Sawan sambal ikan bilis

Rasanya hero-hero saya ni dah kena sawan sambal ikan bilis. Haha, apa taknya dah lebih seminggu asyik minta saya masakkan sambal ikan bilis je untuk makan malam. Tiap-tiap hari ! Mulanya saya buat sambal ikan bilis sebab merasakan itulah menu paling mudah di saat minggu sibuk dua minggu serta minggu lepas. Masa tu, Naim cakap, " sedapnya ikan bilis". Papa N pula cakap "esok masak macam ni lagi ya".

Mulanya saya takla rasa pelik pun, lagi rasa suka sebab mudah masak sambal ikan bilis ni. Cili kisar dan bawang dah memang ada dalam peti sejuk. Proses masak tak lama. Regukan dengan telur dadar, tomyam, sup atau mana-mana menu mudah yang lain memang rasa sekejap je kat dapur. Boleh berehat pula lepas tu.

Malam ni nampaknya stok ikan bilis makin sikit. Kalau tengokkan tadi, rasanya cukup untuk sekali atau dua kali masak je lagi tu. Apa pulak nak jadi makanan kegemaran diorang lepas ni ya? Rasanya bukan sebab saya masak sedap sangat pun sebenarnya, tapi yang buat sambal ikan bilis ni jadi pujaan ni adalah kerana ikan bilis ni sendiri yang sedap. Opah diorang ni tolong belikan masa balik ke Tapah bulan lalu. Nampaknya kena pesan lagi ikan bilis jenis yang sama.

Comments

  1. Sambal ikan bilis memang sedap..oeberet kami sekeluarga juga...kt rumah ni apa2 menu sambal tumis pun memang kegilaan.mama masak sedap tu tak nak mengaku pulak.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. resepi mcm sebelum ni je PK.. memang sebab ikan bilis ni jenis sedap rasanya..

      Delete
  2. Meh jual satu tupperware kat LM, terliur dgr. Mkn dgn nasik panas sedap tu.

    Asal ank nk mkn sambal bilis pun takpelah AN. Kena buat selalu la jawabnya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ada permintaan ke? Segan saya nk jual ke LM yang memang lagi terror masak ni.. kang LM cakap, alah cam ni je?

      Delete
  3. Saya pun suka. Lain kali buatlah lebih sikit. Boleh pos ke rumah saya juga. Hahaha...

    Adakalanya, menu yang mudah tu lagi sedap. Bila ya saya masak nasi, goreng drummet, telur goreng masak kicap, dan buat sambal belacan tetiba HD kata sedap pulak makan simple macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lain kali kalau tetiba dapat bungkusan jgn tekejut ada sambal ikan bilis sedap yer...saya la tu poskan.. haha, cakap bolehla.. kalai nk bagi orang betul2 seganla saya.. sedap di tekak hero2 saya ni je kot.. maklumla bukan banyak menu saya pandai masak pun..

      Delete
    2. Alahai, merendah dirilah, AN ni. Awak tu masuk kategori pandai masaklah kalau tidak tak akanlah sampai mak anak murid minta resepi :)

      Takpalah, saya tunggu manalah tau boleh dapat sambal ikan biliskan ^_^ Jimat dah seminggu tak payah masak. Tak akan nak hantar sikit-sikit, paling kurang pun satu bekas tupperware tu, hak yang besar :)

      Delete
  4. sambal ikan bilis mmg sedap kak. nak nak mama pulak yg masakkan itu yg anak anak suka..

    ReplyDelete
  5. kalau anak-anak saya pula...ada ikan bilis letak ke tepi
    lagipun saya ni bab masak kurang sikit
    cikgu AN pakai ikan bilis apa
    ikan bilis sekarang mahal juga kan

    ReplyDelete
  6. yum yum sedap.
    anak2 aida lebih makan sambal nyer.
    ikan bilis nyer kekadang di buang :(

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1