Rendang daging minang

Rajin saya memasak pagi ni. Siap gali lengkuas depan rumah lagi untuk buat rendang daging minang ni. Kes rasa terliur tengok kawan makan rendang pada minggu lepas. Bukan tengok pun sebenarnya, masa saya masuk hari tu seorang kawan baru siap makan, saja bertanya apa yang dimakan. Bila dengar perkataan rendang tu, rasa teringin pulak nak masak. Tambahan lagi ada daging kat rumah dan tak tahu nak masak apa dengan daging tu.

Jadi pagi ni saya merajinkan diri masakla rendang. Tak rajin sangatlah sebab buat rendang paling mudah je, rendang minang ni tak payah tumis apa. Masukkan je bahan macam tu dan kacau sekali sekala sementara tunggu daging empuk.

Bahan pun tak payah. Saya gunakan banyak bahan yang ada di kebun kecik saya je. Daun kunyit, daun limau nipis, serai, cili padi dan lengkuas saya ambil dari depan. Alahai.. mengalahkan orang mengandung pulak. Haha, sekali sekala rajin ni, layankan jelah.

Ini dia rendang daging minang saya. Dah sedap sangat di tekak saya. Sambil tunggu tadi saya dah bagi mesej dengan suami, bagitahu bau rendang ni sedap sangat. Haha, puji diri sendiri pulak. 

Comments

  1. beberapa hari lepas en suami bawak balik rendang n ketupat mak ngah tempat beliau selalu tumpang Solat bagi..aduh sedapnya rendang ayam dia..klu rendang daging lagi sedap..adui teringinnya..tak pernah masak rendang sy ni. AN bagi resepi,hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. resepi ya.. nanti saya usahakan ya..campak2 je tadi

      Delete
  2. akak pun dah lama xmsk rendang dging ni..esk nak msk la terliur lak nengk pic tu.ooo xpyh tumis ye AN..cam kuah percik pun ada kan..

    ReplyDelete
  3. Waa, lama tak buat rendang, time raya je boleh jumpa rendang ni...
    pokok lengkuas pun ada tanam? hebatnya...
    kenapa ada 'Minang'? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni resepi Minang.. bapak mentua punya resepi.. atuknya asal orang Padang, Indonesia

      Delete
  4. tak retialh masak rendang..hu

    ReplyDelete
  5. Rajinnya...

    Kalau tekak nk mkn mmg tetiba mood rajin tu dtg pagi pun pagi lah kan AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..dah teringin seminggu tp hari ni baru dtang mood rajin.. buat terus..

      Delete
  6. rendang minang kesukaan akak adalah di satu restoran di kampung datuk harun... ehm memang sedap bangat...

    ReplyDelete
  7. Tak salah puji diri AN..memang betul sedap tu.kan petua nak bagi masakan kita sedap..sambil masak tu kita kata sedapnya..hmm sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..orang jarang masak ni kalau masak menjadi tu memang rasa sedap sangat.. hihi..

      Lain kali saya amalkan petua Acik ni ya

      Delete
  8. Gulp... tertelan-telan liur saya ni.. silap langkah la ketuk pintu rumah u masa terbau hidangan ni hahahaa. boleh bagi resepi detail tak? menarik sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. nati saya recall balik apa yg saya letak tadi ya..

      Delete
  9. nyummm... memang nampak sedap tu...laparrr...:)

    ReplyDelete
  10. ehh.. senang nye masak rendang minang ni.. tak yah tumis2 bagai.. santan pun xde er.. pasni boleh try la.. hehehe.. tapi bila zaman la tu ek.. madang tak sempat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..santan ada.. tu saya senaraikan bahan yg saya amik dr dalam pagar, tak beli. Yang lain tu yg kena belilah bahannya

      Delete
  11. Sedap nampaknya tu...rajinnya masak rendang pagi hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terliur rendang orang punya pasal..rajin je nak masak

      Delete
  12. Alamak! Saya baru je rajin 'mengkari' tetiba AN dah keluar gambar rendang daging pulak. Terliur sudah ni. Tak akanlah saya nak kena merendang juga lepas ni. Leceh juga tau nak merendang ni memang belum pernah saya buat kat dapur. Oppsss..... Eh, perkara biasalah tu! Kalau PK yang kata tak pernah buat barulah luar biasa.

    Nantilah kalau saya tetiba datang semangat rajin tu, nak juga cuba merendang pulak lepas tu nak tayang showing off, showing off kat kawan-kawan tau sebab saya ni kan memang jarang keluar resepi dalam blog *_*

    ReplyDelete
  13. Inilah dia rendangnya.......tengok gambo pun mak dah tau sedap rasanya. Tambah lagi org yg mengidam nak makan, pergh.....nyaman bah hihi...

    ReplyDelete
  14. fuhh lieya terbayang2 mkn ngan pulut nie...tak pun nasi impit....konon plan nak buat esok rendang ayam....leh laa try resepi nie.....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts