Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Saya menulis entry kali ni sebagai menyahut cabaran pegawai BKP, KPM Putrajaya. Puan ni cakap secara umum je, tapi dia tak tahu saya ni blogger kot, jadi secara tak sengaja telah dijadikan bahan untuk saya buat satu entry.

Kisah dalam Drama Hadiah ni bergenre sedih sebenarnya. Buku teks baharu (antalogi) ni digunapakai bermula tahun ni di beberapa negeri tertentu. Tapi pengalaman saya mengajar drama ni di empat kelas berbeza, suasana pembelajarannya juga berbeza. Di kelas pertama saya ajar, beberapa orang murid menitiskan air mata bila mendengar sinopsis drama ni. Di kelas kedua pula suasana cukup memberangsangkan sebab kelas yang ni murid-murid pandai jadi aktivitinya lebih hands on, diorang sendiri yang menilai dan membentangkan ciri-ciri drama ni berdasarkan perbincangan berkumpulan. Di kelas terakhir pula, dengan kaedah lakonan, drama sedih ni bertukar menjadi lakonan komedi yang hampir semua murid yang menjadi penonton ketawa besar sampaikan ada yang terkeluar air mata dan terguling-guling sambil gelak.

Drama Hadiah ni mengisahkan kesusahan sebuah keluarga yang mula dihadapi setelah kematian ketua keluarga mereka. Akhirnya, kesengsaraan yang mereka hadapi telah menemui jalan penyelesaian bila kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memberikan wang bantuan berjumlah RM10000.

Jadi, di fasa semua perlu berfikir aras tinggi ni, soalan-soalan yang diuji sepatutnya tahap pemikiran aras tinggi juga. Di musim peperiksaan pula ni, mana tahu entry ni bakal jadi rujukan murid-murid, jadi mari kita bincangkan apa yang patut ya.

Soalan KBAT
1. Ramalkan apa yang bakal anda lakukan jika anda di tempat Fauziah, setelah anda mendapat wang tersebut?

Fauziah- balu si mati
Jawapan:
1. Saya akan menyimpan sebahagian wang ini untuk kegunaan pada masa hadapan.
2. Saya akan menyelesaikan hutang yang ada.
3. Saya akan memulakan perniagaan kecil-kecilan.
4. Saya akan membelanjakan wang secara jimat.

2. Pada pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan jika anda berada di situasi yang sama dengan Hayati?

Hayati -anak si mati

Jawapan:
1. Saya akan menjadi anak yang mendengar kata,  cucu yang baik serta kakak yang penyayang agar keluarga tidak merasa kehilangan ayah.
2. Saya akan menggembirakan hati ibu dengan belajar bersungguh-sungguh.
3. Saya akan berkelakuan baik demi menjadi murid contoh.
4. Saya akan berjimat semasa berbelanja supaya tidak membebankan ibu yang menanggung keluarga.

Ok, adik-adik, setakat ni itu sahajalah dulu ya. Nati kalau rajin adalah episod lain menyusul ya..

Comments

  1. ohh hari ni baru baca entry cikgu2 ni..sy suka aktiviti komsas masa kat Sekolah dulu..kami novel Julia kalau tak salah..sy antara pelakon yg melakonkan watak novel ni dekat kelas.suka BM..sbb tu A1.hehe..

    ReplyDelete
  2. itu Ting 4 5 Julia..yg form 1 perlumbaan kedua kot bukunya..dh lama tinggai Sekolah..ingat2 lupa dah..haha

    ReplyDelete
  3. hai terinagt pula masa ambil sastera form 6 dulu,buku tajuknya atap genting,atap rumbia...hehehe percintaan berbeza darjat..

    teringin pula nak jawab soalan cikgu aisy ni... kalau akak soalan pertama tu akak nak jawab no.3, soalan no.2 tu akak jawab no.2...

    hahaha..dah lama tak jawab soalan periksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam PT3 ni, murid kena tulis dua jawapan.. kena bg jawapan yang lojik dan sesuai..

      Delete
    2. oh ye ke..salah lah ni akak jawab satu je hahaha...adoiii

      Delete
  4. Aih, baru tak datang beberapa hari dah tukar pink color gitu... So sweet alahai cikgu ni. Kalau jadi cikgu saya memang teruk kena buli nih! Hahaha....

    Okey, ni memang entri cikgu-cikgu ni. Kalau cikgu part time memang tak reti buat entri macam ni ~_^ Saya nak jawab boleh? Tapi tak tahulah format PT3 ni macamana. Kalau sayalah yerk... soalan pertama tu jawapannya No.1. Dah hilang tempat bergantung katanya dan dapat duit selepuk, haruslah beringat. Kalau guna semua tentu habis. Asingkan sikit demi masa depan. Selebihnya bayar hutang dan hiduplah berjimat cermat seadanya.

    Saya selalu kata kat anak saya, saya tak minta apa-apa kecuali dia rajin belajar dan berjaya dalam hidup. So, kalau saya di tempat Hayati, memang No.2lah pilihannya. Kalau dia berjaya, hati emaknya tentu berbunga riang.

    Macamana ni, AN? Boleh ambil PT3 tak saya tahun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. boleh dah tu.. pandaila jawab soalan KBAT ni..

      Delete
  5. baik cikgu!..hihi
    Soalan KBAT 1 sy jawab no 3.. soalan 2: sy jawab no 2.. ok tak? hehe...
    masa sekolah dulu paling minat BM & sastera.. mmg terbaik jugalah...SPM pun tulah yg paling ok...:)

    ReplyDelete
  6. Ala Cikgu.. kami dulu msa BM selalu kena marah huhuhu. drama2 ni semua macam takder jer kami buat. tapi kalau dapat soklan macam ni, boleh jawab kot, sebab sendiri alami.

    ReplyDelete
  7. KBAT ni bukan aje menguji minda anak-anak, mama-papa pun kena uji sama. Kadang kakak ni pun tak terjangkau dek akal kakak bila anak kakak berikan sebab apa itulah jawapannya..

    ReplyDelete
  8. kbat ni soalan die leh tahan kan aisy...ade gak tgk contoh soalan2 die.... hope anak2 kite cerdas akal fikiran utk menerima pelajaran .....

    ReplyDelete
  9. Susah jugak pembelajaran budak budak sekarang ni yer kena baca novel. Tp bagus kaedah drama tu ....budak budak senang nak ingat jalan cerita dan mendalami watak ek...

    ReplyDelete
  10. Cikgu nnti boleh Tak update kan drama hadiah ini selain daripada jalan cerita ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1