Hikmah dua tangan

Hari Isnin lalu ialah hari terakhir latihan boling untuk tahun 2015. Jadi cikgu-cikgu boling ni merancanglah untuk buat aktiviti yang lebih menarik. Maka buatlah pertandingan boling antara murid, dengan jemputan para ibu bapa dan guru-guru juga. 

Meriah kan? Kalau korang ingat lagi, pasal Daniel yang nyanyikan lagu Malaikat tu, orangnya ialah yang di depan, yang tak pakai kaca mata. Memang muka budak_____, kan?  Haha.. tapi boleh harap Daniel ni. Sekarang ni, memang dia akan siapkan terus kerja yang saya bagi. Dah tak guna alasan lalu lagi.

Eh, dah terlupa pulak. Nak cerita pasal tangan kan. Al kisahnya, cikgu yang sorang ni pun syoklah bermain boling juga. Dua kali main. Kena pulak dua kali strike, ada murid tepi kanan kiri bagi tepukan gemuruh, seronoknya.... 

Tapi, bila balik malam tu, saya mula rasa lenguh tangan. Ha, mintaklah simpati suami tolong urutkan. Si dia ni main-main je urut. Si isterinya ni pulak malas nak gaduh. Yelah. Biar jelah malam tu. Jadi bila bangun pada pagi hari Selasa tu, rasa macam nak demam. Bukan tangan je lenguh, badan pun rasa tak sedap. Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka gagahkan diri ke sekolah jugalah  Memandu sebelah tangan je masa ke sekolah. Tangan kanan ni memang terasa lenguh dan sakit sangat masa tu.

Bayangkan masa tu ada sesi pencerapan. Saya mengajar tanpa menulis langsung. Memang terasa tak daya nak genggam pen pun pada masa tu. Tangan rasa sakit dan lenguh. Balik pada petang tu pun menumpang kereta kawan. Aduh, memang terasa sengsaranya. 

Memang semua perkara kena tangguhla malam Selasa tu. Masak pun tidak. Kerja-kerja lain pun biarkan sahaja. Nazif minta dukung pun memang pujuk dia supaya tahu mama sakit tangan dan tak boleh nak dukung dia. Kembali rasa beransur-ansur lega lepas Papa N sapukan minyak Yoko Yoko tu tiga kali, tahan sahajalah panasnya. Memang panas sangat rupanya minyak ni.

Lega sangat bila Rabu dan Khamis ni dah makin rasa lega tangan kanan ni. Moga lepas ni tak kena lagi macam ni. Malam semalam, dua Ahmad seronok betul sebab dapat main selerak dan gunting kertas dan mama diorang biarkan je. Tak rasa nak marah anak sebab rasanya nikmat ada dua belah tangan yang berfungsi elok maka dapatlah diorang main gunting-gunting tu. 

Comments

  1. Alhamdulillah..ada dua tgn ni mmg nikmat yg xleh dijual beli :)

    sy suka bau yoko yoko tu..dah lama x pakai.dulu, ms zaman sekolah, pantang lenguh sikit, mmg lenjan yoko yoko lah jawabnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sangat2 terasa bila sebelah tangan ni sakit.. banyak perkara yang tak leh nak buat.. syukur sangat sakitnya tak lama

      Delete
  2. harap dah baik tangan AN,,memang sakit sangat tu kan.

    ReplyDelete
  3. seronok cikgu main boling ya..sampai lenguh2 tangan tu hehehe,takpe sekali sekala kan, mesti seronok dapat bermain dengan anak2 murid.

    ai kalau akak diurut main2 macam tu mau akak sentap tu,hahaha..tapi mujur juga lepas tu disapu ubat yoko yoko ya..

    moga terus sembuh sepenuhnya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok kak.. meriah sungguh.. lagi2 masa strike tu, ramai yg tepuk tangan. Masa masuk longkang pun sama, ramai yang gelakkan..

      Terima kasih ya kak..

      Delete
    2. Memanh seronok sb masa main tu ramai yg bagi sokongan. Masa masuk longkang pun ramai yg gelak.. haha..

      Delete
  4. Amboi berbowling cikgu kita ni....sampai lenguh tgn ye..
    takpe cuti panjang ni bolehlh luruskn blik apa yg kndur dn lguh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..agaknya masa baling tu ada tersalah kot.. mmg sakit sangat tangan.. nk pegang pen pun rasa tak larat.. bayangkan lah macam mana.. alahau

      Delete
  5. tu dia sakan cikgu Main bowling sampai tangan sakit..mmg nikmat dua tangan ni anugerah terindah..nikmat sikit tu pun buat kita bersyukur dilahirkan sempurna..

    Alhamdulillah dah lega tangannya..klu tak makin sakan la dua Ahmad main gunting2.tp bagus apa untuk motor halus kan AN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. selerak betul.. diorang gunting sakan.. sampai kan saya sapu cebisan kertas pagi tadi tu dapat separuh plastik.. ai.. patutla sambil gunting sambil gelak besar naim dan nazif..

      Delete
  6. Itulah cikgu... teruja sangat nak tunjuk skil depan anak-anak murid *_* Kan dah sakit sebelah tangan. Tangan kanan pulak tu, nak buat menulis. Kalau macam saya ni, tangan kiri paling penting sebab saya ni kidal!

    Lain kali sebelum main kena beringat ya. Jangan over-over mengalahkan anak-anak murid pulak ~_^ Apa-apa pun, semoga dah sembuh sakit tangan tu. Kalau lama sangat nak baik, lagi banyak kerja yang tergendala dibuatnya nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi...amboi..

      Haha.. benda nak jadi kan.. agaknya nk membuatkan saya lebih menghargai anugerah yang sedang dikecapi ni..

      Delete
  7. meriahnya.. lama xmain bowling ni.. caya la akak tnjuk skill main. mesti happening habis :)

    ReplyDelete
  8. wahhh, terrerr rupanya mama Aisy Nasiha,, strike banyak kali,, kalau main bowling memang akan rasa lengoh kat peha dan betis,, pergelangan lengan jengan cerita lah memng lengoh sehari dua,, kena sapu minyak pastu dia okey balik,, selalu gak kalau main bowling jadi macam tu,, yang tak jadinya ialah strike, banyak kali masuk longkang adalah hahaha,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takla terror mana pun.. saya ni cikgu boling sbenarnya tapi boleh kira berapa kali saya main tu.. banyak temankan murid je.. tak sangka lak kali ni sampai sakit tangan jadinya

      Delete
  9. Terkejut tangan tu sebab tgk tuannya 2 kali strike hihi ....Memang biasa cenggitu AN kalau kita lepas buat aktiviti .....

    Yelah bukannya ringan bola bowling tu... Okje suka gak pakai yoko yoko. Mmg mujarab kalau lenguh tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau tak strike tak terkejut tangan ni ya? Haha.. saja je Okje ni ya.

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?