Pentingnya masa tidur yang konsisten buat anak kecil

Satu ketika dulu saya risau sangat pasal perangai suka mengamuk dan menangis Nazif ni. Sekarang ni elok pulak dia, dah tak ada buat hal macam masa cuti hari tu. Ingatkan salah c.u.t.i, tapi lepas dianalisis betul-betul, kami dapat jawapannya. 

Sebelum tu tengok dulu gambar aktiviti Nazif di playschoolnya. 

Solat berjamaah. Baik cikgunya, dalam seminggu lebih kurang 2 atau 3 kali masukkan gambar dan video aktiviti anak-anak ke dalam whatapps group. Itu yang kami laki bini rasa semakin yakin dengan tempat ni, bila cikgunya tanya nak sambung belajar kat sini tak tahun depan, kami dah setuju dan dah tempah baju seragam untuk tahun depan. 
Gambar terbaharu, aktiviti sempena hari sukan negara pada hari Jumaat lalu. Nazif paling kecil kat situ. Haha, padahal budak lain ada juga yang berusia tiga tahun, tapi dia kecil sangat kalau nak banding dengan kawan yang lagi seorang yang juga tiga tahun tu. Mulanya saya nak tanya, aktiviti mewarna sempena hari sukan ni sesuai ke? Tapi tak jadi tanya sebab sekolah main-main je kan? Asalkan diorang ni seronok, ikut aktiviti dan berkawan itu dah cukup sangat.

Yang ni pula masa awal-awal Nazif masuk. Dia yang dekat dengan cikgu tu, semangat betul masa ni. Balik je ke rumah dia akan tunjuk kertas atau buku yang dia guna pada hari tersebut. Paling bangga saya rasa bila balik tu Nazif akan cakap, " Mama, mari dengar adik baca al-Quran". Padahal dia baca al Fatihah atau surah al Nas tu pelat-pelat je pun. Tapi mama dengar dah rasa suka hati sangat. Biasa kalu kita ajar sendiri dia takla semangat macam tu. Dengan cikgu ni, boleh nampak kelainannya. 

Kesimpulannya yang saya dapat ialah masa tidur yang konsisten sangat penting bagi anak-anak kecil ni. Jangan mudah melatah atau stress kalau anak-anak buat perangai. Masa cuti, dengan ramai saudara mara ada, diorang memang tak nak tidur, itu yang menyebabkan perangai menjadi-jadi.  Jadi, lain kali pada masa cuti panjang, saya kena cari jalan supaya Nazif dapat tidur yang cukup. Barulah mak tak susah hati dengan komen orang sekeliling.

Comments

  1. anak sy walaupun dah 5 tahun sy masih ajar tidur siang sis.. balik sekolah mandi, makan, buat kerja sekolah pastu tidur dlm sejam... memang mood dia akan ok... Alhamdulillah, seronok tgk aktiviti anak2 di sekolah tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim yang 5 tahun tu nampak ok je, tapi adiknya ni yang kerap buat kami risau lagi2 kalau musim cuti panjang... nak tidurkan dia memang susah amat, tu yang dia buat perangai agaknya..

      Delete
  2. Setuju..kita yg dewasa ni pun klu tak cukup tido asyik naik angin..sakit kepala stress.hehe..

    Bagus school nazif..nmpk nazif pun suka..baka kecik nazif dr siapa agaknya kan.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, nak kata saya la tu !!
      Bapak dia pun kecil gak, tapi dah makin tua ni dah berisi banyak.. kalau tak dulu masa ank sorang macam budak sekolah je.. jadi bukan baka papa kot.. haha..

      agaknya nazif ni ikut perangai mama bab kena cukup tidur ni.. saya pun kebanyakan hari tak cukup tidur, kesannya memang sakit kepala

      Delete
  3. betul tu..kena tetapkan waktu tidur untuk anak-anak, bila tak cukup tidur akak ni pun rasa lain macam je...

    betullah nazif nampak kecik je tu...

    seronokkan bila kita dapat dengar anak2 dah pandai abaca al fatihah dan surah2 pendek yang lain, walaupun tak lancar dan sebutan masih tidak betul tp cukup buat hati mama berbunga2.

    ReplyDelete
  4. Suka ayat"barulah mak tak susah hati dgn komen org sekeliling"

    AN.. Tau tak.. Kalau diri LM ni akan jd makin stress jika dgr komen org lain pasal anak. Haha..

    LM jadi runsing pandangan org yg kita ni manjakan anak, tak tegas, tak reti buat anak berdisiplin. Tak reti ddik anak.. Bla bla bla.

    Paling sedih dgr org tny napelah anak kau ni kuat ngamuk? Sobss

    Syafiq.. Ya ampun amukan dia rasa nk terbalik dunia. Dia ni kalau balik sekolah lepas mkn terus tido okey je perangai. Tp bila dia main dan main dh let ptg br terlelap mulalah dia mengamuk serva tak kena. Pernah gak rasa frust sgt nape jadi kuat ngamuk tak blh dipujuk ni? Rupanya bila dia letih, ngantuk dan lapar kurang susu mmg dia akn ngamuk terutama bila dh sekolah ni. Kat sek dia sgt pendiam( takut cikgu) maka kat rumah kalau ada silap sikit mmg naya lah ummi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. ada masa rasa orang sekeliling ni tak menyokong apatah membantu.. ana kita lak, bila ramai orang memang nak perhatian lebih...mulala rasa nak cepat2 balik ke rumah sendiri..

      Banyak dugaan ...kena tabah selalu

      Delete
  5. Samalah macam kita kalau tak cukup tidur, AN. Mulalah nak buat hal. Tapi budak-budak buat hal, kita okeylah lagi. Kalau dah tua buat hal, minta kena hempuk jerk; takda siapa nak layan!

    Anak-anak saya memang tak reti tidur siang. Kata si Abang tidur siang tu merugikan dirinya. Si Adik pulak kalau terlalu penat bermain barulah tidur siang. Kalau tidak dia berjaga aje sampai malam tapi selalunya kalau tak tidur siang, malam cepatlah terlena.

    Kecil aje si Nazif ni yerk. Comel aje. Lamalah nampaknya Nazif kena sekolah. Dari playschool pergi tadika pergi sekolah rendah and so on... Takpalah Nazif yerk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. nasib mak ayah kerja dan tak ada siapa nak tolong jagakan..terpaksalah lama dia ke sekolah. Moga2 nazif tak bosan.. kami plan 5 tahun masukkan ke tadika yang lain supaya dia rasa perbezaan persekitaran..

      Anak MD tidur awal ok lagi tu. Anak2 saya ni kalau cuti xnk tidur siang, dan malam pula pukul 12 lbh baru nk lena.. tu yang kalau cuti lebih 2 hari nazif mula macam2..

      Delete
  6. betul betul
    anak anak nak bergembira bila sedara mara dtg, itu yg mereka x brapa nk tidur.
    bab itu oke la kan blh bermain dgn sedara maea tp bab buat perangai tu mmg x mnhan

    kecil kecil cili padi :)

    ReplyDelete
  7. orang keliling memang apa aje kita buat tak puas hati cikgu AN =)
    kita buat ikut kemampuan kita ajelah
    saya pun maleh nak pikir pasal orang sekarang ni...hehe

    baguih ye sekolah tu cikgu
    kalau dekat, nak juga merisik tanya

    ReplyDelete
  8. aida setuju tu.
    tido penting.
    nanti dorang cukup rehat.
    otak cergas.

    susah nak dpt taska / tadika yg bagus skang ni.
    kena hati-hati.
    aida alhamdulillah dpt jugak yg bagus mcm An.
    next year ijat stay jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?