Teringin nak makan makanan korea

Minah penggemar makanan Korea dah selamat berlegar di Melbourne, kami pulak pergi makan makanan Korea. Selama ni kalau anak buah saya yang sorang ni post dia asyik pergi makan makanan korea tak pulak saya teringin nak makan. Entah angin apa yang datang, meh la layankan saja mood tu.

Rasanya setakat ni baru dua kali ni saya makan makanan korea pun. Jenis tekak Melayu ni, makan makanan lain tak puas rasanya. Kali pertama tu kami makan di kawasan SS 15, masa tengah plan nak bercuti ke Korea. Dah lama tu, rasanya tahun 2012 lagi. Yang kelakarnya masa kami ke Korea pada tahun 2013 tu, banyak makan makanan yang kami bawa sendiri dari Malaysia je. Masa makan kat kedai pun, kami cari kedai yang jual nasi beriyani. Haha.

Jadi, nak puaskan hati makanla japchae. Suami ambil ramen apa entah. Manakala untuk anakanda berdua ni berkongsi makan mee kacang hitam @ jajangmyeon. Nak order banyak bimbang tekak takleh terima. Dalam cerita korea tengok diorang makan macam sedap je kan, kalau makan sendiri belum tentu sesuai dengan tekak kita ni.

Adik seronok makan. Makanan dia dapat awal, jadi dia sukala dapat makan. Boleh tahan juga kemahiran guna chopstick dia..

Gambar yang lain tak senonoh,jadi ini sajalah yang.noleh masukkan ke entry ni. Budak kecil yang kuat makan tu baru 12.2 kg di usia hampir empat tahun..Hairan juga berat adik ni tak naik sedangkan orangnya suka makan. Agaknya sebab lasak dan kurang tidur kot.

Comments

  1. Salam cikgu.....lama tak dengar cite cikgu. Dengar dengar khabar cikgu terus makan menu Korea sambil betulkan ejaan...Mmg terbaeklah cikgu BM ni! Tq ye dah selamat pun sampaikan ilmu kat anak anak, manalah tahu keluar pekse hihi....

    Tak pernah try lagi. Takut kalau tak memenuhi selera, kang tak pasal pasal kena masuk restoren lain pulak. Rugi tau dah double cost pulak hihi...

    So camne sedap ke tak?
    Nazif tu rasanya rambut dah semakin lebat kan AN... Semakin pulak jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang say order sedap la di tekak sy,tpyg nazif bg saya manis.. yang suami punya pulak biasa2 je.. saya beli roti pulak lepas tu.. haha.baru puas hati

      Delete
  2. Akak tengok orang makan mcm sedap tapi sendiri nak cuba takut pula tak kena dengan selera,pernah rasa kimchi yang kawan buat,masam2 gitu rasanya tapi tak tahulah kalau orang korea pun masak rasa mcm tu jugakan.

    Tengok nazif makan macam sedap je tu,hai nak ajak orang dirumah ni cuba mungkin tak dapatlah agaknya kot nak merasa

    ReplyDelete
  3. Oh, saya memang tak sanggup makan makanan Korea walaupun suka tengok cerita Korea! Time depa makan dalam drama tu pun saya langsung tak terujalah, AN! Bagi saya kalau ajak pergi restoran Korea, lebih baik saya bawa diri ke restoran Jepun!

    Baguslah Nazif kuat makan. Cuma mungkin badan aje tak gemuk-gemuk sebab lasak tu. Mana ya si abangnya? Takda pulak dalam gambar! Dah lama tak tengok anak-anak AN ni dalam blog!

    ReplyDelete
  4. Ehh adik oii..awat anak dara kt sini umuq 3 tahun lg berat dari nazif.hehe

    Oklah tu pernah juga merasa masakan korea..sy ni namanya makanan korea.pun tak tahu..lglah nk makan..tak tahu la tekak boleh terima ke tak.tak masuk dapam listing la pulak..mungkin sbb tak pernah tgok cerita korea..jadi tak terliur.hehe

    ReplyDelete
  5. setakat ni belum ada keinginan nak cuba makanan korea
    tekak melayu saya agak payah nak terima makanan lain
    tu belum suami saya, lagi particular...hehe

    sukalah gambar last tu. nampak sweet sangat =)

    ReplyDelete
  6. Ala ngape tak gjak knor..sampainya hatimu..

    ReplyDelete
  7. sedap makanan korea! siqah pun suka jugak! makanan di Korea berbeza rasanya dengan di malaysia. mungkin sebab bahan-bahan tak cukup ke apa. hehe.

    siqah baru up entry pasal satu kafe makanan korea di bangsar. akak boleh terjah. mana tahu berkenan, boleh pergi sana pula :)

    ReplyDelete
  8. wah teringin jgk nak makan..
    belum ada kesempatan nak masak jajangmyeon tu, slurppp...
    tgok depa mkn terlioq aih..

    ReplyDelete
  9. x pernah mkn mknanan korea kak.. eyhh.... takoyaki tu jepun kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts