Aktiviti yang sesuai untuk melepaskan tekanan.

Assalamualaikum semua.
Musim sibuk kembali menjelma.
Baru rasa tak nampak mainan anak berselerak kat lantai.
Baru rasa tak cukup masa sampai kalau boleh nak tambah lagi 3 jam sehari agar lebih masa tidur. Haha, bukan nak buat kerja lebih tau, nak cukup masa tidur supaya awet muda macam menantu mami ni.

Jadi, kalau tengah sibuk ni mesti stress aje kesnya kan? Betul tak semua orang? Bulan september oktober nilah anak nak menduduki peperiksaan, anak nak masuk semester barulah, kot ada yang anak nak kahwin hujung tahun ni pasti banyak persediaan yang nak kena buat tu. Lagi, kalau yang kerja pun sama kan, macam-macam laporan nak kena buat nak kena audit hujung tahun ni, kan? Pasti tertekan nak mengejar tarikh akhirnya tu kan?

Jadi, kalau nak elakkan atau kurangkan tekanan tu kenalah buat sesuatu yang mengalih perhatian kita. Paling mudah, meh makan-makan.

Jeruk campur air tangan Chor tau ni, bukan Penang mari. Sedap sangat ni sebab ada siap masuk cili potong sekali, berasap kepala kalau tergigit, maunya minum air satu liter lepas tu. Saya baru je tahu gelaran Chor ni sejak jiran-jiran makin ramai orang asal Perak ni. Sedap ni tau. Sekali hadap, sambil tengok cerita Korea, seorang diri pun masih boleh makan suku bekas ni habis.


Nilah, satu lagi menu yang jadi kudapan saya sejak akhir-akhir ni. Ngap sikit ngap lagi ngap lagi dan lagi. Tak sedar dah separuh botol habis rempeyek ni. Sedap sangat tau ni.paling saya kagum bahagian kacangnya ni, tak macam rempeyek biasa tau, kagum betulla rasanya tak keras, rangup pulak tu.  Korang nak rasa, tryla hubungi tauke rempeyek sendiri dan kalau dah rasa sekali nanti korang tahulah. Saya setakat ni dah beli 9 botol yang kecil dan 4 botol besar, ha, jangan tak caya. Ranggup dan sedap sangat eh korang rasalah sendiri. Memang hilang stress kalau jumpa benda sedap macam ni. 

Lagi, kalau kita stress, berblog la, apa lagi. Jenguk rumah jiran-jiran, deme hidang menu sedap rasa kita pun kenyang sama, deme cerita kisah anak berjaya kita pun rasa bangga sama, deme kata tak balik raya, kita gelakkan slow-slow, mana deme nak tau pun kat rumah kita baca tu, kan?  Paling tak lagi, amik risiko ubah templete blog korang kalau dah lenguh rahang nak gelakkan entry kawan-kawan atau malas nak menaip komen. Apa macam? Rupa baru blog ni? Kes stress kerja bertimbun la ni jadi macam ni. Esok lusa entah macam mana rupanya pulak.  Yang pasti korang masih boleh camkan headernya masih sama, gambar comel anak-anak saya tau!!!


Ok, have a good day to you all.. May Allah bless all of us...

Comments

  1. Okey! Sekarang kita tahulah kalau cikgu stress, memang habis dibega-begakannya blog sendiri. Padanlah bila lama tak masuk tetiba rasa pelik aje, kotnya tersalah masuk rumah orang ^_^

    Oh, gambar yang pertama tu menggamit sungguh suruh mencari sama. Sedapnya alahai, dah lama tak makan! Baru-baru ni ada ternampak tapi lupa kat mana, jual mahal pulak tak mahu merasa! Padanlah muka!

    Gelaran Cho tu saya tahu lama dah sebabnya salah seorang abang ipar saya orang Perak.

    Oh, setakat tak balik kampung tu perkara biasa dah AN! Takpalah kalau nak gelak pun, kita tak terasa sedih pun kena gelak dalam diam tau ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. cho ke? Sama mcm cho zilla tu? La, baru saya tau..xperasan lg sblm ni.. haha.. kawin org perak, tapi agaknya org tapah ni tak guna gelaran mcm ni..

      Apa lagi weh.. pegila beli jeruk.. buat teman masa menulis blog..

      Haha.. biasalah tu tak balik kg masa raya haji.. saja je mengusik tau..

      Delete
  2. Hehe.. bagus tips hilangkan stress AN ni..
    Memang sedap sungguh tu, kalau dah beli berbotol2.. hihi.. yg jeruk tu tgk gmbr je da menarik perhatian.. tp xnk tgk lama2 nnt terliur.. haha..

    Hehe..ira da amik risiko hari tu ubah template.. tak tau la bertahan bape lama tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lain kali tukar pulak yang templete baru..

      Delete
  3. alahai menjejes air liur nngok buah buahan tu..
    dah la tgh png kepala ni..
    hari tu buat dah habis.. nyum nyum..

    asalkan ada juga ug dibut dan nampak hasilnya kan.. stress cara berhemh. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. stress cara berhemah kalau kena cara.. kalau x lagi stress jadinya sebab pening kalau salah jd blognya..

      Delete
  4. Hahaha....ni kes nak hilang stresslah ni yek....blog jadi berubah wajah..... Nampak suci gitu weyh. Patutlah Jiran Sebelah mak pun gatal tangan nak ubah rumah dia kihkihkih...

    Jeruk tu Pak Jilap mmg hantu AN...hari tu masa hantar SA, Pak Jilap beli dia yang habiskan sorang.....Ngalahkan orang mengidam! Okje mmg le kurang suka....
    Chor tu nenek ke?.... Tengok tu ..... betapa sayangnya mil, siap dibuatkan asam jeruk lagi kasi puas menantu makan hihi.....

    AN dah cuba beli Rempeyek Knor tu yek. Gi rumah dia ke nak ambiknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cho sebenarnya.. gelaran utk adik beradik, saya pun tak pasti anak ke berapa dipanggil cho ni..

      Delete
    2. mak sedara suami ada sorng dipanggil cho
      rasanya cho ank no 4/5 berdasarkan keluarga cik suami la.. ikut turutan

      Delete
  5. rasa macam tak nampak tajuk entri, ke kt laptop sy je tak keluar?

    ok, umah saya pun tgh sepah dgn kertas2.. enSuami tgh siapkan fail PPB.
    AN pun tgh buat jgk ke?
    selamat siapkan la ek..
    sy pun layan je la lantai umh penuh dgn kertas, huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. fail pppp tu kena juga buat, tapi tak sempat capai lg, ada lg kerja yang lagi mustahak. Kenala buat kmudian utk itu

      Delete
  6. salam jumaat AN
    terliur tengok gambar atas tu dah la mulut pun tksedap je ni mesti nak kena cari jugak ni

    ReplyDelete
  7. yes, makan tu aktiviti terbaik :)
    aida selalu join aktiviti tu kalau tertekan ! hi hi hi...

    ReplyDelete
  8. usihhh lama xmakan jeruk akak.. nama dok penang. hehee
    kalau bab kunyah2 sambil buat kerja memang laju je. contoh time kerja makan2 mesti xgantok

    ReplyDelete
  9. ahaha perkara wajib bg prmmpuan tuk lepaskan tekanan.. eh yeke? hihi

    ReplyDelete
  10. nampak sangat stress nye tu ha...

    ohhh patut lah akak buka kat pc baru nampak rumahnya dah lain,masa buka kat telefon tak nampak pula kelainannya...akak ni pun ada rasa nak tukar template juga...hahaha tapi biasalah orang tak pandai macam akak ni main taram je la, kang entah apa jadinya blog tu...

    ReplyDelete
  11. Alamak baru perasan header baru..tetap comel dengan gambar anaknda berdua..lepas ni klu tukar header lg maknanya tuan blog stress la ek.hehe

    Sy jeruk tu takde terliur sangat..tp rempeyek tu memang pantang..sebalang sekali je kot hadap.memang betul kita sama. makanan pengubat stress.huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts