Demo lukisan

Dah namanya budak, kan? Memang tak reti sabar. Sambil abangnya cari buku di Popular BS, dia ternampak benda ni terus minta mama belikan, terus heret ke kaunter bayaran dan terus dibuka balutan akhirnya kat situ juga dia mula menulis. 


Keluar je dari kedai buku terus dibukanya papan putih ni, Nazif terus bersimpuh kat situ dan lukis apa yang dihajatinya.

Ish.. tak puas hati ni. Kena rapat sikit. Tulis tangan kiri pulak.

Makin syok ni, kena bersila kaki pulak ! Kena tulis puas-puas sebelum Abang kita datang !

Eh, kenapa ramai orang tengok adik ni. Padamla, jom kita balik rumah mama!

Macam mana tak ramainya dik, kat bawah tu ada persembahan gendang, perasmian apa entah pada masa tu jadi semua orang berdekatan datang berkumpul untuk melihatnya. Sambil-sambil tu diorang jeling kamu dik sebab kelakar agaknya tengok budak kecil syok menulis kat tepi..

Sian kamu ya, baru sekarang mama nak belikan papan putih ni. Moga lepas ni tak ada lagi lukisan di dinding rumah kita ya!

Comments

  1. amboi nazif..excited betul hah...tak dan sampai umah dah rasmi kat situ ekekekeekek....bagus2...lieya pun suke beli bende2 mcm ni aisy...dari dok beli mainan jek kan...leh latih skill die menulis.. tapi kene tgk2 takut nanti ke dinding di tulis2nyer ekekekeekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. gitulah dengan anak2 ni kan lieya.. mainan beli juga.. tp benda lain pun penting..moga2 benda2 macam ni membantu perkembangan mereka

      Delete
  2. Salam pagi...
    wah!rajin nyer...cepat je dia buka yea..:)

    ReplyDelete
  3. Excited betul nazif tu.tak menyabar dah nak menulis..klu sy pun mesti tak lepas pekuang perhati budam comel ni menulis..bawak balik lagi sakan la dia menulis lawan ngan abg naim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah memang budam comel ni tak menyabau tul.. mama dia lak terpaksa buat2 xtau bila org duk tgk2 dia masa tu.. naim kat dalam tu lama pulak buat keputusan nk beli buku yg mana satu..

      Delete
  4. wow good boy.
    mcm tu la semangat kena ada...
    utk sesuatu yg baik ok ye nazif :)

    ReplyDelete
  5. wah... ada talent ni... boleh jadi pelukis...!!

    ReplyDelete
  6. Mmg bagus beli benda ni Aisy. Kitorang pun ada.. walau ank2 dah besar. Everyday klu nk suruh dorang hafal sesuatu, tulis je kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A very good idea sam.. later on we will do like that also!!

      Delete
  7. excited sangat gayanya ye nazif tu, terus buka dekat situ juga hehehe, comel sangat nih

    ReplyDelete
  8. Teruja macam mamanya nampak blackboard kat sekolah; tak sabar-sabar nak mengajar Matematik ^_^

    Saya rasa dengan adanya papan putih ni di rumah, mungkin berakhirlah era menconteng idea ke dinding rumah kot, AN. Harap-harap begitulahkan....

    Budak-budak ni buat apa pun memang menarik perhatian. Kita yang teruja tengok dia teruja menconteng :)

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu.... dah selamat bersantai kat kampung ke ni... ^_^

    ReplyDelete
  10. excited die dapat papan putih tu..comel sangat! bolehlah saya menulis sesuka hati mama..yeayyy! :D

    ReplyDelete
  11. rania skrg dh mula nak menulis.. asal kita pgg pen kertas dia pon nak juga.
    tp tu la kak, rania pegang pen tangan kiri. normal ke kak.. untuk permulaan seusia rania ni ?

    sepupu suruh ajar guna kedua belah tangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa budak2 mula dgn tgn kiri, kena biasakan dia dgn tangan kanan.. kena tegur sentiasa.. kedua2 Ahmad ni alhamdulillah, bila tegur ok je diorang tukar ke tgn kanan..

      Delete
  12. Selamatlah dinding rumah mama lepas ni yer.....adik dah ada dinding sendiri hihi

    ReplyDelete
  13. dah lama nk melukis menulis tp akak xbeli. hehehee
    selamat dinding rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts