Posts

terasa saya tau...

Urusan pindah rumah ni belum selesai lagi lah.. di rumah baru pak astro dan abg unify belum ada....tu yang buat haru biru. Kalau di situasi sekarang, xada astro tak pe lagi.....tak ada unify, uwaaaa, tak leh nak update blog dan tak juga leh tgk update blog kawan-kawan selalu... Ikut kata diorang, akan dapat pindah astro esok....tapi unify tak pasti lagi, mungkin minggu depan...ape, minggu depan? adoi.... tak pe, tak pe, minggu depan la, blog aisy-nasiha ni akan macam biasa ye...update blog kwn-kwn juga sy akan tgk smula nanti ye..

berkongsi pendapat

Terbaca kata-kata ni di wall seorang artis....kongsi sama-sama dan pikir-pikirkan:   Sangat tidak adil kita membandingkan orang kerana manusia itu keperluan, keadaan dan situasi mereka berbeza - memang lebih mudah mengkiritk seseorang tanpa memahami apa sebenarnya yang dialaminya- yang lebih penting adalah orang yang berada dilapangan tersebut yang sedang bertungkus lumus melakukan apa yang dia mampu. Cuma kurang gemar apabila orang membandingkan saya dengan orang lain. Pendapat anda betul bagi anda, terima kasih saya ucapkan namun cuba juga fahami, ada perkara yang anda mungkin tidak tahu dan faham mengenai saya. Manusia itu berbeza dan saya percaya Allah meletakkan saya di tempat yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini dengan sebabnya musababnya yang tersendiri.   sumber: Wardina Saffiya Official Page

Kalau korang tak baca blog ni sekarang, menyesal nanti....

Image
 Final Piala Malaysia ni, semasa menonton tv tadi, saja-saja cakap dengan Papa Naim. Mama: Kalau besar nanti Naim jadi pemain bola sepak, best jugak.. Papa :  Mama kamu ni tak abis-abis dengan cita-cita dia. Kot-kot Naim nak jadi pakar IT            ke, sape tahu? Mama: Naim kan lincah, sesuai la jadi pemain bola sepak, nati glamor macam Saufi atau             Apek ke? Kalau dah glamor nanti, mesti blog mama yang banyak cerita pasal Naim ni              pun famous jugak.. sebabnya orang nak tahu kisah Naim masa kecil..              Pendekkan cerita, tak logik tul cita-cita aku nak femeskan blog dengan suruh anak jadi pemain bola sepak... Kot ye pun Naim jadi pemain bola sepak, tapi, bila tahun tu? takkan nak tunggu 20 tahun lagi bar...

Geram tukar simpati

Hai, bersiaran masih lagi dari rumah lama..InsyaAllah esok akan hangkut barang-barang masuk rumah baru... tadi, cuma sempat bersihkan bahagian atas dan cat je..tu pun dah penat terasa.. balik awal sikit daripada suami tadi pun, bukan sempat rehat.. Sambung lak kemaskan barang-barang masuk kotak lak... Eh, citer lain lak..citer geram sepatutnya.. Tadi, bila sampai di rumah baru, tengok-tengok air di singki dapur tak ada.. Pelik lah jugak..Rupanya tak bukak paip utama yang berdekatan. Bila bukak, tau ape jadi? Air melimpah-limpah keluar dari dinding berdekatan paip utama...Naik angin la, ape lagi? Duit bagi dah, keje orang renovate ni tak elok lak.....Geram tul... Bila diorang datang, bawa khabar sedih lak.. Rupanya projek diorang di Klang, pagi tadi dlm kul 8 ada kes kematian... Pekerja diorang meninggal semasa angkat tong oksigen seberat 50kg, benda tu terjatuh atas tulang belakang dia, terus meninggal di tempat kejadian...Innalillah... dengar citer tu, terus tak buat muka lagi.....

Kalaulah semudah ini

Image
Mata macam tak mengantuk lagi sebenarnya...Tapi kena tidur awal mlm ni sebabnya esok famili kami ada misi besar..Esok dan lusa sebenarnya misi ni berlangsung...                                    Nak PINDAH RUMAH kalaulah pindah tu semudah macam ni kan bagus?????  tak mungkin dapat pindah rumah macam ni.... walaupun kalau tengok istilah pindah rumah dengan gambar ni, macam padan je kan? pindah macam ni, tak payah kemas byk. ni tak, kenalah mengemas di rumah sini, dh sampai sana kena kemas lagi sekali.....huhu, tugas berat ni....dah la memang aku jenis tak suka kerja mengemas ni...daripada kemas, baik masak( walaupun taklah pandai sangat masak). Sebabnya, mengemas ni macam rasa meletihkan dan tak berbaloi sebab akan selerak balik, kalau masak lak seronok dapat buat orang kenyang dengan makanan kita....

Takkan pompuan je boleh suka warna pink?

Image
Salah ke kalau lelaki suka warna pink? Kalau lelaki beli, pakai atau tayang barang-barang berwarna pink bermakna dia jiwa lembut ke? Mana ada lah, tak jugak..Dah dia minat warna macam tu, kenalah hormati minat dia kan? Minat tu kan hak peribadi semua orang.. Biarla dia nak pakai t-shirt warna pink masa keluar dating ke, dia nak drive kete warna pink ke, atau kalau dia pandu motorsikal warna pink ape yang peliknya? Naim relax je main motor color pink ni... Tengok tu, sempat lagi sikat rambut masa tengah parking motor, macam orang nak gi jumpa awek je ni...tapi sayang ooi, sikat tu terbalik tu!!!!!!!!!! 

Amalan menghalau makhluk halus

Assalamualaikum... Pagi-pagi ni saya nak berkongsi amalan yang boleh menghalau makluk halus, jin atau syaitan yang menumpang sesuatu tempat. Bacaan ni sesuai diamalkan bagi orang yang ingin masuk ke rumah baru atau pejabat baru.. Macam kami, yang diambang nak masuk ke rumah baru ni, memang buat ni untuk memastikan rumah kami selamat. Amalan ni mudah je...Seelok eloknya dilakukan sebelum anda berpindah masuk. perlu dilakukan 3 hari berturut-turut, seelok-eloknya bermula pada hari Selasa, malam Rabu. Pada malam pertama dan kedua, amalannya ialah melaungkan azan di semua bilik yang ada. Selain itu, bacakanlah Surah Al-Jin sekali. Bacaan ini seelok-eloknya dilakukan pada selepas waktu maghrib. Sertakan lah niat untuk menghindarkan diri dan kediaman daripada benda yang tak baik dan mengganggu. Kemudian pada malam ketiga dan terakhir ni, anda juga perlu melakukan bacaan yang sama.. cuma, pada malam terakhir ini, anda perlu menambah bacaan surah Yassin sekali. Dan perlu bermalam di...