Anak-anak cermin ibu bapanya

Assalamualaikum semua.
Salam awal Muharam buat semua.
Moga kita semua akan lebih diberkati untuk tahun baru 1437 H ni.


Terasa nak menulis entry ni di atas alasan untuk peringatan kepada diri saya sendiri juga.
Kisah yang sampai ke mata dan minda saya pada pagi tadi (melalui whatapps). Seorang ibu yang dinasihatkan berjumpa dengan pakar kanak-kanak kerana anaknya yang pada mulanya dianggap ada simtom autism. Masa berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak tadi, doktor mengesahkan anak ini tiada masalah autism, sebaliknya mungkin ada masalah psikologi. Seterusnya tarikh diberi untuk ibu ini membawa anak ke bahagian psikologi pula bagi mengesan apa masalah sebenar bagi anaknya tu.

Sedih mendengarnya. Kesian pada masa yang sama. Kesian kepada ibu dan juga anak yang masih kecil itu. Moga sama-sama menghayati pesanan doktor kepada ibu tadi:
a) anak kecil seharusnya dapat sepenuh perhatian daripada ibu bapa
b) elakkan terlalu marah atau selalu memarahi anak kecil tanpa sebab yang sesuai kerana bakal mengganggu emosi dan jiwa anak tersebut yang masih belum tahu cara sepatutnya untuk meluahkan perasaannya.
c) jangan terlalu memaksa anak-anak


Moga kita semua sentiasa beringat dan menjaga amanah Allah kepada kita ni sebaik-baiknya ya.. moga sentiasa diberikan kemudahan dan kewarasan buat kita semua....Amin.

Comments

  1. nice sharing.
    peringatan buat saya juga..

    ReplyDelete
  2. Jgn kuat bebel..mak2 ni kuat bebel..tunjuk perbuatan lbih baik,dr suruh2 ni...
    Stress dgn laki anak jdi mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye saya nak komen bab ni
      kena faham kenapa mak2 tu membebel
      kalau dia tak penat, dia tak membebel
      lagipun kalau nak jadi anak yang baik...kenapa nak kena tunggu kena bebel
      buatlah dulu sebelum kena dak?

      kalau dari mula dok nampak salah mak2 aje
      memang sampai akhirlah...gitu juga pandangan kita
      sorry...i totally disagreed with you

      Delete
  3. Memang betul tu Aisy. Ank adalah cerminan
    ibu bapa.
    Kajian menunjukkan lelaki yg baran
    berpunca dari bapa yg baran.
    I tengok kwn2 I yg lemah lembut, ank2 dorang pun lemah lembut, sopan santun.. sejuk mata memandang, rasa nak buat menantu je.. hihi..



    ReplyDelete
  4. sama beringat kan sis... kadang anak ni membawa diri ibu bapa dlm diri mreka...
    moga kita dpt menjaga dan mendidik amanah Allah sebaik mgkin... sllu muhasabh diri...

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bagus...betul sangat tu, nak marah anak2 pun peru pada tempatnya juga..jangan sampai mengganggu emosi, kadang2 takut juga kalau terlebih marah

    ReplyDelete
  6. Alamak! Tetiba aje rasa macam tak mahu lagi jadi bini tarzan. Tapi mak dengan bebelan tu macam dah sinonim sangat. Yalah, kalau asyik nak marah aje pun tak bolehlah. Tak marah pun tak boleh jugakan... Berpada-padalah kalau nak marah anak tu. Sekurang-kurangnya ada sebab. Kalau suka-suka nak memekik aje dalam rumah, memang tensionlah anak-anak!

    ReplyDelete
  7. Setuju tu AN.....macam okje nilah.....mak ganas, anak pun ganas haha....mmg tak de lemah lembut langsung.....pak Jilap tepuk dahi jerlah dah tetlanjur dpt bini ganas nak buek camno....

    Tp dlm keganasan tetap ada kelembutannya gitu...kui...kui...kui...

    Syukurlah aje dgn diri sendiri seadanya....

    ReplyDelete
  8. hu hu hu aida ni selalu gaks memaksa anak, an.
    cth nyer dlm belajar :(
    aduhai... tq for sharing.

    ReplyDelete
  9. benda ni semua perlukan kerjasama dari kedua ibu dan bapa
    kadang yang terbaik kita rasa belum tentu terbaik buat anak-anak
    zaman sekarang tak boleh berlembut sangat
    tak boleh berkeras sangat...bebudak zaman ini memang semacam =)

    apapun saya setuju dengan cikgu AN
    anak-anak sememangnya cermin atau refleksi ibu bapa tu sendiri

    ReplyDelete
  10. smoga anak tu berjaya dirawat..sedih bila adakes mcm ni..
    jd kan iktibar utk kt semua...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?