Naim Nazif beraya dengan kawan-kawan

Malam ni meriah rumah kami dengan kawan-kawan Naim Nazif datang berkunjung ke rumah. Haha, lagaknya dah macam budak besar ya.. padahal baru lima dan tiga tahun anak-anak saya ni. Dah pandai nak mengajak kawan-kawan datang beraya kat rumah kami.

Pada mulanya Naim Nazif menyertai anak-anak jiran bermain bunga api kat ruang depan. Lama sikit, Naim datang bagitahu saya yang dia nak bawa adik pergi main kat dalam rumah kawan. Segan macam tu, saya hulurkan duit raya kepada kawan-kawan diorang tu. Kemudian, bila tak lama kemudian, Naim Nazif pula balik dengan bawa sampul duit raya yang diorang dapat.

Diorang pergi dan balik dari rumah sebelah tu beberapa kali. Katanya bermain play doh kat sana. Mula-mula tu Papa N tengok-tengokkan juga diorang tapi lepas tu, kami biarkan je anak-anak keluar masuk sebab kat luar ada ramai kaum bapa sedang bersembang. Rumah sebelah dan selang sebelah je pun. 

Masa kawan-kawan Naim Nazif datang beraya kat rumah, kelakar juga situasinya. Masa kawan-kawan masuk tu, Naim masuk dahulu dengan Naim buat pengumuman, " Mama, Naim bawa kawan-kawan datang rumah Naim". Lepas tu, cepat-cepat Naim suruh saya buatkan air untuk dirinya dan kawan-kawan yang ada. Segera pulak tu Naim berikan cawan-cawan berisi air kepada kawannya. Siap cakap lagi, " Kawan, minumlah air mama saya buat ni. Sedap, ada ais, sejuk!". Pandai pulak tu dia pelawa kawan minum.. hihi.. mesti ikut mama dia ni, pandaila abang ni..!!

Agak lama juga anak-anak jiran datang beraya kat rumah kami. Tak kedekut pula Ahmad berdua ni nak berkongsi main kereta diorang dengan kawan-kawan yang datang.. 

Gembira betul nampaknya anak-anak saya ni malam ni. Sambil nak tidur pun diorang bercakap pasal kawan-kawan lagi..

Comments

  1. bagusnya naim nazif, oandai berkawan

    ReplyDelete
  2. Hihi.....pandai dia berkawan ......peramah jugak si Naim ni yer. Sure seronok sgt tu, tak habis bercerita sampai nak tido pun...

    Kaum bapa jer ke yg menyembang kat luar tu, kaum ibu duk dlm rumah yeh.......pemalu

    ReplyDelete
  3. hihihi comel la abg Naim..pandai berkawan..

    ReplyDelete
  4. Pandai dah ye ajak kawan beraya kat rumah..bila budak2 ramai datang rumah berya ni best..macam kami ni takda pun orang nak datang beraya..anak iban banyak la kat kuarters ni.hehe

    ReplyDelete
  5. Wah!. Kalau ramai mcm tu.. mmg best Aisy. Semangat kita nak sediakan/baking kuih raya byk2 especially yg simple2 mcm cornflakes madu ke (I mean next Raya).

    ReplyDelete
  6. ha ah, lagak Naim dan macam orang besar.. siap promote air mama dia sedap lagi.... memang bijak Naim ni...

    ReplyDelete
  7. hamboi naim... cantiknya kereta awak tu. Pandai berkawan yek... :)

    ReplyDelete
  8. Pengalaman bermakna mereka beraya tahun ni lah ye? Besar dah... Mula beraya dan bw kwn beraya kat rumah.

    ReplyDelete
  9. Alahai, comel jer Naim ni. Memang budak-budak suka kalau kawan-kawan dia datang rumah. Samalah dengan anak saya.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.smga sikap dorng terus disegani rakan rakan.
    bagus naim ni.. pandai pulak tu ajak kengkawan mnm dan puji mamanya ;)

    ReplyDelete
  11. seronoklah dia kawan2 dia dtg beraya

    ReplyDelete
  12. Bagus betul tuan rumah cilik ni. Dah pandai melayan tetamu. Untung kawan-kawan Naim & Nazif dapat minum air ada ais malam-malam yerk :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts