Disangka kotoran

Assalamualaikum semua..

Detik 16 Mei 2015 nampaknya berlaku satu kes yang melibatkan Comel saya yang menitiskan air mata jugala bila mengenangkannya..

Comel yang dimaksudkan ialah Si Adik kecil ni.. alahai, tengah kalut petang semalam, tak ada seorang pun termasuk saya yang perasan comel ni telah terkena sudip panas di bawah dagunya. Saiz panjang 3 cm tapi berbentuk bujur. Saya perasan masa nak solat magrib, masa tu nampak macam ada kotoran sebab nampak warna hitam di bawah dagunya. Saya pun sapulah 'kotoran' tu dengan kain basah. Apa lagi? Anakanda ni mulalah menangis sakit sebab kulitnya terkopek. Barulah terkejut jiddan masa tu. Alahai anakku.. salah mama tak tengok kamu. Mulalah fikir macam-macam. Mak mana yang tak sedih kalau anak sakit walaupun sikit ya. Saya pulak memang jenis sensitif kalau bab anak sakit ni.

Tak nak cerita panjanglah. Apa pun semalam majlis kesyukuran yang Atuk Naim buat di rumah kami berjalan lancar. Adik main elok je lepas disapukan ubat kuning dan diberikan antibiotik, maka sempatlah saya bersembang dengan tetamu yang datang. Malamnya pula adegan air mata bila Adik menangis beberapa kali dalam tidurnya.

Antara kawan yang hadir, Kak Norul, Kak Wan dan Su. Saya tolong pegang anak orang sebab nak bagi peluang maknya makan dengan tenang yer... tahu kombinasi baju lain tudung lain, pakai apa yang mudah tak gosok pun, dah kalut nak ke klinik lepas magrib tu..  

Comments

  1. Kesian nazif..mesti pedih n sikit smp menanfis beberapa kali dalam tidur..anak hero kuat AN! kita je yang tak kuat tengok anak sikit.huhu..

    ehh blocking no hal..lgpun dua2 plain jubah n shawl..zaman sekarang dah tak heran kombinasi warna,.fesyen katanya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. sian anak kecil saya.. dh kering betul nanti saya nk sapu ubat hilangkan parut moga hilang tak ada apa2 tanda langsung nanti.

      Kalut pasal saya pakai je apa yg ada, bedak tak pakai pun malam tu.. haha.. selamat jugak..

      Delete
  2. aduhai kesiannya si comel...itulah kalau bab anak2 ni mama mesti cepat sensitifkan.. moga dah baik luka nazif tu..

    hai takpe aisy baju kaler lain tudung kaler lain..kaler block kan,,,hehehe cantik apa kombinasi warna tu..akak pun pernah pakai baju hijau tudung merah...hahaha taram aje lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. luka nampak dah kering tapi kena sapu ubat hilangkan parut hitam yang ada tu,, harapnya kulit budak2 yang sedang membesar ni takkan tinggalkan parut kekal ya..

      haha, betul tu, taram je masa tu.... duk fikir nak cepat bawa nazif ke klinik je

      Delete
  3. Dgr pun nyilu..kita pun tk daya tggung inikn budak ..
    cpt baik ye..

    ReplyDelete
  4. alo..lo..kesiannya si comel tu... mesti tak perasan tu yg ingtkan kotoran... hehe..
    harapnya cepat hilang lah bekas nya...

    ReplyDelete
  5. Alahai kesiannya. Nasib baik juga ingat kotoran lepas tu lap. Kalau tidak, terbiar gitu jerk dagu si Comel ni takda yang perasan. Budak kecil bukan tahu nak cakap sakit. Paling-paling pun menangis jerk. Ni majlis buat kat rumah AN ya. Ingatkan throwback, rupanya anak orang lain. Tolong pegang aje. Bila nak pegang baby sendiri sekali lagi?

    Soalan cepumas ni memang tak boleh tahan kalau menaip tau..... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. soalan cepuberlian betul ni... cer la tanya soalan ni pd orang lain? Hahaha..

      Delete
  6. Cantik apa .....sekarangkan musim baju kontra katanya....so tak nampak janggal pun.
    Atuk buat kesyukuran apa AN? Nampak mcm besar majlisnya.

    Bila tgh sebok sebok cenggitu, mmg tak sempat nak tgk anak kan AN

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts