The most delicious ever nasi ayam!

Salam 18 Ramadan buat semua.
Nyaris kami tak bersahur pagi tadi.
Namun, disebabkan bekalan lengkap daripada akak saya, maka sempat juga bersahur walaupun terjaga dah pukul 5.15 pagi.

Semalam kami berbuka bersama-sama dengan anak beranak yang ada di sekitar KL ni. Meriah juga jadinya. Macam dah balik kampung bila ada ramai orang macam ni.

Menu utamanya nasi ayam dimasak oleh Kak Ja dan Kak Bi, terasa sedaaap sangat. Masing-masing menambah masa makan. Kiranya rasa macam nasi ayam semalam tu yang paling sedaplah yang pernah kami makan.

Makanan disediakan dengan kasih sayang, semuany jadi sedap, kan?
Ini baru jumpa dengan anak beranak yang ada di kawasan KL ni, kalau balik kampung mestilah lagi meriah sebab lagi ramai yang ada kan? 

Comments

  1. sedap nmpk nasi ayam depa..kira ramai jugaklah sedara Mara di KL ye..selalunya bila makan reramai ni memang selera sikit kan dari hari biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. takla ramai sangat, semalam berkumpul ada 10 orang semuanya.. tapi rasa meriah buka puasa kalau nk bandingkan suasana kat rumah kami, 2 orang makan je.. mmg rasa selera sangat makannya

      Delete
  2. berkumpul ramai-ramai macam ni memang best,apa je makanan semua rasa sedapkan.

    ReplyDelete
  3. Kalau dah berbuka beramai-ramai tu, AN apa pun sedap aje masuk dalam mulut ketika berbuka. Saya ni dah akhir-akhir rasa malas pulak nak bangun sahur tapi kuatkan jugalah hati ni bangun jangan tak bangun!

    ReplyDelete
  4. tembikai oh tembikai !
    my feveret.
    but ramadhan ni aida baru teringat.
    tak merasa sekeping tembikai pun lagi hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. Kasih sayang pun juga tapi kalau tak menjadi tetap tak sedap. Ini sebab dah jenis selalu ke dapur itu pada kakak yg buat airtangan jadi sedap. Campak-campak, potong-potong hidang, tengok pun dah tahu sedap:)

    ReplyDelete
  6. tentulah best makan ramai2 .. boleh bukak kedai nasi ayam kasih sayangni nanti...

    ReplyDelete
  7. sama lah kak
    seronokkan berbuka ramai ramai
    saya pon bru j lps berkumpul dgn adik beradik suami di rumah kakak ipar di equine park

    mcm mcm ada bila berkumpul

    ReplyDelete
  8. Mujur ada bekalan ye AN?kalau x huru hara juga nk masak bila dh lwt sedar tu

    Best kan mkn dgn adik beradik

    ReplyDelete
  9. buka ramai-ramai, semua pun sedap kan.. (^_^)

    ReplyDelete
  10. Senangkan kalau makan makan, buat nasi ayam jer...ringkas. Tak payah banyak kerja. Seronoklah yer jumpa kaum kerabat sendiri hihi....Mesti banyak yg disembangkan tu.

    ReplyDelete
  11. lama rasanya tak makan nasi ayam.. hehehe
    bila makan ramai2 mesti rasa lg sedap dan berselera

    ReplyDelete
  12. penuh meja makan....
    lya ada buat skali nasi ayam utk bebruka baru2 ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts