Apa pendapat korang?

Nak komplen ke tidak kalau masa makan ikan bakar kat bahagian dalam pipi ikan tu korang jumpa mata kail kecil? Ikan jenahak pulak tu.

Tadi makan tengah hari kami macam itulah kesnya. Tengah seronok makan ikan bakar sedap, masa tarik bahagian tepinya tu ternampak benda kecil macam mata kail. Tengok betul-betul, memang sah itu mata kail. Masa tu, dah habis separuh ikan kami makan berdua, tinggal nak terbalikkan ikan tu nak makan bahagian sebelah lagi pulak.

Jadi masa bayar, kami bagitahu kepada juruwang di kaunter. Bosnya terus datang minta maaf dan bertanya beberapa perkara. Katanya itu memang membuktikan bahawa ikan-ikan yang dijual sememangnya dipancing segar dan bukannya ikan yang diternak di dalam sangkar. Kami pun sama, masa tu ada juga cakap yang mengadu ni bukan sebab apa, supaya pihak restoran lebih beringat dan kes sama tak berulang lagi.

Datang lagi? InsyaAllah akan datang lagi. Ini dah memang restoran kegemaran kami sekeluarga sejak beberapa tahun. Makan kat sini pasti balik perut sengak. Tak pernah mengecewakan.

Comments

  1. pada saya komenla..komen membina.bukan apa,tu menunjukkan dorang tak cermat masa siang ikan.maybe nak cepat..tapi pemakan juga berhati2 lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan..bersangka baikla.. sebab dah beberapa tahun jadi pelanggan kat situ xpenah jadi macam ni. Mujur juga berhati2 tadi..ai

      Delete
  2. Mula2 nampak mesti terkejutkan,tp bila mengadu pihak restoran minta maaf sejuk sikit hatikan,mungkin itu kesilapan tak disengajakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. bila bosnya kluar agak cuak juga tadi, takut dikatakan sengaja buat cerita.. tp bila bosnya beberapa kali minta maaf rasanya btl tak disengajakan..

      Delete
  3. kalau AN tunjuk kan mata kail tu lagi bagus kan AN..bukti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. tak tunjuk sb tggal mata kail tu kat atas meja.. saya makan cepat dan dukung Nazif yang merengek tadi.. papa N ni dah siap makan dia ke kaunter macam tu saja.. tak bawa pun mata kail tu..

      Delete
  4. lah akak patut komen je sbb takut terkena kt org lain.. nasib baik xmakan mata kail tu. hati2 ya

    ReplyDelete
  5. ish,bahaya tu AN!nasib xjd apa kat uolls...

    ReplyDelete
  6. Mayallah nasiblah tak msuk mulut ye..bahaya jugak.mujur tak apa2..taukey kedai tak replace ikan baru ke?hehe

    ReplyDelete
  7. nasib tngok dan nampak
    kan. betul tu..
    yg baik dijadikan panduan dan peringatan di kemudian hari

    ReplyDelete
  8. Itu yang akak tak suka makan luar, nampak sangat bahan2 mentah dicuci ala kadar..

    Bagi akak ok jer komen, sekurang2nya sebagai peringatan mereka.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik ternampak. Nak komplen boleh aje. Bukanya kita nak menuduh yang bukan-bukan. Nasib baik owner minta maaf, jadi sejuk jugalah hati. Kalau saya, memang tak jadi nak marah. Terus bergurau-senda over-over :)

    Ni kat mana ni? Restoran yang kat Bangi tu ke, AN?

    ReplyDelete
  10. Ok je kalau maklumkan pada pengusaha restoran tu. bahaya tu, kalau kita tak perasan kan? diaorg ni kalau da msk bnyk2, mmg tak dpt buat dgn sempurna. sekurang2nya bila AN complaint, diaorg berhati2..

    ReplyDelete
  11. Benda² mcm ni mmg kena bg tau Kat owner supaya lebih berhati hati apayg dihidang pd customer..kalau sya mmg ckp je..bukan nak burukkan pun.. nak bg pembaikan utk dia juga..

    ReplyDelete
  12. Limau Nipis ke? Hihi....terer tak mak agak? Haha.... Sabtu baru ni gi Bangi ingat nak mskan situ, punyalah penuh, sudahnya makan kat Asam Pedas....belum ada rezeki nak makan kat situ nampaknya...

    Kalau okje yg makan harus masuk hospital hari tu tu AN hihi.....mak kan suka baham kepala hihi

    ReplyDelete
  13. Huhu kalau lah tertelan ke.. Cam sy ni mmg suka lah bab kepala ikan. Haishh klu tercucuk jari pun bahaya gak

    ReplyDelete
  14. ok lah tu kalo owner mohon maaf...lg pon ni mungkin terlepas pndang.. lps ni kna hati2 la.. sbb blh bhayakan nyawa org tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?