Di kala sibuk

Korang pernah tak mengalami? Bila dalam keadaan sibuk, cari barang tak jumpa? Yang hairannya lepas tu, selalunya bukan pada masa yang sama, benda tu senang-senang je jumpa? Ai...macam terfikir, " Aik, tadi kan dah cari betul-betul? Tak nampak pun?".

Ada satu ketika, bukan satu ketika jelah, kalau dalam kes saya, kalau jadi macam tu, saya akan panggil kawan saya, minta kawan carikan benda tu. Memang tak percayakan mata sendiri kalau dah cari bersungguh-sungguh tapi tak jumpa bendanya tu. Semalam macam itulah kesnya, dah la benda ni nak siap dalam masa terdekat, kecohla nak siapkan. Cari bahan sokongan tak jumpa. Aik, mana saya letak?

Fail yang ada pula, bila nak masukkan bahan, divider yang dah berlabel tak ada? Pelik bin ajaib? Mulalah saya menggaru kepala, tak gatal ya korang. Dah shampoo pada pagi semalam. Divider hilang? Saya panggil kawan minta tolong carikan bila dah puas belek tak juga nampak bendanya. Alahai, nak menangis dah jadinya.

Kawan yang datang tolong cari pun kata tak nampak. Ha, sudah. Akhirnya saya tekad buat sendiri sahajalah divider ni bagi menggantikan yang dah 'hilang' tu. Pujuk diri dengan alasan, agaknya dah salah letak ataupun masa kali pertama buat tu memang benda tu dah tak ada saya masukkan.

Tapi, apa yang berlaku petang ni? Sebagaimana jangkaan korang, ya betul!!!! DAH JUMPA DIVIDER TU. KAT DALAM FAIL YANG SAMA....... apa ni??? Hijab ditutup? Ada yang sorokkan???? Misteri....

Comments

  1. Akak selalu gitu, ntahlah AN, dah masuk 40an, gitu pula jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. biasa ye.. alahai saya baru 34tahun ni.. hadoi.. garu kepala tak gatal lagi sekali.. kalau suami mood baik boleh minta dia cari kalau ada benda tak jumpa..kalau x...bacalah selawat banyak2 baca ayat kursi byk2 sambil doa minta mudah jumpa bendanya..

      Delete
  2. bukan apa..kekadang 'dia' wat silap mata (magic) ckit..selalu terjadi bila kita dlm keadaan kelam kabut..be cool dlu bru mata xwat silap lg..hehe

    ReplyDelete
  3. Bila kalut memang macam ni.benda depan Mata pun tak nampak. Takpelah benda dah jadi nak buat camna. Tak perasan je tu.takdenya yang misteri disorok hantu pun.hehe

    ReplyDelete
  4. bila kalut2, cari memang tak jumpa. hurmmm... entah la. adam selalu tak jumpa brg di tempat yang ada brg tu. kikiki

    ReplyDelete
  5. salu gak jadi pd sy..puas cari x jmpa..bila orang lain cari (kat tempat yg sama), jumpa pulak..sbb kita cari dalam keadaan stres & kalut2 kot..huhuhu

    skrang ni, kalau benda 'hilang', saya salu cuba balik refresh memory, imbas balik 'kronologi' barang tu sebelum dia hilang (kengkonon fefeeling csi hahahaa)

    ReplyDelete
  6. Kadang2 bila kita kalut dan tergesa2 mencari sesuatu mmg susah nak jumpa pada hal benda yg dicari ada depan mata je,selalu juga jadi pada akak

    ReplyDelete
  7. klu tk cari ada jer bnda tukn... bila kita nk tk ada plk.... aiiii aduiyai..

    ReplyDelete
  8. Haha..biasa terjadi.. boleh pulak bila dah ada.pengganti, benda yg dicari tu.muncul.. geram je rasa

    ReplyDelete
  9. selalu jadi gini..bila hilang saya cakap je.."tak payah cari nanti dia keluar sendiri.."

    hahahah...tu maknanya dah pasrah sangt la bila cari tak jumpa..

    ReplyDelete
  10. Pernah.....pernah......lagi lagi kalau tgh panik, mmg tak nampak sesaja hihi.....padahal kat situ jer letaknya. Sampai rasa nak terkencing kekadang hihi

    Okje selalu baca doa Nabi Yunus AN....insyaallah biasanya lepas tu jumpa.

    ReplyDelete
  11. hihi mmg saya pun pernah laluinya...time kita perlukan mmg x jumpa...tetiba bila dah setel keja tu sesenang je nampak benda yg dicari.cth cari folder dlm pc/laptop

    ReplyDelete
  12. Selalu jadi pada saya.

    Samada tergesa2 carik lepas tu baru jumpa atau... Benda tu mmg hilang berminggu tup2 ada ditempat yg sgt mudah dilihat hari2. Siapa yg pinjam?

    Kdg2 seluar, jam, cincin.. Jenuh carik tup2 ada je. Hurmmm

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum dik, kaknoor singgah follow sini,smaa lah tu rasa nya semua orang pun macam tu, bila kelam kabut mmg semua nya tak jumpa walaupun sebenarnya benda tu didepan mata

    ReplyDelete
  14. Selalu juga kena, AN. Biasalah bila nak cepat, mulalah kalut. Rasa macam letak kat sini tapi cari balik dah takda. Puaslah cari atas bawah memang tak jumpa. Lepas je 'tempoh bertenang' daripada kekalutan, tetiba je ada elok kat tempat yang kita sangka kita letak tu! Sakit jiwa kadang-kadang!

    ReplyDelete
  15. huhu,,biasa juga kena mcm ni..
    biasal bila kita terlalu bz..xdpt fokus pd apa y kita nk cari tu.. maybe msa tu fikiran kita sarat.. kdg tu dh tgok n terpandang pon..tp sbb minda ke arah lain, tu jd blurrrr...bila dlm keadaan bertenang.. elok je depan mata.. hehe

    ReplyDelete
  16. selalu sht kot jadi mcm ni
    dh carik tmpat yg sama berulang kali..betul kata pk tu..

    ReplyDelete
  17. Kadang2 mcm tu jugak akak.. geram dgn diri sendiri. Bila dh lama sikit baru jumpa barang tu di tempat yg dicari. Mmg pelik

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1