Jauh lagi perjalanan kami - 7 years and still counting

Tujuh tahun satu tempoh yang agak lama juga kan? Kalau budak dah boleh masuk sekolah. Kalau kereta dah mula buruk kalau tahun dipakai. Kalau rumah tujuh tahun beli pasti harganya dah naik banyak. Kalau perkahwinan pula ramai yang mengatakan fasa tujuh tahun ni pasangan akan mula rasa keserasian dan mula mencari arah seterusnya, kalau nak berbisnes ke apa masa ni dah mula aktif sebab dah pasti ada anak seorang dua yang sedang membesar (kalau dimurahkan rezeki pasangan tu).

Betul tak korang? Kalau nak menempuh akan rasa lama sangat. Contohnya masa buat pinjaman kereta tujuh tahun, setiap tahun pasti menghitung baki hutang. Tapi bila dah lepas akan rasa masa berlalu taklah terlalu lama rupanya.

Entry tujuh kali ni sebenarnya nak tujukan khas tentang ulang tahun perkahwinan kami yang ketujuh. Pejam celik sambil bergaduh, bermanja, bermasam muka, bersusah senang bersama, nampaknya Allah masih merahmati kami. Masih panjang lagi perjalanan kami ni. Jangka masa panjang bakal menguji kita, Papa N. Anak-anak anugerah Allah ni kita kena berikan yang terbaik dan tunjuk ajar yang sepatutnya. Isterimu ni memang ada masa berangin, tapi untuk kebaikan bersama, kena faham tu Papa N ye..

Ok ye..tulis sekadar peringatan untuk ulang tahun ketujuh semalam. Kisah mungkin boleh dilupakan sekelip mata kalau dah benci, tapi kalau masih sayang, pasti akan terselit dalam ingatan selama-lamanya.

Anak-anak soleh kami. Antara rezeki dan rahmat besar yang dikurniakan kepada kami ni. Pasti sunyi sangat kalau anakanda berdua ni tiada di sisi. Dah lama tak masuk gambar si abang ye.. mood menulis mama agaknya kembali sebab gembira musim cuti ke apa ni? Kalau rajin menulis memang selalu topik anak-anak menjadi pilihan. InsyaAllah.

Comments

  1. Alhamdulillah dah lepas fasa pertama dlm perkahwinan. Happy Anniversary Cikgu AN.. moga rumahtangga yg dibina berbahagia till Jannah. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah cikgu AN
    dah lepas fasa pertama perkahwinan
    insya allah fasa seterusnya menguatkan perkahwinan tu
    apapun selamat ulang tahun perkahwinan ye
    saya doakan moga ikatan terbina ni berkekalan sehingga ke jannah =)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah 7 tajunbye AN. Happy annivesary..semoga terus bahagia ke syurga.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...tahniah aisy dan suami, semoga ikatan indah ini akan berkekalan hingga ke dalam syurga Allah.

    sama pula kita ye nak makan nasi ayam..tapi akak ni takde siapa yang dapat buatkan kena tunggu balik kampung minggu depanlah nampak gayanya ni

    ReplyDelete
  5. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-7 ya, AN. Masih baru lagi sebenarnya bila kita bandingkan dengan orang lama yang bertahan perkahwinan mereka berpuluh tahun. Harapnya perkahwinan kita pun berkekalan selama hayat dikandung badan hendaknya...

    Aduhai, lama sungguh tak tengok muka Naim! Banyak berubah si abang ni ya. Tapi maintain comel selamanya ^_^

    Mama happylah tu cuti dua minggu. Selalunya sibuk banyak urusan, la ni tak tahu nak buat apalah tu. Itu yang blog berupdate selalu ^_^

    ReplyDelete
  6. La ingatkan udah ada isi..eloklah naim ada teman..teman main2.,hihi

    Selamat melayarai umahbtgga yok..bahgia hingga akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. buat saya gelak besar bc komen Knor ni tau..

      Delete
  7. alhamdulillah 7 tahun dah..happy anniversary moga rahmat Allah sentiasa melimpahi akak sekeluarga + kita semua

    ReplyDelete
  8. Happy Anniversary buat AN dan Papa N (Wah!! banyak N nampaknya hihi)... Semoga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke syurga.

    Mana gambo suspek utama? Takkan gambo saksi aje hihi...Teringin jugak nak tengok....suspek utama yg dah hidup selama 7 tahun katanya tu.....

    Betul tu masa sayang semuanya indah tp kalau dah tak sehaluan lagi, kenangan manis pun jadi pahit kan....

    ReplyDelete
  9. Selamat hari ulangtahun yang ketujuh kak :) Betul tu kak, sekejap je rasa sebenarnya masa berlalu. siqah pun rasa sekejap je dah dua tahun rupanya kahwin. hehe.

    happy anniversary again kak dan suami :) semoga jodoh berpanjangan sehingga Jannah. amin.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...
    lya doakan moga perjalanan ni akn btrusan hingga k Jannah... smoga akak n husb sentiasa tabah n bersama saat susah/senang...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1