Amarahku

Entah ape angin tak elok yang melanda di hari minggu ni.. pagi tadi elok je angin aku,
walaupun dah ada sikit-sikit tiupan angin barat daya, tapi aku maintain senyum lagi.. tapi menjelang ke tengah hari, lebih-lebih lagi selepas masak makanan tengah hari yang sedap...menunya biasa je, just nasi putih, tomyam ayam, sayur kangkong dan sambal ikan bilis dan tempe...lepas makan,
angin kus-kus mula menyerang..
Mujur aku mengambil tindakan untuk tidur. dengan perasaan geram akan seseorang, aku tidur, cuba memekakkan telinga dengan persekitaran yang bising, walaupun ada seseorang tu sedang mengemas rumah dengan serius. Ditambah lagi dengan suara manja Si Ahmad,
yang sedang main-main dan cubaannya mengacau aku tidur. Macam-macam dibuatnya.
panjat katil, menepuk-nepuk badanku, memanggil-manggil dengan bahasa bayinya.
Namun, aku berjaya juga tidur. Walaupun dikacau berkali-kali, aku tetap sambung tidur.
Kononnya sebab tak ingin nak tengok muka seseorang tu. Hampir dua jam tido di hari minggu ni,
seronok juga.. bila bangun dah hilang perasaan geram dan marah tadi.
patutla, aku macam pernah terbaca petikan yang mengatakan, petua semasa kita marah
antaranya adalah tido, amik wuduk, bersolat dan membaca al-Quran. Amalkan lah ye....lagipun marah dan geram tu bukannya baik..lagi-lagi kalau pompuan di ambang nak datang bulan, semua perkara
terasa penyumbang kemarahan. ada saja yang xkena walaupun pada asalnya benda tu bukan perkara besar pun. 

Ni salah satu aksi si Ahmad yang menyebabkan geli hati dan mengubat perasaan marah mamanya.
dia rajin menyelongkar almari baju dan menyelerakkannya. lagi, dia boleh lak main cak-cak dari dalam almari tu, bila nampak aku datang nak marah dia menyelerak baju. Tak jadi nak marah, tapi melayan lak dia main cak-cak.. ape nak buat, budak kecik, mama lah yang kena kemas lagi..

Comments

  1. assalam...k.ti...sejuk doh ko..?? jgn lm2 marah.cpt tua nt
    bkpo name Aisy Nasiha? name tuk ank pue nt ko?? hii..hii

    ReplyDelete
  2. dh lama sejuk....time tu je marah....ni saja2 pilih nama ni....nama anak lain la

    ReplyDelete
  3. hahaa..tu la mama...moody..dah ahmad tolong mengemas...
    Apa pun kita sbg manusia biasa tak dapat lari dr berperasaan begitu..cuma kita perlu pandai menguruskan perasaan tersebut... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts