Berbuka puasa dengan jiran

Dua minggu lepas kami berbuka dengan keluarga belah suami, minggu lepas kami berbuka bersama-sama keluarga belah saya dan semalam kami berbuka dengan jiran-jiran di lorong kami ni. Alhamdulillah, bila difikirkan, itulah rahmat. Tak semestinya ada duit berjuta baru kita nak gembira dan bahagia. Setiap hujung minggu dapat berbuka dengan meriah pun dah merupakan satu kebahagian. Nak minta apa lagi kan?

Ok, mari terus ceritakan kisah petang semalam. Orang biasanya berbuka kat padang, tapi kami pula berbuka kat tepi padang.. perkataan tepi tu bacanya panjang sikit ya.. sebenarnya lebih tepat lagi, kami berbuka di kawasan jalan raya di depan rumah kami ni, dengan hamparan tikar panjang dan beberapa buah meja makan. Baki dua buah rumah je lagi yang memisahkan tempat makan kami semalam dengan padang bola di tepi kawasan rumah kami.

Alhamdulillah, bila makan bersama, kemeriahannya memang terasa. Pelbagai juadah jadinya bila dikongsi serba sedikit daripada jiran-jiran yang ada. Siap sambung acara bakar kambing, ayam dan kerang lagi lepas terawih. Sempatla nak beramah mesra lama-lama sempena menyambut hari lebaran nanti. Akhirnya, sepanjang malam la meriahnya lorong rumah kami semalam.

Budak-budak kecil pun tumpang gembira berkawan bila dah ramai berkumpul sama-sama macam tu. Naim dan kawan-kawan mengayuh basikal, main sorok dan cari, main kad dan main macam-macam mainan dari masa sebelum magrib sehingga pukul 11.40 malam. Ajak masuk pun tak nak, jadi biarkan je dia main sehingga dia sendiri masuk. Lagipun masa tu masih ramai lagi kaum bapa yang bersembang kat luar. Sudahnya, bila Naim dah nak masuk ke rumah, papanya mandikan dia, tak sampai 5 minit dah tertidur kepenatan. Nampak sangat sakan main masa tu.


Untung ada jiran-jiran yang baik, kan?

Comments

  1. Alahmdulillah..syukur nikmat Allah bagi AN..terasa kemeriahannya bila berbuka ranmai2 macam ni..walaupun kampung jauh..ramai ye sedara mara kedua belah pihak dok kl..

    acara buka sesama jiran tetangga ni pun bagus..seronok tgok..muhibah dan beruntung hidup dalam kalangan jiran tetangga yang macam ni.memang untung ada jiran yg baik

    ReplyDelete
  2. wow..meriah2...santai hah siap bentang tikar mcm tu....bagus aktiviti mcm nie...merapatka lagi silaturahim antara jiran2....seronoi lieya tgk aisy...dulu penah mcm ni mase dok kem askat dulu.....bygkan satu blok bawak sorang satu juadah...penoh mejaaaaa....

    *****

    Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat aisysekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

    Terlebih bias tutur bicara,
    Disimpan jangan ampun dipinta,
    Syawal dinanti akan kunjung tiba,
    Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

    Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….

    ReplyDelete
  3. Best ni...
    juadah msti mcm2 ni

    ReplyDelete
  4. Untungnya AN ada jiran tetangga macam ni. Kat area saya ni ramai jiran Cina so takdalah peluang nak beramah mesra berbuka beramai-ramai macam ni. Inilah peluang untuk kita lebih mengenali jiran tetanggakan. Kiranya baguslah kawasan kejiranan AN ni. Tak sia-sia beli rumah kat situ :)

    ReplyDelete
  5. untung dapat jiran yg best, satu kepala dan sepakat. Sepakat membawa berkat ye tak.

    ReplyDelete
  6. memang rezeki kita dapat jiran-jiran yang baik macam ni, jiran-jiran akak pun semalam berbuka bersama-sama..buat pot luck, seronoklah berbuka ramai-ramai macam ni, boleh kenal rapat dengan jiran2 tidaklah hanya kenal muka dan berbalas senyum tika berjumpa je kan..

    ReplyDelete
  7. seronok nyer.
    thn depan nak suggest la kat jiran tetangga aida buat gini :)

    ReplyDelete
  8. seronoknya dapat jiran mcm ni.

    ReplyDelete
  9. meriah jugak berbuka ramai2 dgn jiran mcm ni...

    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  10. Eh... bagusnya komuniti tempat Aisy.
    Suka kakak tengok. Bukan aje meriah dan seronok tapi persepakatan itu yg menarik
    Nampak sangat jalinan ukuwah itu erat. Anak-anak mudah ditegur kalau macam ini sebab masing-masing dah kenal mesti tak takut nak tegur utk kebaikan.. Tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
  11. Wahhhhh bagusnya jiran jiran awak AN....kat taman sini lum sampai tahap berbuka ngan jiran lagi....
    Awak masak apa AN?

    ReplyDelete
  12. bestnya
    mmg meriah la kan.
    kiranya buat port luck la ni ye..
    smga terus terusan begini.dan hubungan erat terus terjalin. aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts