SPM 2015

Kredit kepada Harian Metro online untuk gambar-gambar ni. 

Musim SPM datang lagi ya. Pasti kalau ditanyakan pengalaman menduduki SPM, kebanyakan orang akan mengatakan itulah detik yang paling mendebarkan di usia tu, kan? Peperiksaan besar yang bakal menentu kehidupan kita. 

Korang baca tak Harian Metro? Meleleh air mata saya membaca petikan kisah pasangan kembar siam yang telah dipisahkan satu ketika dulu, dah menduduki SPM mulai semalam. Tak tahu air mata sedih ni kerana terharu dengan kesungguhan mereka nak menjawab dalam keadaan kekurangan yang mereka ada, atau sedih kerana keadaan fizikal mereka atau sememangnya hati ini tak tahan melihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup menguruskan anak-anaknya ni sebaik mungkin. Menurut sumber, ibu pasangan kembar ni dah meninggal dunia, jadi pengurusan diorang semuanya dibuat oleh ayah. 

Tak tahulah kenapa orang yang cukup sifat pula ambil mudah pasal peperiksaan ni. 10 minit pertama je nampak mata, lepas tu dah mula tidur di dalam dewan peperiksaan, alahai dik, belajar selama ni apa je dapat?? Habis-habis cikgu juga dituduh tak reti mengajar!

Comments

  1. bergenang airmata baca kisah mereka ni, moga mereka berjaya dengan cemerlang dalam spm

    ReplyDelete
  2. dah besar kan dorang.
    rasanya dh lama ibu dorng meninggal.

    semoga mereka berjaya mnjawab dngan jayanya
    semoga kejayaanmnjdi milik mereka juga.aamiin

    akak jaga budak exam spm ke ?

    ReplyDelete
  3. uwaaaa... sebak nengok pasangan kembar ni.. Moga Allah mempermudahkan mrk dlm menjawab soalan2 SPM... bersungguh2 ayah mereka menguruskan depa..mmg ayah mithali... tak silap, org suruh minta bantuan pun ayah mereka tak mahu sbb katanya ramai lg yg tak mampu kt luar sana... moga Mohamad & Ahmad berjaya suatu hari nti... amin...amin.. buat adik2 yg sempurna akal & fizikal tu jadikan lah pasangan ini sbg contoh.. pelajaran jgn dibuat main....

    ReplyDelete
  4. Wah dah besarkan anak2 istimewa ni..
    Dah ambil spm pun sebaya Azhan.
    In shaa Allah ada usaha,ada kejayaan..pasti.

    ReplyDelete
  5. Diaorang berdua ni mesti bijak dan pandai..kan??t

    ReplyDelete
  6. sekejap je masa berlalu..
    rasa macam diaorg ni kecik2 je lagi.. huhu..tak sedar, diri sendiri da makin tua.. hehe..

    semoga kedua2nya berjaya dengan cemerlang dalam SPM tahun ini.
    semoga keduanya dpt menggembirakan si ayah dengan keputusan yg cemerlang dan dapat pekerjaan yang baik satu hari nanti..

    ReplyDelete
  7. Sedihnyaaa...
    Baru nampak pix pun sedih, apatah lg kalau baca berita penuh. Auntie Mirror doakan Moga result dorang ni sgt cemerlang, dpt keja best2 dan menjadi ank yg Soleh. Aamin..

    ReplyDelete
  8. Semoga mereka dapat keputusan yang cemerlang...
    Rasa mcm cepatnya mereka besar...

    ReplyDelete
  9. ehh dah besar amik spm dah depa ni ye..dulu2 tgok macam kecik je lg..cepat betul masa berlalu..bukan senamg nak besarkan anak istimewa..dua org sekaligus..tanpa ibu..memamg cabaran..syabas buat pasangan kembar siam ni juga ayahnya sebagai tulang belakang

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..
    semoga ahmad+Muhammad dpt mjwb exam dgn sebaiknya..amin

    ReplyDelete
  11. moga2 anak syurga ini mendapat result yg cemerlang....

    tingat mase amik spm dulu....mkn pun tak lalu.... hehehheh

    ReplyDelete
  12. moga anak2 ni berjaya dgn cemerlang.
    sayu... namun gembira krn semangat mrk teguh!

    ReplyDelete
  13. dah besar dah kan pasangan kembar yang penah
    menggemparkan negara ni dulu
    mak diorang meninggal sebab kanser
    kagum dengan semangat diorang

    ReplyDelete
  14. Oh, mereka ni kan kembar siam yang dipisahkan dengan bantuan raja Arab Saudi?

    Dah besar rupanya mereka ya. Emak mereka pun dah meninggal dunia rupanya. Tengok gambar pun dah terasa sedih, AN. Saya ingatkan selepas pembedahan pemisahan tu, mereka akan guna kaki palsu rupanya masih begini ya. Alahai...hebatnya dugaan! Jadi sayu baca entri ni bila mengenangkan mereka sudah tidak beribu lagi :(

    ReplyDelete
  15. Ha a.... dah viral dah gambo ni kan.....Semangatnya depa ni demi sebuah kehidupan.
    Ada ke yg tido AN dlm dewan pekse?

    ReplyDelete
  16. tabahnyaa merekaa.. smoga anak muda diluar sana mengambil iktibar lah yee

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?