Feeling di kayangan

Hari ni jerebu kembali terasa teruk nampaknya? Sekitar Selangor ni macam ada peluang nak sambung cuti sekolah hujung minggu je. Haha, apa-apa pun ramalan Mak Belalang, harapnya jerebu ni cepat berkurang. Banyak benda terganggu kalau asyik cuti saja macam ni. Tapi sementara terpaksa berhadapan dengan jerebu yang ada ni, kenalah juga kita tenangkan hati. Bak kata seorang rakan saya dalam whatapp group kami, masa jerebu macam ni, pasang aircond sejuk, bila rasa nyaman tu bayangkan berada di kayangan. Haha, tinggi imaginasi tu kan?

Jerebu ke tidak hidup kita tetap kena teruskan macam biasa juga. Jadi, menyinggah ke rumah Kak Ja dan bermalam di rumah Opah malam ni. Kalau ke rumah Kak Ja, lega banyak sebab anak-anaknya akan menjaga budak berdua ni sepenuhnya.

Potong kuku contohnya, cuba kalau mama yang buat, jenuh mengejar belum tentu dapat potong habis 10 kuku jari kaki dan tangan. Kalau kakak sepupunya buat tak sampai 3 minit selesai! Siap senyum lebar lagi masa proses potong kuku tu. Abis, mama jugalah yang dikatakan malas potong kuku anak. 

Nak ke tandas, minta kakak yang uruskan. Kalau nak makan pun kakak juga uruskan. Haha, mama memang rasa seronok kalau macam tu.


Comments

  1. Senang mamanya kalau mcm tu.. ada org melayan 2 hero :) hehe...
    Betul tu, susah nk potong kuku bdk2 ni.. dia bg skejap je.. kdg x sempat siap, puas memujuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa senang hati kalau sekali sekala singgah ke rumah kakak sya ni.. memang boleh relaks sangat.. semua anak sedara uruskan

      Delete
  2. Saya pun berangan ada kat Bradford lagi... Kononnya foggy morning.... Tapi rupanya foggy sepanjang hari... hehhehe
    seronoknya mereka ada yg rajin melayan... Kita pun boleh goyang kaki sikit :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dear..
    Wahhhh...seronoknya Mama dapat rileks jap..
    Senyum jer Si comel tu bila ada yg potong kukunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak MP, dia saja senyum bila saya ada dekat masa tu.. cuba kalau saya yang potongkan, pasti meronta-ronta dan cuba nak lari

      Delete
  4. Betul tu jerebu semakin teruk nampaknyer, ntah bila nak selesai... hihi comey nyer sikecik tu..

    Salam hujung minggu dari BUNDA..

    ReplyDelete
  5. teruk jerebu di utara.. nk keluar kena pakai mask. makin besar makin bijak ya.
    seronok kot kalau bermanja dgn kakak sepupu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, budak2 kan memang kalau dengan orang lain diorang okje, jarang nk mengada-ngada macam masa bersama mak diorang

      Delete
  6. suke benor dimanjakan oleh kakak ye
    blh la mama berehat rehat sekejap.. hihi
    rania skrg pon jenuh cr masa sesuai nk ptong kukunya.
    kadang time dia tidur timw tu la umi nk siapkan kerja tergendala.udah terlupa nk potong kuku. nk x nak kena juga berkejar kejaran hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, gitulah nasib mak-mak kan? time kita nak potong, anak lari.. bila diorang tidur kita lak terlupa sebab buat kerja lain atau dah memang penat masa tu.

      Delete
  7. haha comelnyaaa.. kat ganu pun dah smpai jerebu ni haaa

    ReplyDelete
  8. Oh, bab anak-anak mudah diuruskan oleh orang lain selain emak ni saya pun merasa sama juga, AN! Saya selalu komplen kat kakak saya kata anak-anak saya ni kalau keluar dengan saya tak reti diam, seorang main sembunyi kat sana, seorang main lari-lari kat sini. Pening kita! Tapi kakak saya selalu aje kata anak-anak saya bukan main baik lagi pekerti kalau keluar dengannya mahupun kakak sepupu kesayangan mereka ni. Obedient sangat. Memang budak-budak ni kalau dengan emak ada banyak mengada-ngadanya kot :)

    ReplyDelete
  9. ada yg layan anak2. bagusnya.hihi

    ReplyDelete
  10. moga jerebu ni cepat berlalu...takmau lah berada dikayangan kalau udaranya tidak sihat hahaha...

    macam mama ni juga lah kalau balik kampung anak2 siap request nak siapa mandikan,pakaikan baju...memang lega banyak la hahaha

    ReplyDelete
  11. Nampaknya makbullah doa yek. 2 hari terus KPM bagi cuti!

    Okje hujung minggu ni pun kena teman opah jugak huhu....malasnya nak tido sana.
    Wah.....Nazif pandai dia ngengada yeh kalau mama potong, kalau kakak sepupu dia potong tau malu!

    ReplyDelete
  12. Senang la kerja mama kalau kakak sepupu rajin melayan..tu la kan jerebu ni teruk benar..sakit sana sini..aiman pun batuk

    ReplyDelete
  13. eh sebelum lupa
    blog ni dah guna responsive template la
    header tu sweet sangat =)

    jerebu kali ni memang teruk ye
    habis semua terjejas sebab masalah ni
    menteri kita kena tegas dengan indonesia
    idak tak selesai masalah ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde makna nyer nak tegas YY dan An.
      diorang nak berlembut jugak.
      jaga hubungan diplomatik ler katakan...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1