Guna juga akhirnya

Pernah nampak scanner macam ni? 
Hari tu saya beli kononnya untuk mudahkan buat soalan ujian atau latih tubi untuk murid-murid. Scanner jenis canggih setakat yang pernah saya jumpa ni. Canggih bagi saya bukan apa, sebabnya scanner ni membolehkan kita menyunting semula dokumen yang telah diimbas tu. Dokumen yang kita imbas akan jadi macam dokumen yang lain, itu yang rasa best sangat. Jadi, golongan macam saya ni memang sukalah gadget macam ni. Memang sangat membantu urusan yang ada. 

Yang kelakarnya, semenjak saya beli baru malam ni kali pertama saya guna benda ni. Kononnya nak guna untuk buat soalan tu nampaknya entah bila akan sampai masanya. Malam ni pun saya guna untuk scan sijil kelahiran Naim kerana dah beberapa kali diingatkan oleh cikgunya supaya menyerahkan salinan sijil kelahiran. Disebabkan tadi rasa malas nak keluar, tiba-tiba saya teringat tentang alat ni yang masih tersimpan rapi di dalam kotaknya. 

Berguna juga akhirnya.. mujur juga sebelum ni Papa N tak tahu apa benda ni. Kalau tak, ada kemungkinan dia bising sebab beli tapi tak gunakan. Hihi.. 

Comments

  1. saya pun ada duk survey nak beli menda alah ni... rasa senang nak scan gambar utk letak dlm tesis... tapi itu lah, takut kena marah sbb dah ada scanner tapi menggatal nak beli scanner handy lagu ni... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada scanner tu okla nur.. saya beli ni sebab ini jenis yang boleh edit.. jadi mudah sangat nak buat soalan nanti..

      Delete
  2. Amboi gadget scanner kemain canggih. Canggih klu tak pakai tak guna jugak.hehe gurau he.oklah tu sekali guna pasni rajin2 la guna,guna n guna hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aip... lepas ni nak gunalah PK.. tapi masanya?? hihi.. insyaAllah..

      Delete
  3. Alhamdulillah dah guna..bila dah mulactu..lepas ni memang selalu la guna kan AN

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak buat soalan rasanya wajib guna,tak payah lagi nak fotostat dan tampal gambar2 yang sesuai..skrg mmg tgh sibuk buat kerja yang lain

      Delete
  4. 1st time saya tgk scanner tu...Memang memudahkan kerja kalau ada scanner macam tu kan...beli kat mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli dengan jurujual yang memang datang ke sekolah.. dia pandai promote tunjuk cara2 edit gambar dan teks, jadi ramai cikgu2 yang beli.. nak beli ke Doc, saya boleh beri nombor telefon dia.. dia boleh kot ke Klang..

      Delete
  5. Kakak pun tak pernah guna scanner macam tu Aisy. Rumah kakak guna printer yg sedia untuk photostat dan scan punya jadi tak pernah guna yg ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada keperluan nak edit, bolehla Kak Zakie beli scanner jenis ni pulak. dengan yang ni boleh pindah gambar, tukar font, tukar saiz font..

      Delete
  6. canggih kan AN.Akak dah ada printer 3 in 1 so xpyh la kot bli yg ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada keperluan esit, tak payah beli yang ni kak... kami ni mmg ada keperluan macam ni, jadi benda ni memang teruja

      Delete
  7. ooo yang nih la kakak cik azue yang cikgu tu duk kata.. scanner tak payah p buh kat scanner.. ooo beli tang mana? berapa rm? penat juga imagin dia duk cerita.. kikiki.. boleh lah nanti tolong p cari kat dia.. cikgu sekolah juga dia tu.. gadget kemain.. gigit kang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, siap nak gigit akak dia lagi cik azue ni.....
      bukan apa, kami ni kalau nk buat soalan, memang perlu gadget macam ni, mudah sebab ada masa tak nak teks, nak gambar je. ada masa nak ubah sikit ayat daripada buku ke daripada majalah tu, jadi scanner jenis baru ni memang memenuhi keperluanlah.. kalau yang sedia ada tu sekadar scan bahan yang ada kita tak leh ubah apa2 lagi..bahan dari internet pun boleh scan dan ubah, menarik kan?

      nak beli ke? bg email, nanti saya bagi no telefon supplier tu.. harga RM280.

      Delete
  8. selalunya bila dah mula guna.lepas ni kerap la akan guna lagi..heheh

    ReplyDelete
  9. memang canggih! senang kerja nanti. zaman study, memang keperluan untuk buat tesis. sekarang ni, xde keperluan dah la kot.

    insya allah bila dah guna sekali, akan jadi berkali-kali!

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Haha.. macam friendly.. sb baru sekali guna, kan? Ramai kan kawan kita yang beli, ok ni..

      Delete
  11. Alamak.. kalau hubby Sya tau ni.mesti menyesal beli printer baru² ni.. kadang ada kerja office yg nak buat Kat rumah, angkutlah printer 3 in 1 dia tu kesana kemari.. letih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. memang pun yang ni kecil dan ringan. Tapi dah ada scanner yang tu ok la.. kecuali ada keperluan nak edit bolehla beli yang lain..

      Delete
  12. oh knor pun nk bli jugalh sng kerja.. bkn apa printer kt rmh ni ink pun dh kering aduss.. bila anak nk bt kerja suami pun minta izin kt bos nk guna pjbt punya.. kang tk amanah plk..

    ReplyDelete
  13. hai akak tak pernah tengok pun scanner yg mcm tu..hahaha kalau jumpa mesti akak taktau apa bendanya tu..

    ReplyDelete
  14. Canggihnya! Saya memang tak pernah nampak. Kalau ada depan mata memang rasa nak beli jugalah walaupun ada scanner di rumah dan jarang-jarang guna. Alah, takpa simpan dalam kotak, nanti kalau terdesak boleh keluarkan macam-macam khazanah ala-ala doraemon. Eh, comel lah scanner nih!

    ReplyDelete
  15. Wahhhh.....menyunting? Maksudnya boleh tokok tambah kat doc tu ke AN? So apa bezanya, kita kena jugak bukak balik doc tu kan selepas scan......

    Tapi sure ada kelebihan tu, kalau tak, tak kan awak beli yek...

    ReplyDelete
  16. Terasa mcm scanner kat kastam tu pulak hihi....cek org sorok dadah ....mcm kat TV tu...

    ReplyDelete
  17. ooo..ini y mcm kakak lya bgtau tu.. dia pon beli utk memudahkan kerja dia sbg guru... tp bru tahu bntuknya camni

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah
    mcm menarik baru tahu
    nti akak buat la review ye

    ReplyDelete
  19. Salam boleh tolong bg no supplier mesin tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1