Meraikan yang nak pergi dan menemankan orang mengidam

Sekali lagi meraikan sahabat yang bakal meninggalkan kami. Disokong pula oleh rakan yang sedang sarat, nak makan puas-puas sebelum fasa mengecil diri, katanya. Kes yang dirancang. Kami memilih hari Jumaat lalu untuk meraikan puan timbalan pengarah yang akan meninggalkan kami. 

Kecoh sangatlah suasananya bila mak-mak orang berkumpul dan makan beramai-ramai macam ni. Macam-macam karenahnya. Tak ada dah yang ayu-ayu. Makan dan gelak je masa ni. Menghargai masa gembira yang ada katanya. 

Bergambar selepas habis menjamu selera. 
Semoga selepas ini boleh berjumpa lagi dan juga semoga kehidupan kat tempat baharu lebih menggembirakan ya.. 
untuk kami pula, hidup kena diteruskan. Patah tumbuh, hilang pasti berganti. 

Comments

  1. Memang seronoklah kalau dapat berkumpul makan2,berbual & ketawa ramai2 macam ni kan.. walapon yg sebenarnya makan2 sempena dengan perpisahan...tp ye la bak kata pepatah patah tumbuh hilang bergantikan.. moga lebih berjaya ditempat baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kecoh mcm kami je ada kat dalam restoran tu.. xheran ke orang lain dah..

      Delete
  2. Patah tumbuh hilang berganti tp tetap x sama dgn sahabat baru kan..

    Bestnya mkn dan gelak..

    ReplyDelete
  3. patah tumbuh hilang berganti yang baru pun tetap takkan sama.klu dtg yg lagi bagus ALhamdulillah..apa pun best dpt kumpul ramai camni n bergelak ketawa. Entah bila la kan dapat ulang suasana yang sama macam ni. betul tu..hargai peluang yang ada

    ReplyDelete
  4. Yang mana satu puan timbalan pengarah yang diraikan tu....

    Kalau mak-mak berkumpul memang lagu haru-biru suasana daripada kanak-kanak ceria berkumpul tau. Kami pun kalau dah berkumpul makan bersama di pejabat ni, kecoh. Tak reti makan dengan tertib dah!

    Eh, muka AN dalam gambar pertama tu tetiba mengingatkan saya dengan kakak saya yang cikgu juga tu... senyum simpulnya sama cuma kakak saya ada tahi lalat pemanis bawah dagu *_*

    ReplyDelete
  5. Orang pakai tudung hijau tu bila nak mengidam pulak ? Hihi....asyik raikan orang jer....
    Alahai sedihnya....teringat masa nak berhenti dulu. Tak habis habis menangis....sedih nak tinggal kengkawan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1