Cara daftar kad Touch N Go

Di musim bertugas mengawas peperiksaan ni baru nak ambil berat pasal isu tuntutan perjalanan dan tol. Tahun ni pula mewajibkan petugas tuntut secara berkelompok, maksudnya semua kena isi borang dan kalau kita tak nak duit tu, kena isi juga borang, iaitu borang menolak bayaran. Dah alang-alang gitu, apa lagi tuntut jelah ye.. ada juga duit tambahan, boleh buat makan-makan atau beli sesuatu sebagai tanda kerja yang dibuat pada tahun 2015.

Biasanya saya memang ada buat tuntutan pun, tapi untuk kos tol ada masa saya tak tuntut, sebab asyik terlupa nak masuk ke lorong tunai. Otak ni dah set apa kena lalu sebab dah gitu rutin harian agaknya. Jadi tahun ni, bila dah disyorkan oleh seseorang akan cara untuk buat tuntutan bayaran tol, jadi legalah saya. 

Apa yang perlu kita buat ialah daftarkan kada touch n go kita dahulu, supaya selepas tu walau kita guna lorong touch n go atau smartag, kita masih boleh buat tuntutan dengan hanya mencetak resit bayaran tol yang pernah kita lalu. Mula-mula masuk ke laman www.touchngo.com.my .

Klik pada personal
 
Kemudian, tekan sign up untuk mula mendaftar maklumat kita.
Dalam fungsi ini, kita dikehendaki mengisi beberapa maklumat..
Ada juga ditanyakan soalan rahsia.  Setakat ni saya ingat lagi soalan rahsia dan jawapan yabg saya buat tadi. Moga taklah lupa kata laluan serta soalan rahsia ni. Jenuh nanti nak mengoogle lagi. 

Setelah mengisi maklumat tersebut, kena pula kita bersetuju dengan undang-undang penggunaan portal touch n go. Lepas tu, bolehla korang masuk lorong yang biasa korang buat, tak payah pergi je sana, masa jimat dengan adanya kemudahan macam ni. 

Ok, selamat mencuba. Gigih print screen melalui hp untuk buat entry ni tau!!

Comments

  1. Thanks for the info Aisy Nasiha..

    Zaman harga barang naik + GST + nilai RM jatuh ni, mana boleh claim elok dituntut disebabkan itu juga hak kita. Kalau ada lebih sedekah. Itu yg saya amalkan juga. :-)

    ReplyDelete
  2. TQ for info! senang bila dapt register online ni ya cikgu.. jimat masa & tenaga ..
    walau kmi kat Sabah ni tak guna, tapi bila balik sana sesekali guna juga kad kad touch n go :)

    ReplyDelete
  3. memang gigih nampaknya tu...hehehe terima kasih atas info aisy, mujur dekat tempat akak ni kalau claim tol tak perlu disertakan resit penggunaan touch n go tu, hanya perlu fotostat kad touch n go kita tu je, tapi satu hari nanti kalau kena kemukakan resit dah tau kat mana nak tengok caranya..

    ReplyDelete
  4. tq so much utk kegigihan itu, An.
    besar pahala...
    kami yg tak tau ni jadik tau :)
    pengguna t&g tegar ler kata kan ...

    ReplyDelete
  5. ada 2 kad.. hehehe. jd kena topup kedua-duanya supaya bleh guna mana2 1. dh la pelupa

    ReplyDelete
  6. boleh la bgtau suami.sng nak claim nti, tak payah tukar lorong.. tenkiu akak :)

    ReplyDelete
  7. saya pun baru tahu pasal cikgu AN
    nice sharing

    ReplyDelete
  8. Eh, saya pun tak mendaftar lagi! Wajib daftar ke ni? Saya ni selalu aje buat kerja last minute esp benda-benda macam ni!

    Berpuluh kali saya nak tatap website tu tapi registernya tak juga!

    ReplyDelete
  9. sejak duduk delat dengan kampumg dah hampor 5 tahun ni kad touch n go kami langsung tak pernah tambah nilai..selalu bayar ikut lorong tunai saja..jadi nk tuntut apa.hehe

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsiann sis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts