Ini baru dua

Keluar, jalan-jalan atau makan angin, seronok kan? Tapi, kalau dah ada anak ramai, takkan sama kan? Apa taknya, dengan dua hero ni, kalau nak keluar jalan jalan pun memang agak mencabar prosesnya.

Ambil contoh hari ni, pada hal kami rancang nak pergi minum petang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya je, dekat  tapi bukan main 'senang' prosesnya. Nazif pada waktu tu langsung tak nak diletakkan, nak didukung aja. Naim pulak lagi banyak cekadaknya. Mulanya payah nak mandikan dia. Asyik sangat tengok video di you tube. Bila dah mandi, dia buat hal sebab nak pakai seluar adik pula. Tak faham betullah, dah dipujuk macam-macam akhirnya kami yang mengalah, bagi juga dia pakai seluar Nazif walaupun memang nampak seluar tak cukup kain..

Kisah di dalam kereta semasa perjalanan tak payah ceritalah. Pendek cerita macam bawa lima orang anak, walaupun Naim je yang berkebolehan kat situ.

Bila sampai kat Taman Warisan Pertanian tu pula, korang ingat boleh makan dengan nikmat? Jangan harap le.. Nak makan pun tak jatuh ke perut, bak kata orang kampung saya.. Nazif merengek nak tidur masa makanan penuh di meja. Jadi, nak pujuk dia, saya pun bangunla, bawa Nazif jalan jalan sekitar kawasan makan tu. Sekali sekala ada ambil sikit makanan.

 Naim pula mula mula makan elok. Tapi dah lama sikit, dia mula tunjuk bakat. Batang sate dia baling, mujur tak ada mangsa yang kena. Mama dia yang malu ni buat-buat larang Naim bila ada seorang adik, pelanggan di meja depan senyum tengok gelagat Naim. Dalam hati saya waktu tu, " ko adik, sekarang ko boleh senyum, nati ko ada anak ko tahu lah" .


Sudahnya kami bergegas balik selepas bersihkan mulut dan tangan Naim yang comot. Alasan bergegas balik, sebab dah nak hujan dan ada daun daun yang menjadi mangsa dipetik oleh Naim.. saya? balik dalam keadaan tak kenyang pun. Apa taknya, tak lalu nak makan bila keadaan macam tu.. sekurang-kurangnya rasa seronok sebab Naim makan banyak.

Para ibu penah tak alami keadaan macam saya?

                                          model aiskrim dengan seluar pinjam


   tercapai hasrat nak makan air kelapa shake(dalam mangkuk kecil). Mangkuk yang ada straw merah ni apa ? korang tahu tak? Siapa bijak sila teka....




Seronok tengok Naim makan tadi. Habis dia makan sate tu. Muka Naim masa ni bersih lagi, duduk pun elok lagi. . Tu yang sempat mama ambil gambar..



Comments

  1. gmbr last tuh kenape..tido ke..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mata terpejam masa snap. ni bila Naim dah mula nak buat perangai. Tangan yang tak basuh lagi, dai garu kat kepala. free je rambut kena lemak dan minyak kuah sate..

      Delete
  2. Replies
    1. tulah kak, saya pujuk hati sdiri macam tu lah

      Delete
  3. pernah Aisy..riuh rendah bila keluar bersama..org keliling pun tengok sambil senyum2..meriah ramai anak hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru dua mama rey.. Kalau lg ramai entah macam manalah pula kesahnya

      Delete
  4. bila besar sikit lagi, Insya Allah... ok la tu :)
    Anak-anak saya mmg suka bila jalan2... sbb tu selalu beri kerjasama tiap kali kami nak keluar, selalu janji awal2 kena dengar kata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya.
      Harapnya naim nanti pun akan beri kerjasama yg baik

      Delete
  5. itu dua, anis yg sorang tu pun tak terlayan hohoho...camno la orang yg anak 10 tu kan...kagum

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal... mcm manalah orang yg ada ramai anak... sopan santun semuanya kot, tu yg ada 10

      Delete
  6. Nak teka.. cendol. hehehe
    Aduh dengan dua hero keluar makan, mmg tabik sangat2 saper yg dapat makan dengan tenang nyer. saya yg sorang ni pun dah lama give up makan luar, usahkan makan, ngopi pun takder dah skang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rsa sikit macam cendol...tapi mng bukan cendol.

      Delete
  7. kesian mama..10 anak tu bukan dia kuar sekaligus..so,ank dia yg sulung dn beberapa orang lagi dh boleh harap dah...tunggula,bila 2 tu dah besar,diorang pula yg tolong mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tulah, kena sabar byk2 no..

      Delete
  8. hiihhi..adatlah tuu//kalau dah jadi mak ..akan faham semua tu...malu tolak tepi dah...nak wat camana...anak kita juga kan..makanya sabar sajalah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... Akak, saya semalam makan nasi dgn ayam masak hitam guna rempah akak. Sedap..

      Delete
  9. biasa la tu aisy... nanti dorang dah besar mesti rindu nak bawa pi makan2.. tapi masa tu mesti dorang dah ada geng n ada tempat makan favorite.. hhuhuh sedih la pulak...

    ReplyDelete
  10. Tak pernah pegi Taman warisan ni AN...nak try jugaklah sesekali..
    Budak2 baya tu memang tengah suka tunjuk bakat hehe

    ReplyDelete
  11. Hihihi. Mujur setakat ni adam behave. Senang sgt. Cuma yg susahnya, dia suka duduk rumah dr keluar berjalan2.

    Anak buah pulak... seorang macam 5 orang. Buas. Mmg kurus la mak dia...

    Mungkin yg ke 3 nnti behave? Time tu abg2 dh besar =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahla MA... tggu n jga yg dua ni dulu lah

      Delete
  12. sama la kita aisy...akak kalu pegi makan mmg bergilir2 la dgn en.azmi,makanan masuk dlm perut pun kdg2 tak rasa..hehe

    ReplyDelete
  13. haaa saya nak teka jugak!! pulut mangga kan? :p

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts