Gajah



Korang pernah main permainan yang duduk macam merangkak dan bagi anak-anak panjat atas belakang badan?
Saya pun takla, yang main macam ni ialah Papa N dan anak-anak.
Saya tukang sorak dan tengok je.
Cukup teruja diorang bila papanya panggil dan cakap," siapa nak main gajah?"

Masa tu boleh dengarla gempitanya keadaan.
Walaupun selalu je main macam ni, tapi setiap kali pun mesti meriah sangat, dah macam seronok sangat boleh main tu.
Setiap kali tu, pasti diminta papanya ulang banyak kali.

Bila Papa N dah penat, kenalah bagi alasan baru budak berdua ni nak mengalah.
Tapi bila papa penat, ada kalanya Naim pula yang jadi gajah, dimintanya adik pula naik atas belakang badan dia..

Agaknya sebab tu, diorang ni kalau jumpa gajah atau tengok gajah kat tv sekali pun, memang teruja sangat.
Peminat gajah sangat ni..senyum lebar

Dua orang sekali nak tinjau gajah ni.

Bila dah lama sikit, dia mulalah buat aksi-aksi yang jarang orang buat. Huhu.. anak siapalah tu.

Comments

  1. biasa juga anak-anak kat rumah ni main macam tu dengan paoa dorang,dengan mama jarang sekali hehehe...tak larat mama nak jadi gajah

    ReplyDelete
  2. Memang seronok main gajah-gajah ni. Semua anak-anak suka.

    ReplyDelete
  3. Kakak dpt bayangkan meriahnya hero-hero main duduk belakang papanya
    Dulu masa kakak kecik bapak kakak pun buat juga tau Aisy. Tapi anak-anak kakak macam tak ada pulak (tak ingatlah sekarang dah besar)

    Itu yg jumpa replika gajah 2N punyalah suka ye:)

    ReplyDelete
  4. duu masa anak kecik3 akakle selalu jadi gajah.. tapi akak panggil kuda.. beruntung der suami rajin melayan anak2ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. akak yang jadi gajah? Kuda eh..
      Hebatnya.
      Saya tak daya.. budak lelaki ni rasa padat ej badan.. risau..dah la xreti penat diorang

      Delete
  5. Cantiklah pulak gajah tu AN hihi ....kalerful gitu.
    Nasib tak zirafah haha.....
    Eh...main gajah ni mmg faveret masa anak anak kecik dulu, bapaknya lah jadi mangsa jadi gajah haha. La ni kalau main lagi, confirm masuk sepital Pak Jilap tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau Pak Jilap dan Mak teringin bolehla pinjam Nazif. Takla masuk sepital.. baru 11kg je.. kalau tak pun kena tunggu sikit, kot2 ada yang nak berumah tangga lepas ni, boleh main dengan cucu NekMommy ya..hihi.. muda nau kalau 40an nk jadi nenek tu.. mai pinjam Nazif jelah dulu

      Delete
  6. Saya pernahlah jadikan arwah abang saya sebagai gajah. Saya tukang naik jerk ~_^ Dengan anak-anak pun saya pernah jadi gajah juga... Tapi masa kecil sebaya Adik Cutelah. Kalau dah besar macam Bubbly Abang tu mahu ke hospital saya lepas tu, patah tulang ~_^

    Comel-comellah gajah yang ada ni. Kat mana ni, AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gajah ni kami jumpa kat Sunway Pyramid masa pameran Cars dulu tu.. ternampak gambar, terasa nak buat cerita pasal gajah. Setiap malam duk main tu tak bosan2.. ai anak lelaki kotnya gitu kan..

      Delete
  7. bestnya main dengan gajah2 tu..hehe.

    ReplyDelete
  8. tunggu rania besar macam abg pastti ada aksi begini
    zaman saya dlu ingt ingt lupa la

    ReplyDelete
  9. singgah 16 ramadan
    sekjap je kan dah pertengahan ramadan..
    balik kelantan ke perak tahun ni ?

    ReplyDelete
  10. hahaha gajah ke namanya permainan tu AN..kt rumah ni abah depa rajin gak main.kami panggil main kuda2 kot..tp ngan afia je la..Aiman Bukan tahap dia dah..mau patah pinggang klu main.hahaha...

    ReplyDelete
  11. cantik nyer gajah tu :)

    p/s: aida nak alamat ~ http://adianiez.blogspot.com/2015/07/top-komentar-bulan-jun-blog-aidas-home.html

    ReplyDelete
  12. Klu LM pun x larat la nk jd gajah. Mau tanggal lutut ni nnt. Ehehe

    Masa g krabi aritu dorang naik gajah x AN? Saya ngeri naik gajah betul2 sbb tinggi sgt takut jatuh

    ReplyDelete
  13. akak kena bawa ke kuala gandah ni.. naik gajah bila dh besar sikit.
    nina pun penah kena dgn adik sepupu. dh besar memang tak larat nk jd gajah

    ReplyDelete
  14. fasya msa kecik pon slalu main camtu dgn papa dia..

    eyyhh..lawa lak gajah tu bila dicat

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts