Bila anak makin besar

Di usia lima dan tiga tahun kedua-dua Ahmad ni, mama dan papa tak boleh sebarangan bercakap. Ada baik dan ada buruknya. Yang baiknya mama dan papa tak boleh bergaduh dengan pengetahuan anak-anak, kena pandai selindung. Kalau tak pasti kena tegur, kena suruh saling mintak maaf. Ai, budak memang pandai aplikasikan apa yang kita ajar. Kalau diorang bergaduh kita suruh diorang minta maaf, kalau diorang tahu mama dan papa tak macam biasa, mulalah disuruh minta maaf.

Yang kurang sedap didengar pulak, pernah masa papanya marah-marah, Naim bertanya pada saya, " Mama, papa ni tak suka budak-budak ke? Kenapa papa marah kitaorang ni?". Adoi, anak..

Belajar daripada pengalaman. Apa pun, insyaAllah kita doakan yang baik-baik buat keluarga kita..

Comments

  1. betul..bukan cakap je..apa yang kita buat pun dia boleh ikut..anak saya umur 2 tahun suka tiru ayat ipin upin..tak sedap telinga nak dengar saya tak bagi dah dia tengok upin ipin..

    ReplyDelete
  2. budak2 kan mmg akan aplikasi apa yg mereka dengar dan tengok dipersekitaran kita..samalah cik pia kt rumah ni..tgh nak pandai cakap..apa kita sebut..semua dia ikut..

    dua ahmad baguslah tegur mama papa suruh minta maaf bila gaduh.hehe

    ReplyDelete
  3. Kiut jer siadik tuangkan air untuk abang...nak bolih harap buat sendiri yea... bagus2...berdikari..

    ReplyDelete
  4. betul tu doakan yang baik-baik untuk keluarga kita dan anak-anak kita..

    sama je dengan abang adam..kalau papa marah dia akan cakap " papa ni itupun nak marah,abang tanya je kan" aduhaii..memang makin besar,ibu bapa perlu kawal emosi depan anak-anak

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat. Anak jd pemerhati. Mereka serap yg baik dan yg tidak.

    ReplyDelete
  6. tu la aisy kadang2 kesian anak2 bila salah ckp or bising babah nye dah marah , adib n amni pun ckp babah tu asyik marah je..terdiam jugak sbb ank2 dah mula faham n suka ckp direct. tapi kena marah pun geng babahnye jugak hihi

    ReplyDelete
  7. betul tu aisy...lieya setuju sgt2...lagi2 bile anak2 dah paham...mmg semua kite kene cover...gaduh ke ape ....cara bercakap pun kene hati2...budak2 ni cepat ikut ape yg dieorg perati..... takut plak kalo bende tak baik diikutnye kan heheheheh

    ReplyDelete
  8. kan. mmg kena sntiasa berjaga jaga.
    smga kita sntiasa mnjdi cnth yg baik buat anak anak aamiin

    ReplyDelete
  9. Betul... usia mentah begini cepat adapt apa pun situasi persekitaran.
    Yg dewasa kena berhati-hati dan alert kalau yg baik tak apa tapi yg -ve kena cuba jauhi dari pandangan mereka.

    ps: cute pulak sorang tuang sorang tadah:)

    ReplyDelete
  10. Betul tu, anak saya pun macam tu jugak. Anak kecil umpaman span. senang nak ikot orang buat.

    ReplyDelete
  11. ibu bapa kena bijak untuk bercakap depan anak2 dan apa yang ibu bapa kata akan diikut anak

    ReplyDelete
  12. pandainya tanya papa dia.... bab marah-marah ni bdk cpt terikut... dan btl tu, kena slu ajar mereka minta maafkan...

    ReplyDelete
  13. dah besar..mkin bijak n petah berkata-kata

    ReplyDelete
  14. Betul tu, AN. Bila mereka dah semakin membesar, kita sebagai ibubapa memang kena berhati-hati dalam pertuturan dan perbuatan. Silap langkah, kita ditegurnya. Kenapa kita boleh buat/cakap tetapi tidak mereka. Lagi-lagi kalau bertikam lidah dengan pasangan, memang mereka pasang telinga aje nak tau apa cerita. Lepas tu mulalah buat muka satu macam sampai kita pulak rasa bersalah bila pertelingkahan itu sampai ke pendengaran mereka.

    Pernah sekali si Abang suruh saya cepat-cepat minta maaf pada suami dengan alasan - 'Kalau tidak malam ni kita tak dapat tengok movie nanti, Mommy bila Daddy merajuk!' Uhuh...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1