Payung berhias penyeri majlis

Assalamualaikum semua..
Seronok betul rasanya hari ini. Persekolahan satu sesi dan ada sambutan hari guru. Kelainan sepanjang 9 tahun perkhidmatan saya, kali ni guru-guru dibawa naik ke pentas dengan diiringi oleh para pengawas yang berpakaian kreatif dan dipayungkan dengan payung yang berhias.

Kreatif betul budak-budak ni, kan? Pelbagai usaha diorang buat untuk menjadikan payung diorang unik dan lawa. Apa kata tengok antara gambar yang sempat saya tangkap.

Kemain disolekkan payung ni. Cantik, kan?

Yang ni saya rasa banyak juga usaha dicurahkan.


Yang ni pulak payung dan tuan bawa payung sekali comel. Berbaju ala ala nurse lagi.

Yang ni.. haha

Dalam banyak payung tadi, bagi saya payung ni paling.hebat. siap ada lampu LED lagi pada gelung putih yang berjuraian tu.. topi yang dipakai oleh Jonathan ni pun ada papan elektronik kecil yang memaparkan SELAMAT HARI GURU. Katanya diusahakan sendiri selama dua minggu. Hebat, kan?


Salah seorang murid saya. Ramai yang mengatakan muka kami ada iras, yeke? Cemana keturunan Jepun leh sama muka dengan I pulak ni? Mesti yang kata serupa tu saja nak ambil hati saya, kan?

With Brenda, my umbrella's girl. 
 
Letak satu gambar posing gedik cikgu-cikgu. Jangan cakap apa ye..

Comments

  1. meriahnya sambutan, seronok cikgu2 diraikan oleh pelajarkan. kreatif betul pelajar2 ni, payung yang berjuraian tu dah macam obor2 ha, ke memang nak buat macam obor2, tapi memang kreatiflah semuanya, mesti sangat meriah sekolah hari ini kan.

    aah nampak macam ada iras juga tu,pada mata dan senyuman manisnya tu kot yang seiras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. ramai juga yang kata payung tu konsep obor2.. banyak kos dia agaknya, tapi diorangtak brkira nk hias payung tu.tu yang kagumnya

      Delete
  2. wahhh..memang kreatif lah idea ni...lain dr yang lain gunakan payung tu...
    cantik2 depa buat... mesti guru2 & anak murid semuanya seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok.. cikgu pakai paling blink blink dpt hadiah.. murid pun sama. Tu yg semangat diorang.

      Delete
  3. Hari akhir buat sambutan hr guru..
    Ensuami xpergi pn, ni dok lepak kt umh..
    Pg td ada meting spmu, so cuti terus, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syokla dpt cuti awl. Kalau ada alasan, mmg okla xpegi ye..

      Delete
  4. AN seronoknya..kreatif ye cwra sambit hari guru tahun ni..nmpk kesungguhan student hasilkan payung yg kebaboom utk smbutan hargai jasa guru

    Betul AN memang ada iras dengan student ketirunan jepun tu..dengan mata sepeknya..macam adik dengan kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. terima kasih PK.. sebab PK kata macam akak dan adik saya publishkan komen ni. Kalau kata mcm mak dan anak tadi, saya delete je.. haha. Main2 je.. tau dah tua.

      Tapi betul kagum kan pasal payung berhias ni. Kalau sempat saya snap semua, ada lagi yang memang menarik hiasannya.. tapi dah kalut maka tak dapatla nak tunjuk kat sini.

      Delete
  5. Salam AN.. lama x drop komen kat sini. Selamat hari guru. Cantik2 payung yg dihias. Bagus juga tema payung berhias ni, lain dr yg lain.. seronok juga jd cikgu ni, tiap tahun diraikan.. hehe..dulu mak suh jd cikgu xnak..pdn muka ira..haha..
    Mmg ada iras la AN dgn student tu.. tang mata dgn pipi tu sama.. hehe..

    ReplyDelete
  6. meriahnya sambutan..payung2nya pun kreatif2..bagusnya dapat anak2 murid yang rajin macam ni..apa2pun...selamat hari guru.

    ReplyDelete
  7. Ha a.... mmg uniklah AN.... Sure seronokkan cikgu cikgu bila diraikan begitu meriah mcm tu. Takut ada cikgu yg susah nak tido mlm tu hihi...

    Serious....mmg samalah AN ha a sebijik...

    ReplyDelete
  8. Tahun ni macam meriah pulak sambutan Hari Guru. Suka saya tengok gambar-gambar yang para guru pakai uniform sekolah tu. Termasuk juga iklan cikgu terima report card ^_^

    Kira unik jugalah sekolah AN guna tema macam ni. Macam-macam idea anak-anak murid curahkan nak memeriahkan majlis Hari Guru ni.

    Yalah, AN. Memang ada sikit iras AN dengan anak murid campuran Jepun tu!

    ReplyDelete
  9. menariknya aktiviti hias payung! tak pernah lagi dengar. hehe. disini baru tahu, masing-masing kreatif rupanya ye :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?