Pertimbangan perlu wajar

Kisah semasa pasangan laki bini sedang menonton rancangan Go Shop.

Isteri: Pa, bestnya air frier ni. Boleh kita makan cara sihat, tak yah guna minyak masa menggoreng.

Suami : Yeke ( tengok iklan sambil balas mesej)

Isteri : Ya pa.. cuba tengok tu dia goreng  macam-macam. Bestnya. Harga pun takla sampai 1k.

Suami mula tengok secara serius. Lepas beberapa minit, suami bersuara lagi.

Suami : Eleh, bukan semua boleh goreng dengan benda ni. Ada benda lain tetap gak kena gak guna minyak.

Isteri : Leh...kalau dah tak nak tu ada saja alasan dia..

Nah, jamu mata dengan kerepok keping Klate yang tak boleh digoreng dengan air frier. 

#entry tersirat;
Apa-apa yang kita nak buat, sila buat pertimbangan yang sebaik-baiknya supaya tiada kekesalan di kemudian hari. Selain itu, semoga kita tak menyusahkan orang lain. Ada masanya lebih baik kita yang disusahkan oleh orang lain kerana jika demikian, pastinya kita tiada kekesalan sebaliknya cuma sakit hati. Saya lagi rela sakit hati, dan menganggap diberikan dugaan untuk mengingatkan diri supaya lebih berhati-hati. Apa pun, kena yakin ada hikmah di sebalik kejadian. Allah Maha Ada..Maha Mengetahui segalanya di langit dan di bumi. 

Comments

  1. betul tu kadang2 biarlah hati sendiri disakiti,asalkan kita jangan menykiti hati orang lain...

    ehh...akak pernah guna microwave untuk goreng keropok tu...dan ia mengembang juga lah dan sedap juga dimakan...hahaha, itu idea abang ipar semasa kami bercuti di cameron, lupa beli minyak,sudahnya cuba goreng keropok dlm microwave...menjadi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. maknanya boleh goreng kerepok dengan air frier? Eleh, saja je saya kena psiko dengan suami.. haha..

      Delete
  2. saya ada tgk di maha dlu kot pakaii mesin j tp blh hasilkan keropok mmg xpyh grg

    sedap tu kopok klate. krup krap j bila mkn

    betul tu
    saya xsuka nyusahkan org tp biar kita disusahkan xpa. sbb sy fikir pasti ada hikmahnya..

    sakit hati ? tgk juga cara disusahkan tu hihihi
    kalau biasa biasa okje. kalau buat bg kita terasa itu yg sakit hti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla..kes akak semalam tu sampai pg ni akak terfikir.. mmg akak xsalah rasanya, boleh request cctv utk buktikan. Tapi rasa sian ke pihak satu lg.. patut biar je akak yg rugi..tp dh buat, xleh la nk tarik balik

      Delete
  3. betul..setuju...
    byk benda yg kita boleh masak tanpa mengguna kan minyak..
    ikan bilis pun boleh guna microwave tau..hihi

    ReplyDelete
  4. Betul juga kalau keropok dan pisang goreng mana boleh goreng tanpa minyak.
    Tapi kalau setakat telur mata, lempeng bolehlah..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya keropok..ni klu sekilo kt rumah kejap je habis..penat nak goreng.hihi

    Sesekali hati sakit oklah..klu selalu dh macam membiarkan diri dibuli je..ye ke..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Air fried la ni...mmg bgus..tk berminyak..byk sgt dalih tk belilh nmpknya...org perempuan ni suka ckp terblik...klu nk tu..berkias2 sikit..lelaki bt tk phm plk..tkpelh tu maknanya..nklh tu...hihi

    ReplyDelete
  7. Alamak, AN! Kenapa keluar gambar keropok pulak ni? Dah terliur. Kalau cicah-cicah sos ni bestnya....

    Ni kira conversation suami-isteri si pemilik blog nilah ya ^_^ Takpalah tak dapat air fryer. Guna minyak banyak-banyak bila nak goreng apa pun, nanti bila Papa N komplen banyak minyak, boleh usul proposal air fryer ni sekali lagi. Tentu dapat ^_^

    ReplyDelete
  8. Eh?....statement bawah tu mcm sedih tak dpt nak beli jer hihi....
    Okje dulu masa kerja kan AN....bila nak beli barang, pakai duit sendiri pulak tu, tak delah sangat mintak permission dpd pak jilap...Bagi ke tak bagi, okje beli jugak haha......jangan ditiru perangai cenggini....

    Tp sekarang ni, tak lah.... sebab dah miskin hihi

    ReplyDelete
  9. memang bagus tu sebab tanpa minyak.
    aida lom lagi apply dgn asben.
    sebab byk lagi gajet dapur yg lom guna :) ha ha ha...
    apply nanti, kena sound direct lagi hu hu hu...

    ReplyDelete
  10. saya suka kata2 bawah sekali tu...ada kebenarannya
    saya juga ambil pendekatan serupa
    hati sendiri senang nak jaga berbanding hati orang kan =)

    camne rupa menatang yang cikgu AN sebut ni pun saya tak dapat bayangkan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1