Went to hyppo and crocodiles's farm

Hari yang menggembirakan bagi kedua-dua Ahmad nampaknya. Kebetulan saya dapat tahu yang kalau ke Paya Indah Wetlands, Dengkil kita akan dapat melihat buaya dan badak air secara dekat tanpa kena bayaran masuk. Papa N memang sukalah gitu, kan?

Berkejar kami pergi sebab dapat tahu pada pukul 11 pagi pada hari Sabtu dan Ahad, buaya-buaya ni akan diberikan makanan. Jadi, masa kami sampai tu, memang sempatla tengok pekerja di taman buaya tu sedang meleparkan ayam-ayam ke arah air dan buaya-buaya yang ada segera menyambar ayam itu.

Besar-besar buaya kat sini.

Masa tu cuacanya agak panas dan orang pula ramai. Memang ramai tahu yang pada masa tu buaya akan naik beramai-ramai sebab nak makan. Rupanya buaya-buaya ni cuma diberi makan dua hari seminggu je. Katanya ada lebih 30 ekor, tapi agaknya dah kenyang diberi makan pagi semalam kot, yang kami sempat kira tadi cuma 18 ekor. Tapi kecewa bila balik! Entah macam mana, gambar-gambar buaya yang diambil tak ada. Pelik betul. Ni jelah yang ada. 


Sebelum balik ternampak papan tanda tulis HYPPO. Apa lagi, singgah kejap. Ada seekor badak air yang sedang makan. 

Besar dan berkilat badan badak air ni. 

Abang kena paksa bergambar dengan benda ni. Mainan baru si Tobot Y tak lekang di tangan. Setakat ni jadi mainan kesayangan dia tu. Kata abang, lagi suka tengok hyppo daripada buaya. Hyppo baik katanya. Entah macam mana dia boleh kata macam tu. 

Agaknya diorang suka tengok sebab memang nampal badak air ni dalam jarak dekat sangat. Siap nampak luka di kaki badak air ni lagi. 

Kesimpulannya ok jugalah tempat ni. Masuk tak kena bayaran. Taklah jauh mana dari rumah pun. Orang takla ramai sangat jadi sempatla anak-anak di usia diorang ni nak perhatikan binatang yang ada. Sesuailah untuk fasa mak ayah tengah sibuk hujung tahun ni. Senang je nak gembirakan anak kecil, kan? 

Comments

  1. Asalamualaikum..selamat pagi.
    ..:-))
    Dah lama tak pi zoo...

    ReplyDelete
  2. suka anak2 kalu dapt tengok haiwan2 ni kan.. anak sy plak takut klu tengok buaya..haha...
    amboi tobot tu tak mau lepas...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, ikutkan diorang memang suka tengok haiwan, tapi kalau nak ke zoo negara atau farm in the city yang berbayar tu kerap2 mau susah hati keluarkan kos pulak.. tu yang bila tau ada tempat masuk percuma gini , memang serbu aje..
      Tobot tu setakat ni kalau ke bilik air dan ke sekolah je dia tak bawa.. sebab dah 3 minggu dia nk sebelum tu, baru belikan minggu lepas...

      Delete
  3. hippo..kena bawa anak2 pi ni.. nanti dikatakan depa hippo warna biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Ni wajib pergi.. bagi depa tengok biru ke tak warnanya..

      Delete
  4. wah ada yang percuma macam nih,memang seronoklah kan.. oh ada tobot ya, ini kala abang adam nampak mau dia minta juga ni, abang adam pun minat dengan tobot.

    anak2 ni asalkan dapat keluar sekejap pun dah seronok agaknya, macam anak2 akak, dapat pergi ke giant pun dah suka sangat2. minggu ni nak bawa dorang family ke melaka,mesti seronok dorang

    ReplyDelete
  5. Aha... tak ramai orangkan kat Paya Indah ni...Masa saya pergi tu, saya dan keluarga je, AN. Puaslah tengok hippo melantak ^_^ Berpusing-pusing kami 'makan angin' sekitar wetlands ni sebab sunyi. Kalau berdating ni memang best. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bape ekor ye? Saya tgk macam ada 2 ekor je.. sian dia kesunyian kan..mmg tak ada orang sangat kat situ..

      Delete
    2. Masa saya pergi pun tak silap dua ekorlah. Sibuk depa tengah makan masa tu :)

      Delete
  6. Eh? Tak kena bayar ke AN.....kalau tak silap dulu kena bayar tau. Okje pernah dtg sini masa anak kecik kalau tak silap. Tp tak masuk, sebab kena bayar haha.....

    Sudahnya, tengok tasik jerlah hihi....
    Seramnya tengok hyppo tu, gemuk, hitam, berkilat hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tau seram ye.. ini macam xleh pegi la tengok hipo ni..

      Delete
  7. Hihi...Nazef tu dah mcm beso sangatlah tu duk tunjuk lukisan dia. Confident jer hihi...

    Yelah .....bila siang tu dia join macam macam aktiviti kat sekolah, mlm dia akan rasa penat, tu yg lena tido mlm tu. Bila cuti pulak, mama bagi tengok kartun jee, mmg le mlm cerlang jer biji mata kan dik hihi....

    ReplyDelete
  8. bestnya.
    berkilat nengok kulitnya tu

    jngn kata papa N, ayah rania pon suka kalau dpt msk free tu..

    ReplyDelete
  9. Wow dua ahmad pegi tgok crocodile n hyppo..seronoknya! Dpt tgok buaya makan maunya tak happy..klu sy ni mesti teruja melebihkan anak2.hehe..

    Nasib baik jauh..klu dekat jumaat ni gak ajak en suami pi sana.haha

    ReplyDelete
  10. penah dengar beberapa kali pasla tempat ni
    tapi belum sekali pun sampai
    baguih juga sesekali ke ini dak

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1