Berjimat ketika membeli belah : FOS tempatnya !!




Hai korang... 
Minyak naik harga lagi?
Kalau diperhatikan kelaziman rakyat Malaysia ni, tak kirala minyak naik harga ke, nilai matawang kita turun ke, aktiviti membeli belah tetap jadi pilihan kan? Haha, boleh meroyan kalau tetiba nak tukar tabiat kan? Lagi-lagi kaum wanita ni, kalau rasa tertekan tu lagilah rasa seronok dan hilang stress bila dapat keluar membeli belah. Kalau tak beli pun, dapat jamu mata sahaja pun jadilah. Lagi-lagi zaman online shopping ni, tak payah beli kat kedai atau mall dah. Bila kita rasa stress, buka je mana-mana laman web yang berkaitan, maka klik sana, klik sini sikit, lepas tu dah boleh beli apa sahaja yang kita nak. Haha.. lepas tu dah boleh tersenyum lebar kembali. Lupa dah stress tadi tu. 

Tapi, kita kenalah bijak kalau ada hobi yang macam tu. Bila minyak naik harga atau matawang kita susut nilai, pasti harga barangan akan naik dan gaji kita ni sebaliknya tak menokok sama. Tu yang katanya kena bijak korang. Kenalah bijak buat pilihan tempat dan barang yang hendak dibeli. Biar kualiti ada, kos murah dan berbaloi dengan pendapatan kita. Jadi pilihan kita, carilah FOS

FOS Tawar Koleksi Pakaian Berjenama



F.O.S atau Factory Outlet Store bukanlah jenama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. F.O.S telah membuka butik cawangan pertama di Sunway Pyramid pada tahun 1997 dan menawarkan koleksi pakaian import keluaran jenama-jenama terkenal.
Apa yang membezakan F.O.S dengan butik-butik pakaian yang lain, koleksi-koleksi pakaian berjenama yang ditawarkan adalah dibeli secara ‘bundle’ secara terus daripada kilang dan oleh kerana itu, anda boleh membuat pembelian dengan harga yang murah. Bermula dengan cawangan tunggal di Sunway Pyramid, F.O.S kemudian berkembang pesat ke seluruh Malaysia dengan jumlah lebih daripada 50 buah cawangan yang terletak di pusat-pusat membeli-belah terkemuka.


Di F.O.S, anda boleh menemui koleksi pakaian keluaran jenama terkenal seperti Abercrombie, Tommy Hilfiger, Ralp Lauren, Paul Frank, GAP dan banyak lagi. F.O.S menawarkan rangkaian koleksi pakaian wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Jika anda ingin membeli koleksi baju-t atau kemeja dengan harga yang berpatutan, ini merupakan destinasi membeli-belah yang terbaik! Mereka juga menyediakan pelbagai pilihan jeans, seluar dan aksesori seperti beg, kacamata dan barangan kemas.


Jangan bimbang, kesemua koleksi pakaian ini adalah pakaian original dan berada dalam kondisi yang amat baik. Namun, jangan pelik jika ada sesetengah pakaian di F.O.S tidak berlabel. Ini adalah kerana, seperti yang disebut sebentar tadi, F.O.S mendapatkan kesemua stock pakaian tersebut secara ‘direct’ dari kilang dan melalui proses pembelian secara ‘bulk’.




Ingin berjimat ketika membeli-belah? Kunjungi butik F.O.S online sekarang juga untuk koleksi pakaian berjenama yang original!

Panjang lebar saya menulis kali ni nampaknya. Kena buat pilihan yang bijak ya, kalau asyik mengumpat semata-mata harga minyak naik atau nilai matawang menyusut, tapi masih lagi membeli barangan mahal, memang tak ada faedahnya tau. Buat tambah dosa korang je! Ok, sebelum mengundurkan diri, jom buat pilihan beli belah di F.O.S. Tak payah nak keluar, online shopping je, membantu jimat lagi kos petrol korang. Tak payah bersesak-sesak dengan orang ramai pulak tu. 

Comments

  1. Aktiviti on9 shopping ai dah terbantut la Aisy sejak pindah sini. Tu yg rindu sgt dgn Malaysia tu. Rindu nak shopping tudung.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, minyak naik ke, gst ke, shopping tetap shopping kan.. hihi.. terapi wanita gitu.. hihi..
    Lama tak gi FOS, baju-baju kat situ berkualiti dan berbaloi dengan harganya..

    jom folo saya

    ReplyDelete
  3. sini kat mana ye
    rasanya di wangsa walk ada F.O.S ni kot
    blh la jenguk ..

    kak, beli online blh je tp lps klik sana sini kendian tngok akaun nilai makin berkurang pon makin stress jugak dibuatnya. hihiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. betul2.. kalau klik2 tak hinggat dunia, stress la lepas tu jawabnya.. org suruh beli online sb nk jimatkan parking, minyak dan tol, ini dah lain pulak jadinya ya..

      Delete
  4. pernah juga jenguk2 web FOS ni .. memang berkenan dgn jenama & fesyen baju nya... kalau turun KL barulah ada peluang ke butik nya..:)

    ReplyDelete
  5. aida x pernah lg shopping di fos.
    lalu lalu aje :)

    ReplyDelete
  6. Kalau tengah stress tetiba terklik tak ingat dunia terus proceed masuk shopping cart tu memanglah saya percaya. Sebab baru-baru ni 'demam' tu datang lagi kat saya ^_^ Saya pernahlah juga masuk FOS ni. Kalau berkenan belilah juga. Kalau tidak, cuci mata aje. Orang perempuan ni kalau dapat cuci mata pun dah bahagia rasa dalam hati apatah lagi kalau dapat membeli 'pukal' :)

    Amboi, garapan entri hari ni macam buat advertorial job jerk ^_^

    Pssstt... pink tu sikit jerk. Tak cukup muda ni, AN ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. cukupla muda sikit2.. kalai lebih2 nanti kang xsedar diri pulak jadinya..

      Ai.. kalau beli pukal tu rasanya beli ais krim dan cakelat jelah yang mampu.. huhu

      Delete
  7. Anak-anak kakak suka membeli di FOS ni Aisy. Tapi sayangnya kebanyakan t-shirt dia lengan pendik. Kalau utk pakai dirumah bolehlah tapi utk jenjelan kena gayakan dengan cardigan..

    Bab nak berjimat ni sebenarnya yg susah bila tempat yg kita sekalu kunjungi dan suka dulu harga mampu tetapi dek kerana environment kini tempias harga naik jadi akibatnya kalau dulu mampu menabung 2 ringgit sebulan kini mampu menabung 50 sen ajelah Aisy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. bab menabung tu pun samakan.. dgn keadaan ekonomi gini nak kena menabung banyak patutnya tp ada masanya keadaan tak mengizinkan dengan semua barang naik harga..

      Delete
  8. Hehehe.. baru tau 1st cawangan F.O.S ni kat sunway pyramid.. tau pegi je.. haha..
    Mmg kalau dpt shopping tu mmg la seronok..
    Tapi ira skg ni mood nk shopping kelaut skit.. online shopping pn jarang.. bila perlu je beli.. hehe.. selamat poket ku.. pembawakan budak kot, xminat shopping..

    ReplyDelete
  9. Pernah masuk tapi tak
    Beli pun baju, online pun blh ye.. Tahun ni kami memang membeli belah bila
    Perlu je... ;)

    ReplyDelete
  10. dulu masa study suka sngat shopping kt FOS ni. suka semua baju yg nampak rugged !

    ReplyDelete
  11. mmg murahh.. nak shopping bleh lah kesini.. hehehe

    ReplyDelete
  12. jrg dah ke shopping mall. dulu kalau ke mall selalu jugak singgah sini

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah...walaupun gst,harga minyak naik, kuasa beli rakyat malaysia masih ada, tapi kena berjimat cermatlah, beli masa sale pun best..

    beli online...akak baru nilah berjinak-jinak dengan belian online, itupun tak pakai online banking akak bank in duit jadi, nak membeli tu kena tapis juga lah sebab en.azmi yang kena bank in kan duit tu... hahaha

    ReplyDelete
  14. Wahhhh....ni nampaknya mcm entri sponsor jer. Betul ke?
    Okje mmg tak pernah beli online. Selalu gak round FOS ni tp window shopping je le...tak de saiz haha....Nak tunggu kecik entah bila weyh...

    ReplyDelete
  15. Apesal sy tak tahu pasal FOS ni..nmpk sgt smua baju tak jenama.hahaha..beli on9 memang terapi..tp kena bijak la..klu dh semua nak dibeli jadi stress balik.hehe..

    Tak pernah AN buwt entry promote camni..berbaya ke apa ni..ke nuffnang

    ReplyDelete
  16. fos pun dah online sekarang rupanya
    saya baru tahu

    dah berzaman juga tak beli barang kat fos..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts