Sabtu yang bermanfaat

Alhamdulillah Allah gerakkan hati kami untuk pergi ke sekolah Nazif untuk perjumpaan dengan gurunya. Mulanya macam malas, kami buat keputusan nak pergi pun dah agak hampir kepada masa yang diberikan. Sebenarnya, banyak yang dapat kami manfaatkan masa dalam perjumpaan tadi. Antaranya, sempat sertai kelas pengenalan Al Baghdadi. Mulanya kami gelak sebab rasa macam budak-budak pula kalau belajar macam ni. Cikgunya suruh ulang-ulang beberapa kali. Namun, seronok kelas ni. Dapatla sedikit pendedahan cara macam mana anak-anak diajar untuk membaca al Quran dengan keadah ni. Alhamdulillah lagi, saya rasa lega kami pindahkan Nazif ke sekolah ni. Moga anakanda kami ni mahir dan manfaatkan ilmu yang diajar. Mama papanya pun teruja lepas sertai kelas yang diberikan tadi. 

Penerangan oleh Cikgu Ezan ni bagus. Baru tahu cara nak ketuk papan tu dengan betul. 

Set yang kami guna ni, dihadiahkan kepada kami untuk dibawa balik. Alhamdulillah juga, rezki pagi ni. Dapat la guna untuk buat latihan di rumah. 

Secara tak langsung juga tadi, saya belajar cara mengajar dan saya rasa nak praktikkan kaedah malaikat mengajar Nabi Muhammad membaca ni kepada murid dan anak-anak saya juga. Kalau di sekolah, mungkin untuk pelajaran baharu saya boleh sebutkan dulu ilmu tersebut sebanyak tiga kali dan kali seterusnya baru minta murid-murid ikut. InsyaAllah, pasti ada kesesuaian untuk topik-topik yang tertentu nanti. 

Comments

  1. saya teringin sangat nak join program al-baghdadi ni..tapi setakat ni masa tu belum ada...

    ReplyDelete
  2. akak, camne ajar kaedah malaikat mengajar Nabi Muhammad ni yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tulis kat atas tu. Bacakan sepotong ayat secara berulang 3 kali bg anak dengar dulu, kali ke empat baru minta dia sebut sama2 kita.. 3 kali ptama tu kita sebut, dia dgr je..

      Delete
  3. alhamdulillah, menarik, nannti akak perjelaskan la lagi ye..

    ReplyDelete
  4. Teknik AL-Bahgdadi memang baik apa lagi kalau jenis budak yg agak gagap bila berdepan dgn org. Bila ketuk satu tu tanda satu harkat, dua kali ketuk dua harkat mudah nak ikut panjang dan pendik bacaan. Itu tak termasuk hukum-hakam lain Aisy. Bagus kalau rajin ikut tak kiralah yg kecik mahupun org dewasa pun boleh aje..

    Cara membaca ikut yg guru baca itu pun pada yg mudah tangkap bukan saja cepat dpt belajar tajwid tapi juga tarranumnya sekali Aish. Teruskanlah belajar utk kebaikan juga Aisy...

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. Tambah ilmu kan AN.

    Ye lah sabtu ahad klu blh nk lepak2 mls nk g aktiviti tp bila dh pergi rasa sgt berguna smua tu utk kita kan AN.

    ReplyDelete
  6. Bagus perjumpaan macam ni,ibu bapa pun bole turut belajar juga

    Bagus teknik belajar tu,boleh juga dipraktikkan nanti

    ReplyDelete
  7. Teringin jugak nak tau cara baca Quraan guna kekdah Al Baghdadi tu....tak dapat nak bayangkan macamana kaitan ketuk tu dengan bacaan.

    Memang lega sangatlah yer AN
    .....dpt hantar adik kat sekolah yg betul

    ReplyDelete
  8. bagus akk dpt join kelas ni...sy pon kdg2 hentam jer kaedah ajar budak mengaji...

    ReplyDelete
  9. anak2 aida da 3 thn ngaji dgn al-baghdadi.
    nurin da naik juz 6.
    syuhada masih di pra-al-quran.
    memang aida gi beberapa kali tgk diorang ngaji dgn alat ketuk.
    alat ketuk tu ada style nyer ikut bilangan harakat.
    lama kelamaan anak-anak akan mahir.
    diorang tak lagi ketuk guna alat ketuk tu.
    dia ketuk guna minda aje. agar tak salah kiraan harakat.
    dari asas hingga la sekarang. hampir lengkap 3 thn ngaji di situ.
    memang lambat sebab bila naik al-quran, diorang mengaji mcm tadarus gitu.
    sorang ngaji, yg lain ikut.
    and ada time kena face to face ngaji dgn ustazah...

    ReplyDelete
  10. wahhh... Alhamdulillah kan cikgu... dapat ilmu bermanfaat.. pastu kongsi plak kat sini.. boleh ajarkan pada anak di rumah nti... byk kebaikan bila kita jumpa guru anak2 ni.. secara tak langsung kita pun belajar sama :):)

    ReplyDelete
  11. Tak silaplah percaturan AN menukarkan anak ke sekolah ni ya. Saya pun sebenarnya teringin juga nak tahu cara Al Baghdadi tu tapi tak sampai-sampai juga peluang untuk belajar. Saya ni kan bila dah tua-tua bab belajar ni jadi lembap sikit :)

    ReplyDelete
  12. bagusnya sekolah nazif..
    kalau dekat sini takde sekolah yang mengajar teknik ni
    program cikgu dan parents ni pun bagus sangat
    kalau saya pun suka pergi program gini

    ReplyDelete
  13. ehh rasa macam sh baca entry ni..takde pulak komennya..bagus kaedah ni AN..ada peluang nak juga belajar..zaman kita dulu2 macam tak ada je...mustahil tak ada kot..cuma waku tu belum meluas kot

    nmpk nazif haopy dan byk dia belajar kt sekolah baru..seronok dengar perkembangan dia dah hafal bacaan dalam solat tempohari..

    ReplyDelete
  14. bestnyaa.. sangat bermanfaat klau masa kita diisi dgn bnda berfaedah macam ni..

    ReplyDelete
  15. cantiknya blog.. done folo, folo me back k ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1