Baik yang anda fikirkan baiklah jadinya

Cepat sungguh masa berlalu kan? diam diam dah nak habis cuti sekolah ni. Masa seharian berlalu dengan melayan dua Ahmad ni terasa cepatnya. Lega bila tengok kedua duanya tidur lena. Melihat wajah Naim ni, terasa bersalah pula sebab tadi saya ada marah dia kerana berkali kali mengada-ngada. Akhirnya dia datang menghimpit saya, dah minta diusap kepala, tak lama pun dia terlena di tepi kepala saya. Teringat pula kata kata mak saya semasa balik ke kampung hari tu, "macam mana awak sayang anak, ambo pun sayang anak gitulah,"...

Alhamdulillah, seronok saya dapat balik kampung walaupun tempoh empat hari terasa singkat sangat. Sekejap sangat macam mandi pun tak basah, terasa hiperbola ni memang sesuai nak menggambarkan pengalaman saya. Namun syukur saya panjatkan kepada Illahi kerana saya dapat jumpa ahli keluarga di kampung dengan semuanya sihat.

teringat lagi muka sedih ayah sewaktu kami nak bertolak balik. Terasa bersalah je sebab balik ke kampung cuma empat hari... Tapi apakan daya.... banyak kewajipan yang menanti di sini.

Rentetan balik kampung juga, hari ni saya gigih memasak laksam, asam pedas dan kek tiramisu. apa hubungkaitnya? kalau laksam, sebab masa balik kampung hati tu Naim makan banyak laksa yang dibuat oleh Mak Longnya. Asam pedas pula, saya minta mak masakkan, tapi memandangkan banyak hal tak sempat nak disediakan, jadi balik sini saya buatlah sendiri. Ai yang ni korang jangan tiru ye... Tapi sesekali balik memang terasa nak makan makanan yang mak masak, kan? tak kisahlah makanan tersebut memang kita tahu masak pun, kan? kek tiramisu lak, sebab mak saya galakkan saya memasak, untuk tambahkan kemahiran diri, katanya.. jimat pun jimat kalau pandai...

Jadi, kali ni nak tayang sikit gambar kek tiramisu yang tak berapa comel.. hasilnya belum tahu sebab esok baru nak makan...



P/s : termotivasi bila balik jumpa mak ayah.... anakmu ni akan cuba melihat sesuatu dan semuany dengan positif... doakan anakmu ini sokmo ye...

Comments

  1. Seronoknya dapat balik kampung.. kalau saya skrang ni, skype aje la medium melepaskan rindu... nak balik tak cukup RM :(
    Tiramisu tu pun nampak menggoda.. musim panas mmg sedap layan tiramisu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang se-skype. hahaha tu la kami ni alahai rindu nya nak blaik kampung. (selalu tau saya ter-eja "blaik", huhu)

      Delete
    2. Tak pe, nur ada alasan tak balik tu... Nanti dh abis belajar, baliklah sini ye..

      Jomla , hari ni dh boleh makan tu..

      Delete
    3. Haha... Nas sengaja nak challenge cik nur ratu typo lah tu kan?

      Orang yang di perantauan mcm korang memang lagi syahdu situasinya kan? Takkan nak terbang dari bradford atau berlin setiap kali ada cuti? Tapi mujur ada teknologi skype, hilang rindu pada family kat sini...

      Delete
  2. sedap nye kek tu, jgn lupa resepi yerr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, malulah saya nak tepek resepi kek comot saya ni.. Nealopah tanya google je, pilih nak buat yg mana...

      Delete
  3. Salam AN..masa ada ayahbonda dulu acik juga tak lepas peluang balik kampung setiap jali cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan acik, sementara ada diorang, elok kita balik jenguk selalu

      Delete
  4. bestnyer balik kg. mmg mcm tu la kan bila dah ada keluarga sendiri.mmg tak cukup la 4 hari balik kg tapi nak buat mcm mana. kita ada tanggungjawab lain kan.tak pe.at least dapat jugak jenguk mak ayah kan.

    sedap nyer tgk kek tu. kaler dia lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...letak blueberry jadi color macam tu

      Delete
  5. Wah nampak menarik je tiramisu tu AN...
    Mak sihat lagi ye AN...bolehlah manja manja mintak mak masakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni alhamdulillah mak saya sihat lagi.

      Delete
  6. wahh.. buat tiramisu plak ye.. saya pun tak pernah try lagi. mesti best kan?

    ReplyDelete
  7. ain..sedapnya tiramisuuu tuuu...laksam kak intan suk gaka

    ReplyDelete
  8. seronokkan bila dpt blk kg jumpa dgn mak dan ayah...

    wah bestnye nampak tiramisu tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1