Hari Lapar Sedunia

Petang tadi saya sampai je macam biasa disambut oleh dua anak bujang yang tengah main basikal dengan anak jiran kat luar. Macam biasa dua Ahmad ni akan peluk mamanya. Masuk ke dalam rumah tu, tak semena-mena Ahmad kecil terus minta makanan. Dia buka saji dan terus cakap, " Mama, mana makanan? Adik lapar".

Macam mama lak yang ada kat rumah, dia yang baru balik kan? Tak menyempat langsung. Saya masa tu cuba nak mengusik dia nak ajak bermain, tapi tak dilayannya. Terus si adik ni berguling-guling, dimintanya nasi. Alahai anak, lapar sangat ke? Saya cuba tawarkan epal, gula-gula dan biskut tapi semua ditolaknya. Nak nasi juga katanya.

Maka, cepat-cepatla sediakan makanan untuk si adiknya. Tak sempat siap lagi, Naim pula datang mengadu lapar. Diselongkar kabinet dapur, dijumpanya satu paket mi maggi. Terus dia minta mi tu pulak. Alahai. Mulalah rasa kesian dengan anak. Empat hari berkepit dengan mama papa ni makan mudah agaknya. Dah balik dari tadika taska entah pukul berapa makan yang terakhir tadi. Jadi, layankan jelah. Sementara nak siap nasi, berebut makan mi segera yang ada. Alahai. Memang nampak lapar sangat anak-anak saya tadi.

Papa N pulak garu kepala tengok gelagat dua beradik ni. Katanya tadi tak ada minta apa-apa pun. Elok je main sebelum mama balik. Agaknya, nak minta perhatian kot?

Comments

  1. betullah tu..minta perhatian mama..lgpun tadi sibuk main..nmpk mama dan2 lapaq..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. papa senang je jaga nak.. cer bagi time mama jaga, macam2 demandnya

      Delete
  2. Seronok kan bila anak-anak kita suka makan, kalau payah makan kita jadik lagi pening nak pujuk. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok sb ada masanya budak berdua ni payah juga, kena dipujuk.. tapi kalau macam tadi kalut la pulak sampai je terus memasak.

      Delete
  3. alahai kesiannya budak2 tu AN!nt sediakanlah sekut2 kering ke siap masuk botol,bila lapar depa amik la.

    ReplyDelete
  4. Mama lagi alert dgn kerenah anak. Hakikat sebenarnya bukanlah lapar benar tapi dek kerana ada mama depan mata terus aje lapar. Dpt makan yg mama masak aduhai sedapnyaaaaa:) Itulah dikatakan anak yg dpt kasih sayang Aisy. Kalau yg tak ada kasih sayang ingat berani ke nak kata lapar atau guling-guling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. betul gak kata Kzakie.. kalau dgn orang yang tak biasa, mana diorang berani nak guling2 bagai kan.. alahai layankam jelah sementara nk besar ni

      Delete
  5. sy memang tak sampai hati klu dengaq anak nak makan apa2... tapi klu tengah masak2 tu belum siap kadang sy bagilah anak makan jajan dulu mcm roti, biskut tiger...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mak kan.. mana sampai hati nk biarkan anak merengek2

      Delete
  6. Rindu nak makan nasi air tangan mama tu....
    Nak bermanja pun yer...
    Kat rumah ni, Irfan jer yang akan minta nasi... Yang lagi dua tu kena paksa makan nasi... huhuhu

    ReplyDelete
  7. Alahai anak.. Bila kata lapar rasa kesian pulak kan?

    Dh biasa cuti kerap mkn kot AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dengan kami kat rumah ni makan tak bermasa..bg je kalau anak minta makanan..sebab diorang ni makan ikut mood.. kalau nk tu makan la..kalau dah tak nak pujuk bagai pun tak jalan..

      Delete
  8. Nampak mama jer terbau makanan, tu yang buat tetiba terasa lapar kot bebudak tu. Sama macam Jelita, elok jer main bila I takder, tapi bila mama ada mula la lapar lapar lapar. Adik dia pun sama. hehehe

    ReplyDelete
  9. Saja nak bermanja dengan mama la tu,tengok mama je terus rasa lapar kan

    ReplyDelete
  10. alahai siannya, nak mama suapkan agaknya tuu :)

    ReplyDelete
  11. Mungkinlah tu nak minta perhatian mama sekali-sekala. Tak pun Mama masak sedap kot selalunya...

    Anak-anak memang begitulah, AN. Anak-anak saya pun sama. Kalau saya balik, belum sempat buka tudung, cabut brooch mereka dah beritahu lapar! Tak dan kita ni nak uruskan diri dulu.

    ReplyDelete
  12. Lapar pun ye, nak mintak perhatian pun ye..... Tambah bila nampak mama dia setelah seharian tak nampak.....

    Gitulah anak anak namanya...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?