseluruhannya saya rasa ok. Komen yang dapat tak adalah yang teruk, walaupun memang ada. Tentulah akan ada komen sebabnya memang tujuan pencerapan macam tu. Yang penting dah lepas. Set induksi saya hari tu memang mendapat sambutan hangat, guru yang mencerap pun nampak nak sertai sama. Saya tanya teka teki, apa ikan yang namanya sama dengan nama orang dan lagi satu soalan , apa mee yang tak boleh dimakan?

Ok, salam ukhwah dari saya. In shaa Allah saya akan teruskan blog ni selagi panjang umur. Blog rakan rakan akan saya terjah nanti ye..




Comments

  1. as salam....ciegu ker....anggap berblogging release kan tensen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa...tulah, sebelum ni mmg selalu pikir macam tu..semenjak dua menjak ni je macam tak berapa nak fikir macam tu.

      Delete
  2. Ala, jangan la tutup... teruskan menulis... suka baca cara penulisan Aisy :)
    nak cuba jawab teka teki: ikan duyung dan misai.... hehehe, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai nur, satu betul ...MISAI.. lagi satu teka lagi ye..bagi tepukan..

      Ha, tak jadi nak tutup.. Aritu nekad dah, ada beberapa jam saya dah privatekan blog ni.koh koh..budget tensen teramat.. Tapi tak sampai hati..akan diteruskan lagi, in shaa Allah ye..

      Nanti saya terjah blog kwn2 ye.. Mmg aritu bw pun saya tak buat..nak betul bersara dah..

      Delete
  3. take time, ade ade masa mmg kiter akan rasa nak berhenti buat satu benda yg mmg rutin kiter buat..

    ReplyDelete
  4. masa mula2 berblog dulu, kalu boleh xmopun org baca apa yg kita tulis, alaaaaaaaa kira2nya menulis ntuk syok sendiri jer..

    tapi tak sangka lak, akhirnya dpt ramai kawan di alam maya

    ReplyDelete
  5. saya dah agak something is not right bila tak nampak ada update baru. dah berkira-kira nak tanya Aisy sekeluarga sihat ke x.. don't give kay, kita buka blog untuk kepuasan sendiri dan berkongsi ilmu. kalau ada yang tak suka tu nak buat mcm mana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..tak ada pula saya terfikir pasal orang tak suka. Betul juga kan? Aritu mmg alasan dh tak minat menulis lagi..

      Delete
  6. teruskan usaha murni anda..akan selalu menyokong mu.

    ReplyDelete
  7. errr..saya nak jawab!!

    yg 1st tu ikan baung..yg 2nd tu misai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misai betul tapi ikan baung salah...

      Jawapannya IKAN BAKAR.. haha

      Delete
  8. jgn lah tutup...tulis utk tatapan anak2 d masa depan. kot2 dh pencen nnti bole baca semula. hahahaha.

    ReplyDelete
  9. jgn la berhenti menulis...walapon kdg2 akak pun rasa mcm tu jugak bila ada sesuatu yg sgt tidak sedap dihati,tp akak fikir balik tujuan sebenar akak menulis kat blog nih,cuma nak berkongsi ttg kehidupan akak yg tak seberapa ni dan untung juga dgn berblog nih akak dapat jumpa dgn kawan2 baru,walapon tak pernah jumpa sekalipun...mcm aisy mmg kita tak pernah jumpa tp kdg2 rasa kita mcm rapat je..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1