Dugaan buat kita datang dalam pelbagai cara

Semalam hujan dan ribut melanda kawasan sekolah saya. Siapa sangka ribut tu rupanya kuat betul, sampaikan 9 batang pokok dalam sekolah kami dah tumbang. Kerosakannya dah pastilah banyak.

Akar pokok ni tercabut sampai hempap tembok. Mujur tiada murid semasa kejadian.

Bumbung runtuh. Tempat ni jadi tempat murid-murid berkumpul sebelum masuk ke kelas. 

Dataran dan bumbung ni hasil kerja gigih guru dan murid kumpul dana dua tahun lalu. Nampaknya kerja keras kami musnah sekelip mata.
Ini pulak kat tepi kantin. Ngeri bayangkan jika kejadian berlaku semasa ada murid dan guru. 

Itulah dugaan kan. Allah uji umatnya dalam pelbagai bentuk. Masa suhu panas, kita hujan datang menyejukkan suasana. Bila hujan disertai ribut, padahnya kita tak jangka sedemikian rupa. 

Begitulah yang orang kata ingat 5 sebelum datang 5 perkara.

Muda sebelum tua.
Sihat sebelum sakit.
Kaya sebelum miskin.
Lapang sebelum sempit.
Hidup sebelum mati.

*Ketika diuji, ingatla kepada Allah, Tuhan yang Maha Tahu segalanya yang di luar pengetahuan kita. Mungkin takdirnya adalah yang terbaik buat kita. Mungkin juga selama ini kita insan yang alpa, banyak melupakannya, jadi kita diuji untuk mendekatkan kita kepada-Nya. 

Jangab takut mati, kerana mati itu pasti. 

Comments

  1. Allahu akbar..teruk nampaknya tu,moga semua tabah dengan ujian

    ReplyDelete
  2. Subhanallah
    Alhamdulillah tak ada murid dn guru..sgt teruk ni ujian ni aisyh...ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. ya Allah teruknye..... kuasa angin ribut kan....tu laa ramai ckp pokok byk tumbang....highway nilai ke klia pun tutup sebab pokok2 byk tumbang...kiteorg dlm rumah pun takut mase tu..... moga2 semua selamat dan dlm lindungan Allah taala....

    ReplyDelete
  4. subhanallah teruk juga ye AN..Alhamdulillah semua selamat

    ReplyDelete
  5. Ya Allah! Teruk sangat keadaannya tu, AN. Mujurlah masa tu takda murid dan guru di sekolah ya. Hujan lebat Sabtu lalu saya pun atas jalan di Putrajaya. Mujurlah tak tempuh banjir tinggi sangat. Cuak tu tetap ada. Bila dengar petir berdentum, kilat sambar menyambar pun dah tak tentu arah rasa dalam hati!

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah..
    Teruk juga hujan ribut disitu ye aisy-nasiha..
    Alhamdulillah x de kemalangan jiwa kan..

    ReplyDelete
  7. Teruknya AN..tp mujur takda yg cedera..Dugaan ni buat para pelajar guru dan semua warga sekolah AN..

    ReplyDelete
  8. Mmg kuat betullah angin kalau cenggitu ye AN....teruk jugak tu. Banyak yg nak kena repair nampaknya tu.
    Alhamdulilah walaupun diuji dengan bencana cenggitu tp sekurang kurangnya tak de kemalangan jiwa...

    ReplyDelete
  9. Masyaallah!. Insaf baca entry Aisy ni. Tetiba teringat cemana lg kalau kiamat. Alhamdulillah takde kemalangan jiwa kat skolah Aisy.

    ReplyDelete
  10. Haipppp....entri terbaru tu kena tarik balik ke dari dipublish, AN?

    By the way...lupa nak singgah 16 Mei hari tu sebab saya pun lupa buka blog ^_^

    Selamat Hari Guru ya ~_^

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?