Ops Nazif

Petang ni kami laki bini bincang secara serius pasal Nazif. Makin menjadi-jadi perangai tak nak tidur malam si budak kecil sorang ni. Adoi, jenuh nak tidurkan dia. Mama papa nak kerja esoknya, sedangkan dia nak main lagi walaupun dah pukul 2 pagi. Pernah dia tidur hampir pukul 3 pagi, ha, nak pengsan kami melayan!

Itu satu hal. Satu hal lagi yang juga agak membimbangkan, bila dia tidur lewat, maka waktu siang dia akan mengantuk. Dah dua hari kami dimaklumkan oleh cikgunya yang Nazif tak sertai aktiviti di playschoolnya sebab dia nak tidur. Dah berkali-kali dikejutkan pun dia buat gaya tak daya nak bangun. Adoi. Patutla malam mata cerah walaupun tengah malam sudah, siang dia tidur lama rupanya. Abis, macam mana ni? Nak salahkan cikgunya tak bolehla juga. Nak salahkan cikgu kat taska lama yang bagi tidur lama pun tak kena juga.

Itulah pasal yang akhirnya tadi papanya cakap mulai malam ni, dilancarkan Ops Nazif. Target kami selama dua minggu cuba untuk buat dia tidur seawal 11 malam. Haha, awal la tu kan? Takkan pukul 10 lagi kot? Jenis kedua-dua anak saya ni, memang jenis tak banyak tidur. Sejak dalam pantang pun kedua-duanya banyak berjaga siang atau malam. Jadi, rasanya mustahil kalau nak buat mereka ni tidur awal sangat.

Modus operasinya ialah semua orang kena tidur mulai 11 malam. Tak lupa juga, tiada akan gadget dibenarkan mulai 11 malam. Wifi akan dioffkan. Kalau kami jaga sendiri pada hari cuti, elakkan Nazif tidur siang. Akhir sekali sempat kami fikir tadi, kena bagi diorang makan benda berat supaya lebih cepat tidur.

Usaha jelah dulu, moga ada perkembangan positif..korang ada petua tak? Boleh kongsi petua? Naim dulu rasanya taklah tahan mana mata macam adiknya, paling tidak pun lepas dipujuk setengah jam dia akan lena. Kini bila masuk tadika lagilah dia cepat lena walaupun lena pada pukul 12 malam juga. Okla tu daripada pukul 3 pagi tau..stress juga bila tahan mengantuk kat tempat kerja kerana malamnya tu  Nazif payah tidur, kawan-kawan pula usik kita malam buat aktiviti lain, adoi.

Comments

  1. ha'ah betul tu.. semua kena tidur serentak.. takleh tidur pun buat2 pejam mata.. :)

    Jom folo saya

    ReplyDelete
  2. Macam serius je bunyinya klu pukul 2 3 pagi baru tidur..takut terganggu perkembangannya..sekali sekala takpelah..klu berlarutan memang kna biat opss..

    sy biasanya memang tak layan klu anak nak tidur lewat.tutup je lampu pastu kita pejam mata dan tidir..klu anak nk main pun kita tak layan kejap je kot dia main sorang2 pastu mesti iku tidur..key point kena tegas..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. serius ni.. kalau sampai tak join aktiviti kat sekolah sebab nak tidur siang tu..adoi stress mak dgr tau..
      Kita pun mengantuk sb duk layan n pujuk dia tdo sampai lewat malam.. bukan siangnya tak kerja

      Delete
  3. Semua kena masuk tido awal...padam semua lampu...taknak lelap pun pura2 lelap....tegas sikit ...lepas 10 malam kena tido...takder tv takder gadget...

    ReplyDelete
  4. Sama mcm anak I yg sulung waktu kecik2 .. dah la mama dgn abhnya nk keja, last2 kitorang bwk dia tido bilik yg tak berkatil, bentang tilam.. tido bertiga, kunci pintu, tutup lampu. Mau tak mau terpaksa dia tido.. haha.

    *Aisy - psst..waktu dorang blk dari Taska.. Cuba Hindu mulut dia, ada bau ubat batuk tak?. Mana la tau kan.. kalau2. (sbb kwn I pernah ada kes camni.. ank asik tido siang).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takutnya dgr pasal ubat batuk tu.. nati nk try hidu.. harap2nya bukan macam tu la..

      Delete
  5. seriau nya baca komen last ni. naya kan budak j bg ubat batuk adoi. tak ikhlas jaga kan..
    sampai snaggup bg ubt batuk...

    in shaa Allah usaha ini mbuahkan hasil.. mcm pk kata yg pntg kena tegas.

    semoga berjaya ye kak. nk share pengalaman pon rania baru setahun..tutup lampu, nyusukan dia lena la nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. dua malam sudah ops ni.. harapnya minggu depan dh kurang mengamuknya bila dipaksa tidur awal.. malam je mulalah dia buat hal sebab nak main.. kalau siang dialah yang paling ceria.. paling suka bercakap paling suka makan..

      Delete
  6. yes. tu la dia petua nyer.
    tutup lampu and semua org tido. baring.
    jgn ada aktiviti pun.
    senyap sunyi.

    mcm ijat, gitu la.
    otomatik dia akan tido.

    ReplyDelete
  7. lambatnya nazif tidur,kalau akak mau lebam mata menunggu tu hehehe... akak memang jenis tidur awal dari zaman bujang sampailah dah kawin, masa mengandungkan anak2 pun awal juga tidur. sekarang pukul 10 masuk bilik dan tutup lampu, bila mama tidur anak2 juga akan ikut tidur. paling lewat boleh bertahan sehingga pukul 11malam je mata akak ni

    ReplyDelete
  8. Statement last tentang usikan kawan-kawan tu saya suka ^_^ Hahaha!

    Anak-anak saya pun sebenarnya susah nak tidur awal, AN. Tapi mereka lebih takutkan saya berbanding HD sebab saya boleh naik tangan manakala HD pulak marah aje tapi tak pernah naik tangan. So, bila saya bertempik, memang semua kecut perut. Kalau saya suruh pejam mata tidur, memang berpura-puralah mereka pejam mata sampai tertidur!

    Sebab si kecil tu aktif sangat menonton youtube kat tab tiap malam, saya arahkan takda gadget boleh main on weekdays. Tidur malam pun tak boleh pegang. Gajet semua saya sembunyikan sampai mereka tak jumpa. Hari Jumaat petang baru keluarkan sampai hari Ahad petang.

    Sekarang anak-anak saya pukul 10 malam dah masuk tidur. Dengan saya suami isteri pun kena masuk tidur cepat tapi bila confirm mereka dah tidur, kami bangunlah balik memalam buta sambung apa kerja patut buat. Oh, jangan fikir benda lain pulak yerk ^_^

    Anak saya si kecil tu pun sama. Kalau siang dah tidur, malam mesti dia menceceh aje tak mahu tidur. Kita pun tak boleh masuk tidur selagi dia tak tidur. Itu yang saya guna kuasa veto aje. Semua tidur serentak! Habis cerita!

    ReplyDelete
  9. Teringat entri lama awak AN....dulu selalu jugak entri awak pasal anak tak tido kan....Ni dah jadi balik ek? Baguslah ada usaha nak menangani. Tak bagus sebenarnya tak tido mlm ni. Sama je anak sulung Okje tu....mlm main game ....siang tido geram nengoknya. Tabiat dari sekolah rendah bawak sampai ke U....

    Kihkihkih ...yang tak tahan kena perli dengan kengkawan pasal mengantuk tu....Layankan ajelah

    ReplyDelete
  10. mencabar nk membesarkan anak2 ni ye akak.. huhu. kalau siang tido malam memang susah la nk tido. jd siang kena main smpai penat

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?