Bukan kita je beb..

Dua hari ni saya rasa letih, stress dan tak cukup rehat bila keluar sejak awal pagi demi tugas. Nak mengelakkan jam dan nak sampai di tempatnya sebelum masa yang dikehendaki. Mengantuk tak habis lagi dah ada kat sini. Apa taknya, 6.40 pagi yang biasanya saya belum pun mandi, ini dua hari ni dah siap sedia, tayar bergolek masa dua Ahmad sedang lena diulik intan lagi.

Alhamdulillah hari ni, keadaan trafik tidak sesesak semalam. Tak sempat nak stress sangat, dah pun sampai ke tempat yang dituju. Bila awal sangat sampainya bosan pulak jadinya ni. Mulalah mata melilau sana sini. Maka tengok apa yang patut. Tapi bila tengok ada insan-insan lain yang dah memulakan kerja seawal 7.30 pagi ni, insaf jadinya. Rasa kita kerja penat, tapi sekali sekala je. Orang lain setiap hari kerjanya penat dan bermula dari masa yang orang lain masih lagi berehat.

Syukur apa adanya..
Moga lebih keberkatan buat kita semua.

Comments

  1. itulah bila tengok orang lain baru insafi diri akak nih, kebiasaanya nak merungut saja, tapi bila tengok sekeliling, patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.

    akak sekarang pun drive sendiri, 6.30 tu dah keluar rumah, anak2 pun en.azmi yang uruskan...

    ReplyDelete
  2. kadang suka juga bila smpai awal ni sis.. mata pun segar lg..sy seawal 6.50am dah kt opis..
    tulah bila terfikir org lain ada yg mula kerja lebih awal dr kita, mesti rasa insaf..depa lg penat... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam cikgu..hihikk..menghitung hari nak cuti dh ker?? hehe

      Delete
  3. YE YANG PENTING BERSYUKUR KAN ;)

    ReplyDelete
  4. tu la aisy...kalo timing tu awal sgt mmg lari kebiasaan kite...mcm lieya ni kalo ade mase yg free mase lunch hour tu try gak nap kejap sebelum zuhur sebab lieya pun pagi bangun awal gak nak masak bekal budak2 ni kan....dah tua2 ni cepat letih nau2 huhuhu

    ReplyDelete
  5. Hai Adey Manis.... lama kita tak sembangkan....
    Jenuh mak besokan gambo tu rupanya ke bowling centre ek.... OKlah lagi tu pagi pagi dah duk kat bowling centre bawak budak budak sambil santai santai gitu dpd duk kat bilik guru haha....
    Kita ni mmg kena selalu memandang rumput di bumi barulah rasa syukur terbit dlm diri, kan cikgu.

    ReplyDelete
  6. Kalau saya pukul 6.30 pagi dah keluar rumah nak hantar anak ke sekolah, lepas tu terus ke tempat kerja. Kalau fikir-fikir selalu, memang penat. Kalau lambat tidur malam, memang tak cukup tidur rasanya. Pukul 5 pagi dah kena bangun nak uruskan keperluan anak-anak.

    Tapi bila difikir semula, ada kebaikannya juga. Saya tak perlu tempuh jem setiap pagi kerana perjalanan ke pejabat smooth aje. Maklumlah pukul 7 pagi macam tu saya dah terpacak di pejabat. Banyak juga perkara saya boleh buat sementara nak memulakan tugas pukul 8.30 pagi.

    ReplyDelete
  7. Macam tu lah rutin mencari rezeki..mujur sy ni opis dekat..takde jam teruk.klu keja pg pukul7 tu memang kena bangun awal la.paling paling 0640 kena bertolak dr rumah..syukur sbb dekat..klu jauh pukul 7 masuk kerja kena tolak lg awal la gamaknya..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum cikgu! selamat hari guru
    maaf lama tak ke sini atas pelbagai faktor

    manusia kan, baisalah. merungut untuk sesuatu yang bukan rutin
    saya juga begitu most of the times
    tapi bila kita buat perbandingan dengan orang yang susah
    kita nampak betapa beruntungnya kita
    kalau bandingkan yang lebih senang, memang seumo nampak kita susah. hehe

    saya pun dulu pkul 8 baru kuar rumah
    tapi sejak mychintahati bertukar kerjayaya
    semua tu berubah. pagi sebelum subuh kena bangun dah..huhu

    ReplyDelete
  9. susah ada kerja lagi susah dari susah tak ada kerja ..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?