Rindu Ahmad Naim..

hari ni naim agak manja....papa naim blk lwat, xdapat menjemput naim macam biasa...
jadi bila balik dari sekolah dalam jam 7.15 pm tadi baru aku amik naim
dari rumah ibunya(pengasuh).
naim dengan gaya ceria n seronok mendepakan tangan minta didukung...terharu rasa, biasanya aku cuma hantar, yang amik naim ialah papanya....
mungkin dia tahu arini tempuh duduk di rumah ibunya lbih lama daripada biasa....
lagi, bila balik dia x pula jumpa papa....dah la pagi tadi papa kluar rumah kul 7.45, naim tengah tidur lg....
papa dia balik kul 10.15, naim pulak dh tido.....
naim mmg rindu papanya...sepanjang main dengan naim td, byk kali dia mengungkapkan kata
'pa pa pa pa pa pa'......

*gaya naim tido dalam kerinduan*


petikan dari sebuah blog....
cara mendidik anak mengikut cara Islam

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

Comments

Popular Posts