Selamat berjaya semua

Seronok kami makan malam tadi. Untuk suami saya masakkan gulai lemak cili padi ikan salai dengan pucuk ubi. Bahan-bahan kecuali santan dan bawang, semua angkut dari rumah MIL. Baik punya anak ye. Papa N la tu, dia makan sedap maknya masak, dia minta bawa balik untuk suruh saya masakkan di rumah kami pula. Untuk diri sendiri pula saya buat paprik ayam, juga makanan dua dalam satu. Ada ayam, kuah sikit dan sayurnya ialah lobak merah dan bunga kobis. Budak-budak makan nasi dengan ayam goreng, kicap dan timun. Semua orang makan ada karbohidrat, protein dan serat.

Bukan selalu saya rajin nak masak beberapa jenis ni. Kalau tak, biasanya satu atau dua je, maka kome makan jelah apa yang terhidang. Itulah yang sambil makan tu, saya terfikir, sedap makan ni, mak-mak yang tengah gedebar sebab anakanda diorang nak menempuh peperiksaan UPSR bermula esok agaknya macam mana ya? Ada kot yang tak lalu makan?

Bagi semua yang sedang risau akan anak-anak macam mana esok lusa ni, korang jangan risau ye.. InsyaAllah anak-anak kesayangan bakal buat yang terbaik untuk peperiksaan UPSR ni. Moga sihat sepanjang tempoh peperiksaan ni. Buat Okje
tu, jangan susah hati ya. InsyaAllah anakanda TLBD akan ok je nanti..

Comments

  1. Amboi rajin cikgu kita masak banyak jenis..semua menu sedap2 plak tu..awat tak tayang sini kita nak tengok hasil masakan mama dua ahmad ni.hehe

    Insyaallah semoga diterangkan hati dan dipermudahkan jawab soalan utk semua anak2 yg menjawab upsr

    ReplyDelete
  2. Memang wajiblah risau kalau anak menduduki peperiksaan besar macam ni, AN. Sedang exam sekolah yang biasa-biasa tu pun kita risau (walaupun buat muka tak risau ^_^) inikan pulak exam besar macam ni.

    Mak tu tengah seram tapi sempat lagi makan-makan sebelum seram menjelma katanya.... :)

    ReplyDelete
  3. saya pun kalau masak paling bayak dua jenis aje
    tak cukup rajin nak masak banyak jenis...hehe

    mesti nervous punya. hopefully mereka semua mampu menjawab dengan baik

    ReplyDelete
  4. ...masak lomak cili padi ikan salai pucuk ubi..nama menu pun pun dah mengguris rasa di lidah ni..yummy

    ReplyDelete
  5. Alahai sedapnya lemak pucuk ubi .....makan dgn sambal belacan, ikan goreng tak pun ikan masin ....mmg perghlah...

    Hihi....biasalah AN, mak mmg seram memanjang...sok nak keluar result tambahlah seram....huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1