Tak senang duduk kalau melibatkan anak sendiri

Separuh hari berada di sekolah hari ni, sungguh terasa tak senang hati. Berkali-kali saya tengok video Nazif ni, sampai seorang kawan perasan dan cakap, " Tengok gambar anak dia lagi?".

Sambil senyum saya cakap, " Risau macam mana adik kat sekolah hari ni. Dah tukar ke sekolah lain". Barulah kawan tu faham keadaan sebenar.

Sebenarnya, kami tukarkan Nazif ke tadika playschool kerana risau kes berkali-kali Nazif balik ke rumah dengan muka Nazif ada kesan cakar semasa berada di taska lama. Kali pertama kena, saya terus bagi mesej bertanyakan kepada cikgunya apa yang berlaku, jawapan yang cikgunya berikan ialah ada seorang budak baru masuk yang agak lasak. Sebelum tu budak yang sama pernah buat kawan Nazif juga. Ok, baiklah. Kali pertama dengar alasan dia, masih lagi ok kami sebagai mak ayah ni. Bukan nak jadi ibu bapa yang cerewet pun, bertanya sebab nak mengetahui apa yang berlaku serta mengharapkan lain kali penjaganya akan lebih prihatin.

Hari keesokkannya, lagi terperanjat saya sebab daripada 2 kesan cakar dah bertambah jadi 7 kesan cakar di mukanya. Ai, tak boleh jadinya, anakanda kami yang chubby pipinya ni dah penuh kesan cakar kat muka. Macam mangsa dera dah tengoknya. Ikut kata papanya, hari tu pengasuhnya berkali-kali minta maaf kerana masa dia ke dapur seketika, budak yang sama dah buat muka Nazif tu. Aiiiiiii.... tak tau nak kata apalah.. terus saya cadangkan cari taska baharu atau tadika je untuk Nazif.

Papanya pun segera bersetuju, sebab di taska lama tu, budaknya agak ramai dengan penjaganya ada masa hanya seorang dan ada masanya nampak dua orang. Bagus bisnes dia agaknya, masa kami hantar Nazif awal tahun 2014, termasuk Nazif baru ada lima orang budak yang dijaga, sekarang dah berbelas orang. Dan taska yang sama ni dah ada cawangan keempat yang dibuka tengah tahun hari tu. Adoi, nak untung pun kena jaga kualiti jugakan? Kalau sekali kena, macam tak disengajakan, kita pun faham budak di usia bawah 6 tahun ni memang jenis lasak, tapi kalau berkali-kali dah kena, ini maknanya budak tu kena dapat pantauan lebih atau penjaganya kenalah lebih alert. Kan?? Setuju tak?

Jadi, tak nak ambil risiko, semalam saya bawa Nazif pergi tinjau tempat lain dan terus rasa sesuai untuk masukkan Nazif ke playschool ni. Hari ni terus mulanya. Sekurang-kurangnya takla hanya disuruh menyanyi dan tidur sebagaimana di taska lama. Yang kelakarnya, masa bagitahu cikgu taska lama yang kami tak nak hantar lagi Nazif, dia senyum je dan berikan barangan Nazif tanpa banyak soal. Kelakar bagi saya reaksinya tu. Tak apalah, biarkan orang lain. Jaga diri anak sendiri dulu, yang pentingnya. Kan???

Hari pertama Nazif di playschool ni nampaknya ok. Cikgunya kata Nazif dapat bergaul dengan kawan yang ada (3 orang kerana saya hantar Nazif sesi petang sebab bimbang dia buat hal pada hari pertama) dengan baik. Lebih yakin sikit kami dengan tempat baru ni memandangkan bilangan murid setakat ni, enam orang termasuk Nazif. Gurunya dua orang sepanjang hari. Nazif yang paling kecil, harapnya tak dibuli dengan abang-abang 4 dan 5 tahun. Yang paling saya suka sebab di sini banyak aktiviti termasuklah kelas mengaji Al Quran dengan teknik Al Baghdadi. Kalau ok, nak tumpangkan Naim sekali untuk kelas mengaji.

Comments

  1. Setuju tu AN. Kita bertanya sbb nk tau apa berlaku. Jika berkali2 berlaku, sepatutnya bdk yg lasak tu diberi perhatian lebih. Bagus la dah jmpa tmpt yg lebih baik. Semoga nazif seronok belajar kat situ.. :)

    ReplyDelete
  2. assalam

    betul tu kak. apa pon mesti la kita risaukan ttg keselamatan anak anak.
    alhamdulillah dh buat keputusan yg baik
    smga nazif terus suka ddk di tempat baru.
    aamiin

    ReplyDelete
  3. Kalau sekali memang ok la juga sampai kali kedua mmg tak bole jadikan,kalau anak yg dijaga ramai,penjaga pun perlu ramai sedikit senang pantau budak2,biasalah budak2 mesti ada yg nakal kan..pernah juga adelya kena gigit ditaska sampai berkesan gigi didahi..owner taska terus minta maaf & budak itu diasingkan sekejap sehingga dia tidak nakal &menggigit lagi.

    Harap nazif ok di playsschool yg baru ni,seronok sebab ada mengajar sekali macam tu

    ReplyDelete
  4. Salam kenal. Blessing in disguise, nampaknya tempat baru is better for Nazif no? Tak perlu risau orang kata kita ibu-bapa yg cerewet. Nak besarkan generasi berguna akan datang, memanglah kena cerewet =).

    ReplyDelete
  5. Alahai..Kesiannya nazif.hrp2 dia ok di taska br..

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwah,

    Saya terkilan sgt dgn pengusaha taska yg acuh tak acuh. Ibubapa bayar so laksanakan amanah dgn baik.. Pandailah monitor anak kecil tu, kalau x cukup staff pandai2lah.. Kesian parents, keja pun tak senang.. Harap2 Nazif serasi dgn tempat baharu.. :-)

    ReplyDelete
  7. Memang sepatutnya nazif tukat skool..sy cukup tak boleh bab oengasuh or penjaga taska yg tak jaga anak kita betui2..betul kata AN sekali tu bley la maaf..dh byk kali apa cerita..

    Harap nazif ok ditempat baru. Mudah2an ank kita sentiasa dibawah lindungan Allah

    ReplyDelete
  8. kesiannya dkt dia. harap nazif ok dgn sekolah barunya.

    ReplyDelete
  9. Alahai sian...
    Kalau I pun akan buat tindakan yg sama.
    Moga Nazif lebih terjaga di tempat baru.

    ReplyDelete
  10. Adakalanya saya rasa tindakan saya menunjukkan saya ni cerewet, banyak kekwat ^_^ Tapi saya sedar bila melibatkan anak-anak memang semua ibubapa pun begitu. Kalau sekali pun nampak cakar di muka anak kita dah waswas, kalau dah 2,3 kali tu memang hati tak tenteramlah, AN. Kalau saya jadi AN, mungkin tak pergi kerja dah kali pertama kejadian berlaku dan tak bagi anak ke tadika keesokan harinya; dok pi sekolah anak tanya apa berlaku, nak penjelasan sebenar dan macam AN juga mungkin, terus cari tadika lain!

    Nak untung banyak pun, kualiti kena jaga. Kalau main taram aje buat kerja, hilang pulak nanti 'keuntungan' tu dek banyak komplen di kemudian hari.

    ReplyDelete
  11. mcm tu je reaksi pengasuh tu... emmm.. kalau sy pun akan tukar kan.

    ReplyDelete
  12. saya setuju dengan tindakan cikgu AN
    kalau sekali mungkin kita boleh maafkan lagi kan
    ini banyak kali, sape boleh sabar
    pula tu reaksi dia bagi sangat kelakar...macam nak kata, lantak kaulah. kan?
    apapun moga si comel nazif ok di sekolah baru

    ReplyDelete
  13. Ohhh inilah kisahnya....yelah....dah hari hari bercalar....mmg le sentap mana mana mak budak pun....

    Agak di cakar ke AN....takut kena mata jugakkan...eloklah pindah taska. Moga taska yg ni lebih baik dari yg lama tu

    ReplyDelete
  14. Oh.. Kesiannya Nazif. Saya pun dah berhentikan Ieqa dr kindergarten nya. Byk benda rasa tak sedap hati. Walaupun isunya remeh, sy rasa pembaziran utk spend duit mcm tu. Tahun depan, entah dkt manalah pula sy nak htr. Ikutkan hati, sy jaga dan ajat kat rumah aje. Tapi kesian dia sbb nak berkawan dan bersekolah mcm budak2 lain. Aduhai..

    ReplyDelete
  15. Salam sy tahu ini post yg lama,sy tidak tahu nak luah tny pada siapa.sy hantar anak sy di taska yg sgt popular nama dia.baru 3 bulam dah 3 parut di muka.sy ada tny dr hr first kena sampai yg ketiga kali baru nk check cctv.katanya biasala budak2 main kan.cikgu nk jaga ramai budak x semua boleh tengok.then dia kata dia akam bg anak sy duduk di tepi meja cikgu dan pantau.esoknya sy hantar anak emak owner taska tu tgh sapu jeling anak saya,masa anak saya nak masuk ke taska.balik pula cikgu yg guard anak ke pintu muka masam sangat2 langsung xsenyum.mungkin dia orang fikir saya parenta yg cerewet.tp apakah sikap sy keterlaluan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staf taska buat muka masam ya? As a mother i think you should think what is the best for your child. Jgn fikir paranoid atau cerewet, niat dan doa yg baik-baik demi anak2 kita. Prevention is better than cure, kan? Jgn menyesal selepas benda tak diingini dah terjadi.

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?