Ilmu yang tidak diamal bagai pohon tidak berbuah.

Ungkapan ni baru je aku ajar kepada murid-muridku dua minggu yang lepas. Memang biasa, kita mudah menyebutkan sesuatu. Mudah juga menghuraikan maksud dan menggalakkan orang lain mengamalkan ungkapan itu. Tapi realitinya, aku sendiri banyak yang tidak mengamalkan apa yang dipelajari.. Contoh paling senang ialah memasak makanan yang berkali-kali aku belajar daripada Kak Long. Belajar dah berkali-kali, memasaknya cuma sekali dua. Alasanku kerana tidak mahir. Jadi, penyelesaiannya kami selalu makan di luar atau memasak di rumah makanan yang mudah sahaja iaitu teknik goreng. adakah itu penyelesaiannya.
          Mungkin memang lumrah kehidupan manusia. setelah menjadi guru, barulah aku tahu karenah anak-anak murid yang pelbagai ragam. Dalam setiap kelas, akan ada murid yang tidak memberi perhatian kepada apa yang diajar. Akhirnya, dalam peperiksaan hasilnya memang tidak baik dan mengecewakan. Murid-murid kadang-kadang seumpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. dalam fikiran mereka cuma ingin berbual dengan kawan sebelah tentang perkara-perkara yang menarik perhatian mereka. Jadi bayangkan, dengan situasi pembelajaran yang begitu, bagaimana untuk mencapai objektif pembelajaran.

Comments

  1. Mengintai n3 sulung..hehe....karenah anak2 didik ni macam2....kan....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts