Terjah kawasan jerebu demi laksa dan rojak sedap

Tengok indeks jerebu tadi, terfikir wah dasyatnya kawasan kami ni dah 308 masa tu. Tetiba pula lepas tengok indeks tu, saya tersebut pasal laksa sedap di depan Plaza Alam Sentral(PAS). Papa N yang masa tu sedang memandu balik ke rumah kami terus tukar arah ke kawasan PAS tu. Sambil memandu tu, Papa N cakap, " patutnya kena elak ke kawasan Shah Alam ni, tapi demi laksa sedap, kita pergi kejap je ye!". Kami apa lagi, sukalah hati ya. Pucuk dicita ulam mendatang!.

Selalunya kami ni, kalau ke kedai ni kami makan laksa, popiah basah dan popiah goreng. Kali ni tambah satu menu lain yang kami cuba. Memang sedap hingga kuahnya licin habis. Rojak sedap ni tau!! Empat beranak yang makan semua cakap rojak ni memang lazat. Dah kenyang makan laksa sebelum tu, mampu lagi habiskan rojak ni. Empat beranak kongsi sepinggan, cukupla sebab sebelum tu dah makan laksa. 

Ini budak tecik rambut makin panjang, masa bawa potong rambut abang, dia tak bagi potong rambut dia. Kan dah nampak tak kemas tu dik. Mujur juga si kecil ni makan kenyang. Ais krim pun ya, rojak pun makan, laksa sikit dicubanya. Bila dah sampai ke rumah, tak lama dia pun lena. Lega rasa. Mama pun dapat lelapkan mata juga.

Tapi bila terjaga pada pukul 1.30 petang tu, tengok di whatapp group dah heboh pasal cuti 2 hari. Alahai, perasaan bercampur. Alahai, kalau tahu macam ni, boleh keluar lewat sikit dari rumah Opah, dah la Opah kata belum puas main dengan Nazif lagi. Ingatkan nak balik awal kerana fikir kerja sekolah. Kerja sekolah banyak, tapi kena cuti. Dalam hati memang suka cuti sebenarnya. Apa-apa pun, moga semua murid rajin-rajin buat ulangkaji ya. Jangan cuti ni main-main sahaja ya! Minggu depan dah mula peperiksaan akhir tahun, PT3 pun pada minggu depan juga.Semua orang, jaga kesihatan ya..

Comments

  1. esok sekola cuti 2 hari sbb jerebu ;p

    ReplyDelete
  2. cuti dua hari ye?take care sis,musim jerebu ni.tapi memang sedap la laksa tu kalau sanggup redah jerebu demi nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa ni memang kegemaran keluarga kami.. setakat ni tak jemu lagi makannya.. kalau dah jemu nanti tunggu teringin pulakla baru terjah.

      Delete
  3. lambat diberitahu ye kalau tidak blh berlamaan dgn opah, kan !
    tp mmg kak nmpa jerebu teruk sgt.
    kami dua beranak dudk rumah j tambah pulak sayaa msh lg ceri beri smlm. hri ni ok sikit lps mnm ors tu..
    rasa bertenaga sikit.

    selamat bercuti lah hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... kalau balik lambat rasanya tak jadilah makan rojak sedap tu.. pasti balik dengan perut kenyang dah...

      Ciksu cirit-birit? alahai, siannya, jaga diri ya..

      Delete
  4. nampak pon memang sedap rojak tuh..hehehe..jerebu teruk sgt sampai 2 hari cuti tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap.. kuahnya pun licin sekali, senang orang kedai tu basuh pinggan kami..
      haha, jerebu ni sampai ke selasa ke x, macam tak kena je umum untuk cuti 2 hari sekali gus..

      Delete
  5. anak2 akak pun happy sangat cuti 2 hari...

    ReplyDelete
  6. Singgah sini jenguk2 jiran..;-))

    ReplyDelete
  7. wahh sedapnya nampak.. kalau mcm ni sy pun snggup redah jerebu.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Sekolah dapat cuti 2 hari tapi kami ni terus aje kerja jerebu ke tak jerebu
    Hakikatnya bila cuti jerebu tak sekolah bukan mereka duduk rumah Aisy ada yg jenjalan shopping
    Apa lagi ada peluang kalau dpt makan laksa yg Aisy tayang tu siapa tak nak.
    Aiskirm adik tu pun sedap juga hihi..

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap sgt rojak tu.. klu sy pun sanggup nak meredah jerebu...hihihi..
    cuti sebab jerebu, harap anak2 study kat rumah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. melawat di waktu lunch...hihi...:)

      Delete
    2. Haha..tuan tanah busy ni di masa cuti jerebu.. kerjs berlambak.. semua nak esok...

      Delete
  10. Saya pun suka laksa. Kalau ada laksa sedap tu, beritahulah. Nanti-nanti ada peluang memang akan terjah juga ^_^ Sejak jerebu teruk ni memang hujung minggu tengok berita. Nak tahu sekolah tutup ke tidak. Malas dah berebut-rebut panik pagi lepas tu tetiba sampai depan sekolah rupa-rupanya sekolah tutup macam tempohari. Untunglah cikgu-cikgu dah anak murid asyik dapat cuti tak berganti aje lately ni yerk! Jealous I, youuuuuu....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. silala jeles ya.. asyik disuruh cuti aje kan? Tapi tadi saya pergi sekolah juga tau. Ada kerja penting .. kena kerja juga kat rumah 2 hari bercuti ni.. banyak tugas yg kena siapkan..

      Delete
  11. bestnyer cuti 2 hari. harap2 jgn la lama sgt jerebu ni. byk kerja tertangguh kalau tak sihat ni.ni pun rasa kesan dah cuma tak teruk sgt.hihi

    ReplyDelete
  12. Cuti Kami dok rumah je, smlm hujan pg ni nampak matahari dah tapi masih jerebu, sedap Makan laksa tu my favourite ;)

    ReplyDelete
  13. haiii...macam akak tahu je tempat tu, tapi tak pernah rasa laksanya lagi...haaa kena try juga la nanti.

    popia basah dan rojaknya pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. dekat je dgn ofis akak tu kan..

      Delete
  14. Hensem apa Nazef rambut panjang cenggitu....
    Nampak macho!
    Okje suka laksa kat JJ Midvalley AN.....Laksa Nyonya......kat tempat lain sure tak sama rasa dia.
    Hihi..... Tp makan laksa ni kejap je kenyang dia kan...

    ReplyDelete
  15. kalo menu tu sedap mmg sanggup kite pi kan aisy....jerebu pun jerebu lah heheehehehe...

    tu laa mase announce tu dah siap2 gosok baju sekolah...kalo tau nak cuti 2 hari takde laa sibuk2 gosok baju awal2 haahahahahaha

    ReplyDelete
  16. Laksa is d best..... Cikna cuti bawu ni pun xke mana cuma bawa abah g klinik,hari ni msk keje cam malas je...;-(

    ReplyDelete
  17. Wow laksa..kebetulan pulak hari ni sy masak laksa.rojak sedap pun baru sudah pekena kt johor hari tu..

    Tu la cuti dua hari jerebu aritu sy pun suka.aiman kan sepatutnya tam sekolah..dh dicutikan makanya hari ahad tu je la sehari dia tak sekolah..klu tak jenuh kena buat surat pasal kami bercuti balik johor tu

    ReplyDelete
  18. saya selalu nampak orang ramai kedai tu
    tapi tak penah terfikir nak menyinggah
    sedap ye cikgu AN
    tetiba buat rasa lapo plak

    ReplyDelete
  19. Kedai laksa tu dalam PAS ke kat luar kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat luar je su.. kalau dari dalam bangunan PAS ni, cari kedai donut, kedai laksa ni berdepan dengan kedai donut tu..

      Delete
  20. ye la An.
    jerebu jerebu la jugak.
    perut kena diisi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1