Mood nak raya jer ni!

Orang sana sini bercerita persiapan raya ni, mulalah kami anak beranak tak ada mood nak ke sekolah, yang ada cuma mood nak raya je! Haha.. mama dan anak-anak sama-sama tak ada mood, ahaai..

Naim macam biasa, mastermind. Dah mula tak suka mengira hari. Pagi semalam dia cakap yang, " lambatnya sekolah lagi five mama, Naim dah tak sabar nak balik kampung ni?" . Didengarnya oleh si adik, apa lagi, mulalah dia pun copy paste dan repeat ayat yang sama berulang kali. " tanak sekolah five!", lagi comel ayat ni bila keluar dari mulut dak kecil ni.

Depan anak, kenalah pujuk anak dulu kan? Saya pun apa lagi, nasihatkanla sekadar yang patut. " Tak lama dah ni, hari ni kena sekolah four je, nati bolehla kita balik kampung, seronok kan?". Ops...salah pilih ayat pulak nampaknya, bila dengar perkataan seronok tu, Naim mulalah sambung drama. " Naim tak nak tunggu, Naim nak seronok sekarang". Adoi, kenalah sambung pujuk dengan ayat-ayat yang lain pulak..

Padahal ada udang di sebalik batu diorang ni. Bukannya Naim Nazif ni tahu nak seronok beraya pun. Tapi diorang beriya nak balik kampung ni sebab adik saya, Ayah Su dah whatappkan gambar mainan yang dibelikan untuk Naim. Itu yang buat Naim tak sabar nak balik ke kampung. Nazif pula sejak balik kampung cuti sekolah hari tu, memang asyik sebut nama Abang Besa( Faisal) yang katanya sangat best main pusing-pusing dengan abang sepupunya tu.

Tak kisahla apa sebabnya kan.. yang penting bila bersama keluarga kita memang gembira. Korang tak tahu, dalam hati mama ni pun sama je. Mood masak dan sediakan bahan awal pagi dah tak ada. Nak kerja pun sambil menghitung hari je. Haha, sakan ye. Padahal barang raya kami takla lengkap lagi pun. Kasut untuk anak-anak belum ada. Kesnya, pada minggu lepas tak ke mana-mana sebab Nazif demam. Kena kot carikan juga hujung minggu ni. Untuk anak ni kan? Kalau untuk mak paknya kira halal je, apa yang ada dah ok, tak payah beriya sangat.

Comments

  1. sekarang mood nak buat kueh raya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. rajin tu hanie.. saya tunjuk je.. bimbang makan sblm raya kalau buat sendiri.. haha

      Delete
    2. rajin sikit je kot. tp belum stat buat lg. silap2 rajin tunjuk je. hehehehe

      Delete
  2. hahaah bijak naim...siap countdown lagi yeak...

    lieya plak aisy, lieya yg dah takde mood keje nie...nak cuti panjang je niehhhh....adoiii bestnye dpt lepak kampung lama2....makan sedap2 heheheeheeeheh

    ReplyDelete
  3. Daripada tulisan, nampak sangat keterujaan mamanya. Tak dapat diselindung-selindung lagi dengan kata-kata dan perbuatan, AN ~_^ Saya pulak kali ni rasanya paling sempoilah. Persiapan raya tak siap lagi. Satu apa pun tak beli (opps...baju omak dah beli online *_*) Ingatnya nak cuti sehari minggu depan dan completekan semuanya. Hujung minggu ni ingatnya pulak nak kemas rumah.

    So, kiranya tahun ni beraya di rumah keluarga AN lah yerk. Itu yang lagi hati mamanya digeletek-geletek tak sabar nak cutikan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mestila kalau kelik kg kito yang paling seronok kan.. baju raya kira sama je dgn baju kduri hari tu.. hihi.. xkisah bab baju tu..

      Delete
  4. mood raya belum mari lagi akak nih...ntah la kenapa hehehe, dgr lagu raya pun macam takde perasaan lagi...hai la keje banyak nak buat,dateline sebelum raya, itu yang xde mood tu,cuti pun tak dapat lama...hwaaaa

    wah naim dah tak sabar ye nak seronok sekarang, adam pun sama juga tu menghitung hari nak balik kampung

    ReplyDelete
  5. LM pun x selesai lg.. Plan nk belikan ayah baju lum g carik. Baju tido adik ad dan kakak pun blm beli lg. sobs

    Oooo ada mainan menanti ye? Patut la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. baju tido raya pun ada ke? Wah.. ini gayanya LM beraya sakan ni..

      Haha.. memang sebab mainan tu yang Naim teruja sangat nak balik kg kali ni

      Delete
  6. Tapi dulu masa okje kerja mmg cenggitulah AN.....menghitung hari nak cuti panjang hihi.....
    Alahai bestnya.... Masa masa cengginilah best tau....Ohh rindunya saat itu...

    Hihi....depa tak sabar balik kg sebab mainan rupanya. Bersabar jerlah mama

    ReplyDelete
  7. patutlah mamanya tak sabar sgt nk raya, bergaya kt kmpg AN dulu ekk..

    naim nak seronok Sekarang..haha tak menahan ayat.jenuh mama nk pujuk

    betul tu..anak didahulukan AN.hehe

    ReplyDelete
  8. Raya sekarang ni memang utk anak-anak. Tengok anak-anak nampak la reflection diri sendiri bila kecik dulu...selamat raya! Yes nak raya dah!

    ReplyDelete
  9. bestnya naim dan nazif.. xsabar nak balik kampung. hehehe
    tak lama lg nk raya kan akak :)

    ReplyDelete
  10. Cumil je ayat bebudak tu.

    Mmg seronok kan Aisy.. minggu2 terakhir mcm ni.. muka teman2 sekerja pun berseri2 je .. memasing menghitung hari nak blk kg.

    ReplyDelete
  11. Sama la Cikna menghitung hari je ni, xsabar nk balik kg, dpt cuti 7hri pun mcm xckp,huhuu.....;-)

    ReplyDelete
  12. nik esok sehari lagi kije.tak sabarnya nak cuti :)

    ReplyDelete
  13. hihi..begitulah budak2 kan kak..eksited..x sabar nk beraya..sama mcm asya la, hari2 tnda kat kalendar..duk bilang aje, brape hari lg..

    ReplyDelete
  14. hihi. sama mcm saya juga.saya x da beli apa.just utk rania n ayahnya

    selamat hari raya
    maaf zahir.batin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1