Otak kosong dan gastrik

Wah, tak best langsung tajuk. Selalunya saya cuba menulis dengan tajuk yang positif dan menarik. (Menarik pada pendapat sayalah). Bukan apa, rasanya tajuk tu cukup sesuai nak menggambarkan situasi saya sekarang.

Di sekolah minggu ni minggu ramai guru yang kena cerap. Padahal setiap hari memang 5-7 waktu mengajar, keadaannya ok je. Tapi, kalau dengar khabar akan dicerap, maka bermulalah fasa tak tidur lena, hati tak tenang, otak jadi kosong dan stress hingga saya hari ni sampai dapat gastrik. Ni semua gara-gara semalam diberitahu saya akan dicerap oleh ketua panitia esok.

Sebenarnya saya lebih rela tak diberitahu terlalu awal. Ni lah akibatnya kalau dapat tahu awal, risau dan rasa tak tahu apa yang bakal dipersembahkan. Padahal ini bukan kali pertama, hari Selasa yang baru ni sebenarnya saya baru sahaja dicerap oleh Pengetua. Pengetua hanya memaklumkan kepada saya sejam sebelum dia nak masuk ke kelas saya. Memang tertekan juga pada waktu tu, namun tempoh yang singkat untuk bersedia mental dan fizikal tu rasanya tak mendera minda saya..

Harapnya semua berjalan baik esok ye...

Comments

  1. kena cerap tu maksudnya kena observed ek? Baru tahu istilahnya dalam bahasa melayu :)
    Fuh, mmg kita ni takut kalau dinilai, kan? Semoga semua berjalan dengan lancar, amin!

    ReplyDelete
  2. Aisy, dulu anis tak nak jadi cikgu sbb takut kena cerap hihi.tp akhirnya jd cikgu jugak. Mmg cuak jer rasa kena cerap....semoga aisy dpt buat yg terbaik! Aamiiiiiin....

    ReplyDelete
  3. Cerap... saya pun tak pernah tahu perkataan ni :D:D
    Memang penderaan mental kalau tau awal sangat kan.. hehehe semoga berjaya yer. Sampai gastrik punya nebes adehh.

    ReplyDelete
  4. Owhhh.... ingatkan cerap tu maknanya kena tambah jam mengajar. Kena nilai rupanya. Hhihi...

    Walaupun dh lmbt, gud luck!

    ReplyDelete
  5. okla tu kna observe..i ni huhu..so down

    ReplyDelete
  6. owh..kena observed. terfikir2 jugak mkna cerap tu tadi.

    ReplyDelete
  7. apa bendanya cerap ngan observe tu? Performance review ker? Utk kenaikan gaji?

    http://pondokajip.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni rutin orang keje cikgu...tak kena mengena dengan naik gaji pun tapi dgn pelan pendidikan baru ni kalau cikgu yang berprestasi rendah mungkin akan kekal gaji tu aje, ,tak naik langsung... Jadi antara item penilaian ialah pencerapan masa kita mengajar ni lah.. Kalau dapat markah rendah, sikit sebanyak akan effect markah prestasi tahunan pekerja kerajaan mcm kitaorang ni... Maklumlah

      Delete
  8. Salam aisy.. Mcm mana semua berjalan lancar? Akak harap mcm tu lah ye.kalu akak ditempat aisy pun mesti akak jd mcm tu jg lg pulak akak ni berdarah gemuruh

    ReplyDelete
  9. Kena cerap?. Sangkakan kena serapkan/posting.
    Maksudnya Nazir dtg... then dia duduk belakang tengok you mengajar ke Aisy?.

    In shaa Allah, Cikgu Aisy boleh!. Aamiin.

    ReplyDelete
  10. salam...nnti update yer tentang cerapan yg telah d buat. eheheh..berkongsi debaran.

    ReplyDelete
  11. Salam kenal Dari M.. Keep in touch ^_^

    ReplyDelete
  12. huhu.. cuba bertenang ye..insyallah... smuanya OK ;-)

    ReplyDelete
  13. owh..ini pengetua or ketua panitia duduk dalam kelas tengok kita mengajar ea? kalau sy, rasa kekok kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kalau kena waktu double, memang terasa sangat lamalah pengetua tenung kita mengajar...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts