Serba sederhana

Assalamualaikum semua.
Dah selesai Ramadan ketiga nampaknya kita ye. Dua hari pertama seronok sangat sebab kami berpuasa di kampung. Bila sebut berpuasa di kampung, pastinya menu berbuka dan bersahur cukup meriah.

Bila dah balik ke rumah sendiri, mulala menggaru kepala nak memikir apa menu yang nak dimasak untuk berbuka. Tanya Papa N, katanya masak aje yang simple-simple. Aduh, itu bukan menu bang oi, jawapan tak membantu langsung. Kang si bini minta dibawa makan kat hotel baru tahu!. Mesej pula kakak dan kawan yang berdekatan. Dapatla juga tahu menu diorang, tapi di hati sendiri tak berkenan pulak.

Kebetulan masa tengah fikir tu, saya terbaca semula mesej seorang rakan yang mengkhabarkan berita kematiaj arwah bapanya tengah malam 1 Ramadan. Maka, timbulla keinsafan di situ. Lega dua hari yang lalu dapat makan dengan ibu ayah kat kampung. Moga Allah panjangkan usia ibu ayah saya.

Maka dengan penuh keinsafan,saya masaklah ikutla hati, masak dengan bahan yang dibawa dari kampung digabungkan dengan bahan sedia ada dalam peti sejuk kami. Hasilnya, menu hari ketiga kami ialah, jeng jeng jeng..cukup sederhana..

#asam pedas daging
#sambal ikan bilis
#ulam(kerabu 3 jenis ulam)

Meh nak kongsi resepi ulam pucuk kayu versi mak saya:

Bahan: 
Pucuk kayu(ulam yang ada dlm nasi kerabu)
Bunga kantan
Kacang panjang

*semua bahan di atas diracik halus

Bahan lain :
Seekor ikan direbus tawar
Segenggam kelapa dijadikan kerisik
Setengah inci halia
Dua ulas bawang merah
Seulas bawang putih
Sebatang serai
*bahan ini ditumbuk hancur

Semua bahan diatas akhirnya digaul sekata dengan garam gula dan jika suka boleh masukkan sedikit lada hitam atau cili padi.


Selamat mencuba.. 

Comments

  1. Sedap2nyaa!. Kerabu memang my favourite. Tq Aisy berkongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kalau kat rumah mak saya, ramai yg akan berebut makan ulam ni

      Delete
  2. alhamdulillah tetap nampak sedap dan berselera

    ReplyDelete
  3. Kerabu tu sedapnya..tu yg paling menambat selera tau AN..menu dikampung yg pelbagai tu mana..mesti tak sempat snap ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaha.. mana sempat nk snap,penat puasa masa tu.. haha.. tgu ngap aje.. kang keluar hp kang ada kena sound pulak

      Delete
  4. Lauk gini mmg fev simple n sdppppp kecur tgok siang2 ni...hahha sabar jerlh

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat berpuasa dikampung mesti meriah dengan juadah kan. akak esok baru nak balik kampung berpuasa dengan family en.azmi.

    sederhana pun nampak menarik dah menunya tu ha. nak mencuba kerabu ada ikan pula, maklumlah akak ni kurang sikit berkawan dengan ikan hehehe

    ReplyDelete
  6. Buka simple-simple aje lagi best. Lauk yang payah nak masak tu, kalau tak habis nanti membazir pulak jadinya. Ini tips dari orang malas sebenarnya, AN ^_^

    Entahlah kali ni puasa tekak saya asyik dok teringat ikan bilis+bawang+cili padi goreng. Nak ulang tayang banyak kali rasanya tau walaupun bawang tu kita susun elok-elok aje tepi pinggan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun kegemaran saya.. mudah nk sediakan ikn bilis dgn bawang cili tapi sementara anak anak saya suka sambal ikan bilis ni kenala layan sambal ikan bilis..

      Delete
  7. Alhamdulillah menu simple & sederhana itu dah cukup baaik... tak perlu berlebih2an kan...
    kat kampung mmg meriah bila time sahur & berbuka..ya Allah mmg nikmat.. :)

    ReplyDelete
  8. sedapya asam pedas daging!! Alhamdullilah. berbuka dengan menu yang simple lagi sedap. yang penting tak membazir :)

    ReplyDelete
  9. Hihi....yg mahal tu sebab sampai garu kepala nak masak apa....

    Nanti bila bila teringinlah nak buat asam pedas daging.

    ReplyDelete
  10. baru nk minta resepi kerabu ulam tu. nsb dh ade. terima kasih AN berkongsi..
    sedap ni kalau dibuat time berbuka..

    ReplyDelete
  11. sejak puasa ni tak buat lagi apa2 kerabu..
    smlm ada bwk blk pelam hijau, dok plan nak buat kerabu.
    tp xtau lg hari apa nak jadinya..
    kerabu ulam AN ni pun boleh masuk list jgk, mmg suka sgt mkn kerabu..

    ReplyDelete
  12. y simple2 tu sedap kak..
    lya pom msk menu berbuka y simple n semua mkn.. sng

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1