Hadiah Naim tahun ni

Suka juga saya bila 3 tahun Naim bersekolah ni, mama akan dapat hadiah menjelang hari ibu. Kreatif cikgu-cikgunya. Tiap-tiap tahun ajar murid-murid buat kraf tangan yang berbeza untuk sambutan hari-hari khas.

Sambung menulis.. pelik bin ajaib pulak sebenarnya..sampaikan saya menggaru kepala ni. Kesnya tengok ada 3 comments baru di entry ni. Sedangkan saya taip tak habis dan simpan sebagai draf aje pagi tadi. Sibuk jadi urus setia untuk program boling MSSD pagi tadi sebenarnya. Ada masa lapang kejap, teringat nak tulis pasal hadiah Naim. Tapi belum habis satu perenggan ada hal, jadi saya simpan aje.. abis cemana korang bertiga boleh drop komen tu? Dari mana dapat baca tu? Aik.. takkan tulis tiga ayat pun korang dah dapat baca dan faham? Haha.. kemain hebat ye kawan-kawan kita ni. Cik Sam yang menjeling dari Aussie, Puan Kutu yang berdebar menunggu hari dan Atie Yusuf yang dah lama senyap (macam saya juga gamaknya, mood hilang)... wah hebat betulla korang. Ke hp saya yang bermasalah ni? Ai.  Pelik betul ni. Cemana boleh terpublish sendiri pulak ni. Aduh, bila MD yang glamor tu bertanya juga, saya rasa sahlah mungkin saya ada tekan publish. tapi dalam hp saya memang entry ni kekal sebagai draf sehinggalah saya publish pada pukul 3.20 petang ni. Betul ni korang, tak tipu tau ! Apa pun biarlah misteri itu berlalu ya. Ada juga pendorong untuk menyiapkan entry ni.

Jadi inilah dia hadiah Naim. Cikgunya ajar buat beg tangan daripada pinggan kertas. Empat hari pertama dia buat ni, tiap-tiap hari Naim tunggu saya balik dengan pegang benda ni. Kena juga mamanya pegang sekejap beg ni masa tu. Agak jauh gambar ni ye.. nak mencari mana Naim simpan beg tu,mamanya lupa pulak. Korang tengok gambar yang cikgunya hantarkan ini jelah ye.. anakanda saya tu kalau tak silap pada hari tu dia cakap dia akan simpan baik-baik untuk mama tengok hadiah dia tu..

Comments

  1. Ehh mana gambarnya AN..nk tgok jugak hasil kreativiti naim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baca kali kedua adalah gambonya PK yer.. tadi tu mmg xsiap lagi.. tu yg blm masukkan gambar.

      Delete
  2. pekabar sis?
    Selamat Hari Guru buat sis.. Moga terus mendidik dgn dedikasi ya...
    wahhh, naim bagi hadiah ya.. bertuah nya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, kita mak-mak ni, anak bagi haidah kecil pun dah rasa bangga sangat...
      terima kasih jug atas ucapan hari guru.

      Delete
  3. Happy teacher's day Cikgu Aisy.
    Sorry.. lari topik.
    Best kan dpt present dari anak. Tp mana pix?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi letih mika menjawab solan mana gambo.. td mmg xsempat tulis banyak, ingatkan nak sambung semula.. tetiba ada yang komen lak,, aik,, mmg la pelik ni,,

      Delete
  4. oh paptulah entri tak siap rupanya...akak ada jenguk tadi 2,3 kali buka ingatkan akak silap tengok sebab ada 3 baris je..hehehe rupanya memang belum siap entrinya haaa ini baru betul keluar gambarnya sekali. Jauh pula gambarnya tu, tapi mesti mama naim seronok dapat hadiah dari naim kan.

    memang baguslah tadika macam ni, ajar anak2 menghargai sesuatu, menghargai ibu dihari ibu, guru di hari guru dan macam2 lagilah, bagus sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  5. Punyalah excited pasal bowling samapi tak sedar dah terpublish entri ek hihi....
    Welll itulah hebatnya kawan blog tau haha.....Cantiklah bag tu AN. Serious ni. Pandai jugak anak anak tadika ni buat. Tahniah jugak kat cikgu dia tu. Idea yg kreatif.
    Mama dpt bag tangan surelah suka kan hihi.... JDT pulak tu

    ReplyDelete
  6. Saya nampak kat sidebar my blog ada entri terbaru. Bila pergi sini, tengok takda. Masuk blog kawan mana ya nampak lagi entri terbaru AN ni. Bila pergi sini takda juga. Nampak sekali lagi kat mana pun lupa, bila pergi, barulah ada ^_^ 3 kali saya mengulang datang^_^

    Saya pun pernah kena, saya tekan untuk schedule entri tetiba bila check tengok dah kena published. Liga jari saya tekan balik jadi draft tau ^_^

    Amboi, Naim beri mamanya hadiah beg tangan! But saya percaya, beg tangan pemberian anak ni lebih 'mahal' daripada original branded handbagkan, AN ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mestila rasa hadiah mahal ni.. tu yg masuk ke dlm blog.. mana tahu esk2 teringin nk mengimbas semula memori masa budak2 ni kecil, bolehla baca dan senyum sorang diri kan..

      Haha.. abis salah siapa tu? Jari kita ke? Ai tak faham saya ni.

      Delete
  7. comelnya anak2 soleh dan solehah semua ni..beruniform oren lg tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1