Mari belajar sabar

Bercakap pasal travel jauh dengan anak-anak kecil ni memang paling penting kena sabar. S.A.B.A.R, semua kena sabar. Lagi-lagi ini musim cuti sekolah. Kebetulan dapat undangan kenduri, haruslah pergi ye. Dah macam acara tahunan pulak, tiga tahun berturut-turut akhir tahun kami ke Penang. Bercakap pasal sabar ni, musim cuti ni memang kena sabar lebih daripada biasa. Kat mana-mana pun ramai je manusianya. Silap percaturan, keluar masa peak hours, ha, tanggungla sendiri akibatnya. Macam gambar kat atas tu, perlu kesabaran nak tangkap gambar anakanda berdua ni bersama, sepanjang ke Bukit Bendera, itulah satu-satunya gambar berdua yang paling cantik saya dapat tangkap. 

Si kecil ni asyik nak berdukung aje. Tapi bab bergambar dia sporting. Dia pulak yang minta mama amikkan gambar dia. Abangnya pulak dah mood tak elok masa ni sebab masa nak menunggu naik kereta kabel tu lama sangat. Jadi masa dah sampai ke atas tu, tak ada si abang nak posing atau senyum elok dah. 

Adik memang sporting, sesuai bawa adik, asal upah sesuatu eloklah anginnya. Dapat belon je pun takpe.

Dipegang pun, Naim tak nak bagi pose menarik, layankan angin dia je. Nampak tak ramai, tapi sebenarnya terlalu ramai orang masa kami pergi tu. 

Bahkan, masa nak balik pun belajar kesabaran lagi. Kononnya dahaga sangat masa beratur nak tunggu kereta kabel masa nak turun tu, Naim minum sampai 2 botol air. Dah larang pun dia berkeras juga nak minum sampai botol kedua habis. Baliknya kami pilih nak naik feri. Pun disebabkan orang ramai masa tu, jalan ke tempat feri sesak, Naim sampai terkencing kat dalam seluar sebab dah tak tahan sangat. Tak boleh buat apalah masa tu. Lepas tu baru rasionalkan dia balik dengan bagitahu tujuan larang dia minum banyak tadi, kena sabar supaya tak berulang lagi kejadian macam tu. 


Sabar.. mama pun kena sabar daripada naik angin.. adoi..dalam perjalanan tu rasa ai lamanya.. sabar-sabar ye.

Comments

  1. Mmg bnyk kene sabar baca entry AN ni.. betul tu, bila da ramai org, kene pulak ank buat hal, mau naik angin dibuatnya.. pernah juga naik kete kabel bukit bendera tu, ramai org.. tp menarik jgk jln2 di penang ni, cuma x tahan nk hadap jem tu la.. sesat xyah ckp la, selalu je.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Mmg betul tu Aisy..
    Bab snap pix mmg kena byk sabar. Lg2 klu dgn anak.. niat nak mengabadikan kenangan kdg jd terbantut klu masing2 enggan berkerjasama.

    ReplyDelete
  3. Biasalah AN.. Bawa ank kecik mmg gitu. LM yg bawa lima org ada yg besar ni pun akan pastikan bw g tandas tiap sejam takut ada yg x tahan. Keluar awal pg blk lwt ptg urus sekolah maisarah buat kita pun longlai, takut ank buat hal saya meledak marah pula nnt

    ReplyDelete
  4. oh jalan2 penang ye seronok tu... betul tu menghadapi kerenah anak2 ni kena banyak sabar kan

    ReplyDelete
  5. Sabar sabar sabar.....hihi....saya t camana la....

    ReplyDelete
  6. Lepas ke Penang, ke manalah tu agaknya.....terus naik Krabi lagi ka?
    Yelah tu kan.....hihi...

    Biasalah budak budak AN....mereka kan mmg sengaja nak menguji kesabaran kita. Teringat masa gi Bukit Bendera beberapa tahun sudah, mmg sesaklah kan nak queu naik train tu. Kalau ye tak ye, mmg malas tp sebab first time punya pasal, redah jerlah....

    ReplyDelete
  7. comey jer gambar dan gaya sikecik tu dengan watak kartun tu...

    ReplyDelete
  8. siannya sampai terkencing!
    pernah alami juga. mula2 rasa nak marah, tapi x jadi. kesian. dia bukan sengaja.

    ReplyDelete
  9. Biasalah AN bila bawa anak kecil ni. Saya pun dah selalu terkena. Salah satu puncanya saya jadi penumpang seat belakang dengan si Adik Cute sebab nak mengelakkan mereka bergurau sampai bergaduh, merengek dan bertikam mulut menegakkan benang basah masing-masing. Itu pun ada lagi perkara lain yang mereka mampu lakukan hingga kita boleh hilang sabar dan berubah jadi bini tarzan tau!

    Saya baru aje berangan, dia sekeluarga dah sampai sana rupanya ^_^ Kami pulak akhir tahun baru dapat jalan-jalan sebab saya dah habis cuti. Tinggal tunggu company tutup seminggu aje, masa itulah nak melenjan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1